Memaparkan catatan dengan label hakikat kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hakikat kehidupan. Papar semua catatan

Selasa, 23 November 2010

Antara Harapan,Impian Dan Keinginan...

  Sebenarnya antara sesuatu sebab yang mengubah seseorang kepada
sesuatu benda atau sebagainya bermula dari sedetik naluri melalui kata hati, ini telah terbukti dengan apa yang sering kita lalui sebagai seorang insan yang bergelar manusia.. Mengapa? Itu adalah dugaan,tetapi kenapa kita yang sering bertuah untuk mengharunginya selama ini? Mungkin dengan itu kita dapat berfikir akan kesalahan atau dosa-dosa lampau yang telah kita lakukan kerana Tuhan menurunkan ujian kepada setiap hambanya mengikut kemampuan hambanya dan bagi menguji tahap kesetiaan setiap hamba kepada-Nya.

Antara harapan,impian dan keinginan.. Adalah wajib atau ianya adalh semulajadi akan hadir dan lahir didalam diri setiap orang cuma mungkin setiap apa yang lahir itu akan ada sedikit perbezaan namun inya adalah sama. Harapan juga kadang-kala akan membawa kita ke arah jalan yang tidak sepatutnya dengan tidak berlandaskan Iman yang kuat kita mudah terpesong apabila sesuatu yag menjadi harapan kepada kita.. Tapi pernahkah kita terfikir yang harapan akan hanya tinggal harapan jika ianya tidak diiringi dengan usaha dan doa yang ikhlas kepada Maha Pencipta..
 
Keindahan Alam Kadang-Kala Mampu Membuat Kita Melupakan Masalah
 
Sesungguhnya manusia sering lupa apa yng pernah mereka ucapkan, sering alpa dek kemahuan yang akhirnya membawa kepada kekecewaan.. Dimana letaknya prinsip kita sebagai manusia? Dimana janji-janji yang selau kita ucapkan..? Apa adanya seseorang itu akan memberikan sepenuh tumpuan kepada kita jika disebaliknya dia mempunyai agenda dan insan lain...? Pernahkah kita terfikir..?atau pernahkah kita bertanya rahsia disebaliknya...? Mungkin ya dan tak mustahil pula lebih banyak..untuk itu sama-sama lah kita berfikir, sia-sia anugerah Allah akal dan fikiran untuk ciptaan-Nya yang teragung iaitu manusia namun tidak semuanya digunakan dengan baik dan betul....
 
Dari itu, sedarlah bahawa tiada yang akan kekal dengan kita didunia ini.. dan setiap apa yang dipinjamkan kepada kita, gunalah ia dengan sebaik mungkin dan jagalah agar ia menjadi sumber atau kekuatan untk kitamenempuhi liku-liku dalam merencanakan kehidupan ini.................

Ahad, 15 November 2009

Rintihan Hati Seorang Lelaki................................................. (Specially dedicated for someone)



Rintihan seorang lelaki
Berkelana di hujung rindu
Mengharap sayap cinta
Untuk terbang ke persada
Membalut segala impian

Rintihan seorang lelaki
Meniti jembatan buih
Menahan cinta mengalir
Pada senja yang kemerahan
Akan berakhir ditelan malam

Rintihan seorang lelaki
Menanti di kamar malam
Kelambu bahagia terpasang kini
Api cinta dinyalakan
Penuh keresahan

Rintihan seorang lelaki
Kelopak mawar bertabur dijiwa
Mengharap wangian menjelma
Pada kuntuman setia
Bersama dedaun kasih
Pada cinta yang bermusim
Berguguran layu

Rintihan seorang lelaki
Yang kian disapa sepi
Dilorong berlari kerinduan
Kasih yang berlabuh
Hanya sekadar bertandang
Di pelabuhan hati


Selasa, 29 September 2009

Antara Keyakinan,Keikhlasan & Ketulusan....


Seumpama permainan hidup yang tidak pernah putus walau beberapa kali cuba untuk dipotong dengan pisau matlamat, namun ianya akan tetap meninggalkan kesan sebagai tanda untuk dikenang dan dijadikan pengajaran serta petunjuk arah bagi melalui setiap penjuru dan ceruk rantau di setiap perjalanan. Satu-satunya yang akan sentiasa mekar di ingatan walau ianya telah pergi jauh meninggalkan kita, sejauh mana ia pergi sejauh itu jugalah ingatan yang sentiasa akan terpahat di setiap sudut sanubari setiap manusia.

