Memaparkan catatan dengan label Dimanakah Kesudahanya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dimanakah Kesudahanya. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Februari 2010

Destinasi Yang Dituju Bagi Membantu Aku Mencari Sinar Hidup Yang Semakin Hilang Dari Pandangan Mata..

Kemana perginya diri dan semangat yang selama ini dipegang untuk digunakan bila sampai waktu-waktu begini? Kemana hilangnya kekuatan yang selama ini dipertaruhkan untuk mengharungi segala dugaan dan rintangan yang melanda? Adakah ianya akan pergi terus..dan terus meninggalkanku tanpa menoleh ke belakang? Mungkin ya dan tidak mustahil akan kembali. Namun yang pasti, sedikit demi sedikit pengalaman dan dugaan yang datang setiap hari dari hati-hati yang tidak pasti harapan sebenar yang disimpan demi membenamkan apa yang dihajatkannya.

Walau pun begitu kadang kala setiap peranan, setiap lakonan dan setiap apa yang sering dirancangkan jika ianya berjaya sekali pun tapi di ulang-ulang akan mengundang syak wasangkan yang tinggi. Ini telah terbukti dari apa yang kita dapat lihat juga dapat dengar, melalui arus kemodenan teknologi manusia akan sentiasa berfikir akan keajaiban baru yang akan muncul walau ianya amat mustahil untuk diterima akal.

Berserah tidak semestinya takut, berdiam diri tidak semestinya pengecut.. namun inilah kelemahan manusia yang sering lemas dengan mainan perasaan..sering tewas dengan pengaruh luar, tidak dapat memikirkan apa yang dilakukannya sama ada betul atau salah asalkan apa yang dihajatkan dapat dicapai atau sekurang-kurangnya ia dapat ketawa akan kesakitan yang akan dihadapi oleh diri seseorang....

Ada satu ketika, manusia tidak dapat mengawal diri..tidak dapat mengawal pemikiran..tidak dapat mengawal sesuatu yang amat mudah jiwa diperhalusi dengan mata kasar walhalnya jika benar ia sukar takkan ada punca yang dapat ditemui dengan hanya sedikit keyakinan diri. Inilah yang dikatakan perasaan, jika kita tidak mampu menahan perasaan dan keyakinan...musnahlah segalanya, tapi jika ego menguasai diri takkan ada kekesalan dalam waktu yang singkat.....


..

Jumaat, 18 September 2009

Adakah Penantian Ini Adalah Satu Harapan?..


Dalam meniti saat-saat datangnya syawal, terasa amat sukar untuk meninggalkan ramadhan pada tahun ini..satu persatu harapan cuba dijadikan sebagai kenyataan walau dalam keadaan yang semakin hari kelihatan semakin jauh untuk digapai seperti takkan ada kesudahannya.Mungkin pada sesiapa yang tidak melalui jalan sepertimana aku melalui saat-saat kehilangan arah secara tiba-tiba takkala sudah sampai dipertengahan jalan yang mempunyai seribu simpang yang setiap simpang itu akan membawa aku pada jalan yang berbeza arah serta akan menentukan keputusan yang diambil dan mustahil untuk berpatah balik.

Sahabat Adalah Kekuatan Yang Tidak Pernah Hilang..

Jika ianya benar-benar dapat membantu untuk aku terus belajar dan belajar bagaimana untuk melalui masa-masa akan datang dengan apa yang aku pilih pada hari ini dan bagaimana jika ia hanya sekadar menyiksa batinku yang kerap kali menangis, menangis mengenangkan nasibku yang sedemikian rupa. Cukup sudah apa yang aku dapat dimasa lampau dan aku amat berharap untuk berubah dan melupakan apa yang telah aku lalui dalam meniti perjalanan hari-hari dalam sebuah kehidupan yang umpama mengharapkan belas dan ehsan dari seseorang untuk aku terus bertahan, bertahan dalam menangani serta melawan setiap serangan yang tidak putus-putus datang apabila aku berseorangan.

Biarlah Ianya Menjadi Satu Sejarah Untuk Dikenang..

Sampai bila kah aku akan terus begini, terus mencari sedikit ruang untuk aku berteduh..sedikit tempat untuk aku menumpang dan sedikit penawar untuk cuba ku ubati luka-luka di jasadku yang semakin hari kian menanah ini. Adakah ini satu ujian yang patut aku tangani berseorangan? mungkin ya..tidak mustahil juga untuk aku katakan tidak... Namun apa yang pasti hari kian berlalu, masa tetap akan berjalan dan aku masih disini..menunggu apa yang aku inginkan, menanti masa akan berhenti dan kembali untuk aku mempersiapkan seluruh kekuatan yang pernah aku miliki selama ini.

Tumpuan Serta Kesabaran Amat Penting Dalam Menangani Sesuatu Musibah...



Semoga kehadiran syawal kali ini dapat mengubah serta memberikan sedikit kegembiraan untuk aku meneruskan sisa-sisa perjalanan hidup ini. Biarlah ianya menjadi satu harapan untuk dikenang dan diingati selagi ianya masih bertahta didalam naluri kecil dan menjadi sejarah di masa-masa akan datang...

"..Hari Yang Mendatang Tidak Akan Memberikan Sebarang Makna,

Jika Kegagalan Semalam Tidak Dijadikan Teladan.."