Jumaat, 23 April 2010

Menanti Jawapan Yang Tak Pasti

Setiap insan yang bergelar manusia pasti mempunyai kenangan, pasni mempunyai impian dan yang paling pasti adalah mempunyai harapan dan keinginan sama ada dalam keadaan sedar atau sebaliknya namun setiap apa yang berlaku itu bukanlah satu petanda yang kita tidak pernah memikirkan tentang adanya kehidupan lain selain yang kita lalui sekarang. Walau seribu kehendak yang dapat kita fikirkan, sejuta harapan yang kita lemparkan namun jika ianya tidak mendapat keizinan dari yang Maha Esa ianya hanyalah sekadar impian dan keinginan untuk dikenang hingga akhir hayat.


Jawapan adalah sesuatu yang pada pandangan kasarnya amatlah perlu jua pada pandangan halusnya ia amatlah beerti dan sukar digambarkan bagi mereka yang tidak pernah memahami dan mengenali erti kehidupan sebenar walau setiap yang datang itu kadangkala tidak kita kehendaki jua tidak sesekali terlintas difikiran benak manusia normal.


Jawapan demi jawapan selalu dinantikan bak menatang minyak yang penuh dan  menunggu pohon berbuah, tapi ada orang cakap penantian itu satu penyiksaan tak kurang juga yang akan senangtiasa menanti dan terus menanti akan keajaiban yang berlaku walau pun sebenarnya ia tahu ia mustahil untuk berlaku. Salahkah untuk kita mengharap dan menanti? Salahkah jika kita mengambil penantian itu sebagai satu cabaran hidup dan sesekali tidak akan mengenang ia sebagai musibah atau bala jika tidak mendapat apa yang kita mahukan...


Antara kelebihan dan kekurangan yang mugkin perlu kita lalui bila berdepan dengan suasana atau situasi begini satu adalah cuba kita ingat atau kenangkan kembali apa yang telah dan sedang kita lakukan sama ada melibatkan apa yang kita nantikan atau pun tidak.. Bak kata cerdik pandai, "Sejarah akan berulang..cuma masa,keadaan,tempat dan dengan orang yang berbeza atau pun sama.."  Tapi pernahkah kita terfikir jika betul apa yang dikatakanya kenapa kita tidak pernah bersiap sedia? Kenapa kita sering lupa dan alpa akan apa yang pernah berlaku, tepuk dada tanyalah iman..............................

2 comments:

wana berkata...

bkn cermin diri sendiri....aminnn

蘿蔔糕Jolin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.