Keikhlasan & Ketulusan Hati Dapat Melahirkan Keyakinan Pada Diri Sendiri

Alangkah indahnya jika apa yang kita tanamkan mengeluarkan hasil yang amat kita nanti-nantikan, namun tidak mustahil setiap benih yang kita semai itu akan hidup dan mengeluarkan sesuatu bagi menandakan kita akan berjaya. Jika sepohon pokok itu kita semai dan jaga dengan sepenuh keikhlasan insya'Allah ianya akan mendatangkan pulangan yang setimpal dengan titik peluh yang kita curahkan. Tapi jika sudah menjadai ketentuan Ilahi, seharusnya kita sebagai hamba-Nya harus terus yakin bahawa setiap yang berlaku adalah ujian..ujian yang ingin melihat setinggi mana ketulusan serta kesabaran yang kita mampu lakukan demi melaksanakan segala apa yang telah ditulis untuk kita lalui dalam kehidupan harian ini..

Setiap Persahabatan Adalah Amanah Yang Dikurniakan Untuk Kita Jaga Dan Pelihara Sebaik Mungkin..

Mungkin bagi setiap individu yang tidak terlampau fikirkan akan apa yang sering berlaku oleh kerana dia selalu mendapat apa yang dia inginkan dalam kehidupan namun sesekali cuba lah fikirkan untuk keinginan orang lain juga. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan datang kepada  kita dan dari itu jika sudah memiliki semangat yang jitu serta keyakinan diri yang tinggi dan ditambah pula dengan keikhlasan serta ketulusan hati yang kuat cukup untuk membantu bagi kita untuk cuba mengelak dari ianya terus berlaku kepada kita.

Kenangan-Kenangan Akan Sentiasa Mekar Walau Hakikat Ianya Telah Lama Berlalu....

Andai ia adalah satu pengajaran, jadikan ia sebagai semangat..tapi jika ia adalah kebahagiaan pula jangan lupa untuk kita bersyukur kepada yang maha Esa kerana tanpa restu dari-Nya ianya amat mustahil akan terjadi. Setiap manusia punyai sesuatu yang amat berbeza, berbeza dari setiap individu iaitu cara dan apa yang difikirkan pada satu-satu saat itu. Inilah antara keistimewaan kita yang kadang kala kita lupa dan terus melupakannya hingga satu masa kita akan cuba sedaya upaya menyalahkan orang lain hinggakan boleh membawa kepada salah faham serta perkara-perkara yang amat kita benci.

Adakalanya Kita Perlukan Ruang Untuk Menyendiri Bagi Berfikir..

Bagi setiap kata-kata yang kita ungkapkan, cukup untuk membuktikan sama ada kita cukup percaya dan yakin akan diri kita bak lembu yang tiada tali yang digunakan untuk mengikat supaya ianya tidak terus berjalan tanpa arah dan pergi ke mana yang dia inginkan. Bayangkanlah jika kita tiada keyakinan diri, keikhlasan serta ketulusan hati yang tinggi kita mungkin akan mengikut jejak seekor lembu yang sememangnya tiada akal juga fikiran tapi tak bermakna kita akan menjadi seekor lembu..

Menjadi Pendengar Yang Baik Serta Cuba Untuk Memahami Apa Yang Cuba Disampaikan Adalah Penting Dalam Membantu Meningkatkan Kesedaran Serta kefahaman Dalam Kehidupan..

Setiap manusia punyai pandangan dan ini adalah salah satu dari pandangan saya melalui perjalanan hidup saya, jadi diharapkan agar tiada salah faham akan tulisan saya ini. Tiada maksud untuk menggaitkan mana-mana individu, hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang ada. Jika ada sebarang komen yang dapat membina bagi perkongsian bersama amatlah saya alu-alukan dengan hati yang terbuka. Semoga ianya dapat kita jadikan sebagai rujukkan serta sumber pengajaran dan pengalaman dalam menempuh liku-liku  kehidupan harian kita..


