Memaparkan catatan dengan label Renung-Renungkanlah.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renung-Renungkanlah.... Papar semua catatan

Ahad, 27 September 2009

Antara Kehidupan Dan Perjalanan...


Dikala kemeriahan Aidilfitri masih terasa, kenikmatan dan ketenagan yang ditagih mendapat kasih serta simpati yang cukup bermakna bagi meneruskan kehidupan yang agak pelik tetapi cukup untuk memeningkan jika tidak dihalusi secara teliti akan timbul kebosanan seterusnya akan tiada jawapan yang terhasil oleh segala persoalan yang dinanti-nantikan.


Fahami dunia anda sebelum anda cuba memahami dunia orang lain..dan dengan kata-kata itu yang cuba diberikan oleh salah seorang sahabat yang sememangnya memerlukan kesabaran serta ketelitian dalam memahami dan seterusnya mendalami erti sebenar disebalik kata-kata tersebut. Alhamdulillah, berkat kesabaran serta nasihat yang tidak putus-putus oleh sahabat-sahabat dan teman-teman dapat juga kata-kata tersebut untuk dicari erti sebenar apa yang dikatakan olehnya itu. Setiap impalan atau keinginan akan hadir juga rintangan yang mana ia hanyalah sekadar untuk melihat tahap kemampuan seseorang itu bagi meyakinkan dirinya sendiri serta melalui dengan cara dan gayanya yang tersendiri.

Dalam Mencari Erti Sebenar Kebenaran Yang Belum Pasti...

Jika kita adalah seorang yang berjaya, jangan kita lupa akan kegagalan.. Jika kita pernah melalui saat manis, jangan dilupakan saat berduka, kerana ia adalah salah satu peneman yang sentiasa akan hadir dalam setiap kehidupan harian kita dalam meniti saat-saat perjalanan harian. Perjalanan yang sememangnya satu objek yang sukar untuk kita bayang atau kita teka akan kejadian serta apa yang akan berlaku namun kita masih mampu untuk memilih apa yang patut kita pilih dan jangan sesekali kita menidakkan apa yang kita pilih itu.

Kesinambungan Ukhwah...

Sebahagian besarnya setiap yang berlaku itu jika ia adalah keburukkan kepada kita, akan kita persalahkan orang lain dan akhirnya pulang kepada diri kita.. Mengapa? satu soalan yang mungkin amat sukar dan sememangnya payah jika kita tidak dapat menggunakan sepenuhnya keistimewaan akal-fikiran yang dikurniakan kepada kita. Setiap yang berlaku,ada hikmahnya..perkataan yang sering kita dengar, tapi tahukah kita apa hikmah sebenranya disebalik kebaikan atau pun musibah yang kita lalui. Pernahkah kita memikirkannya secara halus dan telus untuk kita mendapatkan jawapan sebenar dari persoalan yang kita mahukan itu.. Sama sekali tidak kerana sudah menjadi tabiat manusia hanya inginkan kesenangan tidak kesusahan, sesekali terfikir mengapa ini berlaku kepadaku? merungut dan tidak dapat meyakinkan diri sendiri dengan apa yang sememangnya patut diberikan penjelasan yang terpeinci.

Dalam Memenuhi Perasaan Ingin Tahu..

Keseluruhannya, jika kita mampu memberikan seribu keyakinan pada seseorang mengapa tidak untuk kita memberikan mengapa dan apa hikmah yang sebenarnya untuk cuba difahami seterusnya digunapakai dalam setiap aspek yang berkaitan, tapi ini tidak pernah berlaku. Mengapa ini berlaku?..adakah ia adalah sebahagian dari ego kita yang bergelar manusia? Tidak mustahil ianya adalah sangat berkaitan, juga tidak mustahil jika ianya lansung tidak bersangkutan... Apa guna kita belajar setinggi gunung jika ilmu yang tertanam didada hanyalah setinggi pokok rumput dan apa guna kita dikurniakan akal serta fikiran jika kita sendiri tidak pandai menggunakannya dalam perjalanan kehidupan harian kita...........tepuk dada tanyalah hati..

Khamis, 28 Mei 2009

Hakikat Sebuah Pernikahan...

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidurtidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika pasangannya tidak dapat memberikan anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat padahal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yangdicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk-NYA.
Dan ALLAH mencintai hamba-NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
Maka tak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumahtangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.