" Masa Depan Yang Cerah Selalu Tergantung pada Masa Lalu Yang dilupakan. Kita Tidak Dapat Meneruskan Hidup Dengan Baik Jika Tidak Dapat Melupakan  Kegagalan Dan Sakit Hati Di Masa Lampau.."

Selasa, 25 Ogos 2009

Bila Hati Kian Menangis.....

Terdengar sayup azan subuh berkumandang,takkala orang sibuk bersiap sedia bagi menunaikan salah satu rukun islam bagi mendirikan solat subuh aku masih terkiyal-kiyal dengan fikiran aku yang semakin hari semakin serabut..serabut memikirkan arah tentu,arah tuju aku yang kadang-kala terang hinggakan aku sendiri lalai dan tak kadang-kala juga ia samar serta terlalu sukar untuk aku melihat apa yang ada didepanku dan apa yang patut aku lakukan sehinggakan hati ini menagis tak henti-henti mengenangkan peristiwa yang berlaku dalam perjalanan hidupku melalui liku-liku kehidupan dan ujian tambahan dalam bulan ramadhan pada ketika ini.

Satu ujian yang sememangnya sukar untuk aku tempuhi dan lalui namun ku gagahi juga untuk menenangkan diri ini walau hakikatnya aku tak cukup kuat dan mampu untuk aku menghadapi dan menerima segala kenyataan yang telah terungkap dalam keadaan mengejut yang mana ia mengubah segala tahap ketahanan yang aku miliki,yang selalu aku banggakan selama ini. Sesungguhnya aku manusia biasa,seorang insan yang masih kurang mengenal erti kebahagian yang kekal,kebahagian yang dapat membuatkan hati ini tersenyum..

Kemana Perginya Kekuatan Serta Kesabaran Yang Pernah Aku Miliki Selama Ini.. (Kenangan Sewaktu Bersama-Sama Seorang Sahabat Di Shangri-La Rasa sayang Hotel)

Namun aku cubua dan mencuba untuk memujuk hati ini,walau kadang-kadangnya berjaya tetapi kenapa ianya tidak kekal? tidak kekal abadi seperti yang orang lain inginkan serta terima,mungkin benar ianya adalah salah satu cabang ujian yang patut aku lalui serta hadapi untuk kehidupan ini tetapi mengapa ianya sering datang takkala hati ini sudah mula merasai dir disayangi dan dicintai? mengapa ia hanya sekadar angin yang bertiup,jika ke kanan ia bertiup..maka ke kananlah ia akan pergi juga jika ke kiri...ke kiri lah ia akan sampai,mungkin dalam secara sedar mahu pun tidak ada kesalahan atau kemungkaran yang telah aku perbuat dan ini sebagai hukuman yang patut aku tempuhi dalam menentukan arah hidupku..

Sampai disini aku masih terfikirkan,kesalahan apa yang telah aku lakukan sehingga dikau sanggup mengeluarkan satu kenyataan yang sememangnya aku tidak dapat menerimanya..sungguh tidak dapat menerimanya sama sekali biar aku di pukul sehingga lumpuh sekali pun,aku tetap dengan jawapan yang sama iaitu aku tidak dapat menerima apa yang telah engkau ucapkan..semoga Allah akan membantu aku untuk terus bersabar dan dibukakan pintu hatinya untuk kembali dan berubah serta kembali seperti dahulu...

Ahad, 23 Ogos 2009

Selamat Datang Ramadhan...

Marhaban Ya Ramadhan... Selamat Datang Ramadhan,sebaik-baik bulan dan seindah-indah bulan yang amat ditunggu-tunggu dan dinantikan bagi mereka yang dahagakan pahala dari amalan yang dilakukan. Namun apa yang aku harpkan disini adalah semoga ramadhan kali ini adalah satu ramadhan yang lebih baik serta dapat mengukir satu laman indah yang mana dapat dikenang dan diingati hingga ke akhir hayatku...

Alhamdulillah 1 Ramadhan ari ni dapat mengajar agar aku lebih bersedia untuk meneruskan kehidupan aku yang kadang kala tak pasti dimana dan kemana arus perjalananku.. Sesungguhnya apa yang aku harapkan hanyalah ketenangan serta kebahagian yang abadi, tapi bagaimanakan harus aku lakukan untuk aku merialisasikan segala impian dan cita-cita yang kadang kala aku lihatkan begitu jauh untuk aku jejaki hinggakan adakalanya hinggakan apa yang ada didepanku hilang dan terus hilang entah kemana perginya..

Mengapa kadang kala dia sangat-sangat memberikan aku satu gambaran yang jelas tetapi mengapa ia tidak boleh dikekalkan? Kenapa perlu ada masa dan sesetengah situasi yang mampu memberikan aku untukhidup gembira?.. Kenapa ianya tak dapat menjaga dan memperkuatkan naluri serta keteguhan hati untuk terus menjaga serta memberikan penawar dalam apa yang ditanggung selama ini. Mungkin pada zahirnya segala keceriaan,kegembiraan yang aku tunjukkan tidak dapat mengambarkan apa yang aku fikir dan alami didalam seketul hati yang dipendam dan diperap sebegini..

Mudah-Mudahan Aku Dapat Menjaga & Memelihara Hati Ini Agar Tidak Terus Jauh Tersasar Dari Landasan Asal..

Apa salahku,apa yang telah aku lakukan hinggakan segala hidupku kini dirundung pilu..pilu yang teramat sangat yang mana kadang kala merosakkan lagi kehidupan dan menjadikan perjalanan hidup ini semakin hari semakin terpesong jauh,jauh ditelan keseronokkan dunia.. Ini lah yang aku amat benci,tetapi mengapa ini yang aku pilih?

Sedangkan banyak lagi cara untuk menghilangkan stress dan menguati hati yang terluka bagaikan ditusuk pedang yang amat tajam..tajam sehinggakan aku tidak dapat berfikir baik buruknya jalan yang aku pilih untuk dilalui bagi menghilangkan segala kesengsaraan walau pun hanya sekadar beberapa ketika..

"Ya Allah,Kau Ampunilah Aku.. Kau Tunjukkanlah Jalan-Jalan Perjuangan-Mu, Kau Berikanlah Aku Kekuatan Untuk Melalui Ujian-Mu Ini, Kau Rahmati Dan BAntulah Aku Agar Aku Tidak Kehilangan Serta Melupakannya, Janganlah Kau Ambil Serta Jauhkan Hatinya Untuk Menyayangi Serta Mencintaiku.. Sesungguhnya,Dia Yang Telah Kau Berikan Kepadaku Sebagai Penawar Untuk Aku Meneruskan Liku-Liku Dalam Perjalanan Hidupku..."


Rabu, 19 Ogos 2009

Siapa Aku Yang Sebenarnya....?

Kemanakah perginya segala yang aku harapkan,mengapa ia datang dan ingin pergi pada saat dan waktu yang aku sendiri tak termampu untuk menerimanya..


Dimanakah perginya semangat serta kekuatan yang telah aku terima andai ini yang dipertaruhkan..


Salahkah aku sekiranya aku menyatakan apa yang sering aku fikirkan,berdosakah jika segala yang terucap satu ketika dahulu untuk aku pegang dan bawa sebagai kekuatan serta tenaga untuk aku melalui liku-liku kehidupan ini....




Sesungguhnya aku amat mengharapkan agar apa yang telah aku lalui tidak akan diulangi,segala pengalaman pahit manis yang memberi seribu satu semangat untuk aku meneruskan kehidupan ini selain mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih kuat untuk melawan segala kesengsaraan serta kesakitan yang aku alami.
Bukan mudah untuk aku menerima serta melupakan dengan apa yang telah aku lalui dan sayangi... Sesuatu yang selalu bersama akan kita rasa jika ia tiada walau sedetik,sama ada secara kebetulan atau pun tak..manusia takkan dapat lari dari merindui dan mengingati segala yang telah dilaluinya dalam kehidupan.

Sesuatu yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata,itulah hebatnya manusia yang diciptakan sebaik-baik kejadian.
Detik-detik bersejarah yang terpahat didalam segumpal darah yang membeku amatlah berharga andai kita pandai menjaga serta memeliharanya supaya ia tidak terguris atau terluka dan meninggalkan parut untuk dikenang hingga ke akhir hayat.....

Ahad, 16 Ogos 2009

Mengapa Musibah Sering Mendampingi Aku?

Sesuatu yang tidak dapat kita duga juga kita menjagai akan kehdairannya yang sememangnya kita tidak mahhu ia berlaku dan terjadi tetapi apakan daya jika itu kehendak yang Maha Esa,mugkin apa yang dihantarkan-Nya untuk kita yang bergelar hamba adalah satu petanda tentang kealpaan kita terhadap-Nya selama ini.

Sesuatu yang cukup memedihkan,lebih sakit dari ditusuk benda tajam dan apa yang dapat kita lakukan hanyalah berfikir akan apa yang telah kita lakukan dalam perjalanan kehidupan kita yang lepas,mungkin dari itu segala persoalan yang kita inginkan akan terjawab serta segala kesakitan yang kita tanggung akan segera kita rawat dengan penawar yang sudah ada didepan mata walau sukar untuk mendapatkannya,walau perit untuk ditelan tetapi sedarkah kita dengan apa yang dikatakan ujian.


Ujian,satu perkataan yang cukup untuk memberikan impak yang besar kepada yang diuji.. Aloagkah baiknya jika kita dapat menangkis serta melalui segala ujian dengan hati serta pemikiran yang tenang lagi damai. Tapi,jika kesemuanya senang tiada makna segala ujian itu..tapi jika susah pula,mengapa kita kadang-kala rebah sebelum melawan segala penderitaan yang bakal kita hadapi jika kita tidak berdepan dan mencari penyelesaian dengan kadar segera.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui,segala tindak tanduk yang kita lakukan sentias diperhatikan walau dalam apa jua keadaan tetapi mengapa kadang kala kita terlalu lemah,kenapa apa yang kita kehendaki dan perlukan akan ada saja yang cuba untuk merampasnya..

Dimanakah perginya seribu kata-kata,amanah dan impian yang telah kita lahirkan untuk kita kejar dan dan memegang sekuat-kuatnya,sanggup mengalirkan air mata,darah sekali pun tidak akan dilepas selagi nyawa tergandung badan. Inilah manusia,manusia yang diciptakan sebaik-baik kejadian yang kita ketahui tetapi tidak kita fahami.


Kita sering kali menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan untuk kita jaga serta menggunakannya sebaik-baik tetapi kenapa kita tidak dapat bersabar,menahan segala godaan, menjaga apa yang diamanahkan kepada kita seterusnya menunaikan janji-janji kita?
Di mana silapnya? adakah kita terlalu memikirkan diri kita tanpa memikirkan orang lain? Adakah kita cuba untuk tidak dapat menerima sesuatu yang telah kita terima? Atau adakah kita memiliki dua matlamat yang ingin kita kecapi dalam masa yang sama...

Khamis, 13 Ogos 2009

Liku-Liku Dalam Mencari Satu Jawapan Yang Tak Pasti..


Berbagai dugaan serta cabaran yang aku lalui dalam mencari erti kata sebenar apa yang dimaksudkan dengan kesetiaan serta ucapan yang terungkap semasa didalam keadaan suka dan duka.. Tidak semua apa yang kita harapkan akan menjadi serta dapat kita gapai walau pun hakikatnya ianya agak dekat dihati kita tetapi tak mustahil akan berubah dengan sekelip mata,mata yang melihat tidakkan sama dengan mata yang menilai. Ituah hakikat sebuah perjalanan yang patut aku atau sesiapa saja bukan saja mungkin tetapi pasti laluinya.


Satu persatu ujian serta dugaan yang timbul dalam mencari hari-hari bahagia,ada yang baik dan tak terlepas juga yang sebaliknya.. Berbalik kepada ajaran Islam,jika kita selalu mendekatkan diri dengan Allah insya'Allah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.. Mungkin kadang kala kita tak nampak apa yang berada didepan dan disisi kita,orang yang sentiasa tak putus-putus memberikan sesuatu semangat untuk kita menempuhi kehidupan,orang yang selalu memberikan semangat untuk kita meneruskan perjalanan walau pun ianya hanyalah seorang insan biasa yang dikirim oleh yang Maha Esa sebagai asbab untuk mendekatkan dirinya sebagai satu bentuk bantuan yang dalam keadaan sedar dan tidak ianya sebenarnya patut kita hargai,sayangi serta jaga seperti mana kita menjaga dan menyayangi diri kita sendiri.
Liku-Liku Dalam Mencari Arah Tujuan Yang Sebenar

Hari kian berlalu,manusia sentiasa memikirkan perubahan..ini takkan terlepas dari segala kemusykilan yang akan timbul,jadi persoalannya sekarang adakah aku patut secara jujurnya bertayakan permasalah yang sedang bermain di minda? atau hanya mendiamkan diri serta menyimpan ia sebagai satu anggapan ..atau pun membiarkan ia terus berlalu tanpa menyimpan atau memikirkan juga bertanya...........

Dimana dan pada siapakah yang harus aku pergi dan ketemui untuk aku mendapatkan sesuatu yang dapat meneutralkan kembali apa yang sedang bermain di fikiran ini, mungkin jika aku terus melayan perasaan ini aku akan lagi tertekan..tertekan dengan apa yang amat aku perukan. Tiada apa lagi yang mampu aku katakan disini selain dari bersabar,tapi kenapa? kenapa aku yang selalu menerima ini semua...apakah kesalahanku? apa dosaku,hingga aku patut melalui ini setiap kali hati aku mula dan menyayangi seseorang........hanya Tuhan yang lebih mengetahui.



Isnin, 10 Ogos 2009

Happy Birthday & Terima Kasih Atas Segalanya...

Selamat menyambut hari kelahiran yang ke-20 pada seseorang yang terlalu istimewa dan maaf kerana tak dapat bersama untuk meraikannya. Mudah-mudahan di usia 20 ini dapatlah kiranya dikau menjadikan sesuatu yang amat diharap serta diimpikan selama ini menjadi realiti didalam perjalanan hidupmu.

Walau apa yang harus aku atau difikirkan dari sesuatu hari yang amat memilukan agar ianya tidak akan melalui perjalanan yang berliku serta mencabar erti kehidupan seperti yang pernah aku alami ketika dahulu. Sesuatu yang agak pelik mungkin pada zahirnya kita tidak akan mengetahui serta pasti ianya terjadi hanya dengan sedetik serta sekelip mata,tapi batinnya hanya yang merasakan sesuatu yang belum menuju ke arah kepastian yang masih dibelenggu tanda tanya...

Setiap yang kuinginkan pastinya mempunyai seribu halangan serta menguji kekuatan serta keutuhan naluri dan perjalanan yang tak pasti. Sesungguhnya manusia punyai seribu satu matlamat,harapan,keistimewaan,kemahuan,harapan,hati dan naluri yang setidak-tidaknya dapat dibayangkan dengan semudah kata-kata. Harapan terus menjadi harapan,belum pasti ari ini seindah dengan hari esok.. Juga bukanlah bermakna,kesedihan hari ini akan berlarutan hingga ke esok,mungki ia akan hilang dan tak mustahil ia akan kembali.

Dengan berbekalkan perjalanan hidup ini,mudah-mudahan aku dapat mengharungi serta memberi yang terbaik untuk diriku jga untuk diriku.. Seandainya dapat ku temui segala impian hari ini untuk dijadikan kenyataan pada hari esok,cukup untuk mengembirakan hidup yang tak pasti serta arah tuju yang masih kabur di depan mata. Mungkin ini akan dapat untuk aku lebih mengerti apa yang dikatakan dengan 'hak',terima kasih diatas yang berlaku..terima kasih kerana sudi menerimaku, terima kasih kerana sudi menyayangiku, terim kasih kerana sudi memberikanku semangat untuk hidup semula, terima kasih kerana cintamu tidak berbelah bahagi, terima kasih kerana engkau memberikan aku sesuatu yang amat berharga, terima kasih kerana selalu membuatkan aku berfikir, terima kasih kerana selalu memberikan apa yang aku tak dapat fikirkan dan terima kasih kerana sudi hadir serta memberi aku seribu harapan.........

Isnin, 6 Julai 2009

Lelaki Sejati..

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya..

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran..

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa..

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah..

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan..

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu..

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya..

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan..

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca..

Sabar itu iman..
Duit bukan kawan..
Dunia hanya pinjaman..
Mati tak berteman...

Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk Dicintai dan dikasihi serta disayangi.Renung-renungkanlah bersama,moga-moga ia memberi manfaat kepada kita hendaknya..