Memaparkan catatan dengan label Kekuatan Jatidiri Seorang Insan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kekuatan Jatidiri Seorang Insan. Papar semua catatan

Sabtu, 19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin...


Alhamdulillah,setelah sebulan berpuasa, kini tibalah masanya umat Islam menyambut hari kemenangan setelah menahan lapar,dahaga dan nafsu selain mendidik kita untuk mendisiplinkan diri serta memperbanyakkan amal ibadat. 

Syukur juga disepanjang bulan ramadhan kali ini aku dapat mempelajari berbagai-bagai suasana, kesabaran serta ujian yang tak putus-putus walau pun adakalanya ianya amatlah sukar untuk digambarkan dengan kata-kata..namun apa yang aku harapkan agar syawal pada kali ini akan lebih memberikan kebahagiaan dan ketenangan untuk aku meneruskan setiap langkah demi langkah menuju dan mencari jalan hidupku sendiri.


Semoga impian ini akan dapat dikecapi pada syawal kali ini... Sesungguhnya aku amat mengharapkan satu keajaiban berlaku takkala hati dirundung kesedihan dan kedukaan yang semakin hari semakin berpanjangan.

Andai ini adalah keputusan terakhir yang harus aku terima, aku berharap ia juga adalah sejarah yang tidak akan berulang pada masa-masa hadapan. Kesakitan yang sangat sukar untuk dirawat dan membuatkan aku harus bermain dengan semangat untuk melawan segala keperitan yang ditanggung selama ini...


Semoga Kehadiran syawal Ini Akan Lebih Bermakna Dalam Hidupku...

Dikesempatan yang ada ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua insan yang mengenali diri ini terutama kepada seseorang yang sering memberikanku nasihat, kata-kata semangat, penawar untuk aku bertahan dan yang aku amat sayangi serta cintai Nurul Asmera walau jauh dimata namun,amat dekat dihati. Tak lupa juga sahabat-sahabat yang tak putus-putus bersama membantu bagi aku mendapatkan sedikit ruang untuk merasa nikmat kegembiraan serta erti sebenar kehidupan. Kepada teman-teman serta pengunjung  Laman Nurani , Pusaka Gayong Pulau Pinang , KBP , KGAGSAnak Gayong.NetFacebook , FriendsterMyspace , Tagged dan My Live Blog! Jasa kalian amatlah dihargai,semoga ikatan ukhwah diantara kita akan berkekalan hingga akhir hayatku.

Bersama Memartabatkan Seni Warisan Bangsa

Dengan ingatan tulus ikhlas serta ikatan tali silatulrahim ini, saya ingin menjemput saudara serta saudari serta keluarga untuk datang beraya ke teratak usang saya di 5846 Kampung Nyior Sebatang, Seberang Perai Utara pada hari raya nanti. Insya'Allah saya sedia menanti kehadiran anda dengan hati yang terbuka.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin....

* Untuk Tempahan Demonstrasi Silat Majlis Kahwin atau Majlis Keraian selepas hari raya ni boleh la menghubungi saya di talian 012-5633904 (Cikgu Helmi) , PSSPGM Penang , Email.





Ikhlas dari:
Adi Putra 
Helmi 
Panglima Hitam

Sabtu, 12 September 2009

Antara Sahabat & Air Mata....

Mendung tak semestinya hujan,cerah tak mustahil akan akan berpanjangan..begitulah hakikat yang harus kita ingat dan ketahui tentang bagaimana ia berlaku dan mengapa ia terjadi.

Setiap saat yang berlalu jika dipandang dan diselidiki dengan hati yang terbuka mungkin kita akan dapat menyaksikan sesuatu panorama yang unik serta lebih memaksa untuk kita menggunakan sepenuh anugerah Ilahi untuk berfikir dengan sedalam-dalamnya berkaitan kehidupan yang serta perjalanan dalam mencari arah tujuan walau dalam sekumpulan awan yang penuh kesamaran dan tidak pasti apa yang ada disebaliknya.

Bagaimana kita mengenal seseorang insan yang bergelar sahabat dalam arus kehidupan,suatu keadaan yang kadangkalanya sama dan kadangkalanya amat berbeza mengikut perkembangan serta pembawakkan cara hidup seseorang dalam menangani serta memahami erti sebenar persahabatan.

Mungkin tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan,tidak mustahil juga ia akan berakhir dengan kejayaan..walau apa pun keputusan yang kita harus terima dalam meniti hari-hari ini,kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah tertulis dalam kehidupan kita. Biar perit sekali pun ia,biar seindah mana pun ia,apa yang pasti ia akan berlaku dan terus berlaku untuk kita menempuhinya dan berfikir hikmah yang ada disebalik setiap kejadian.
Mencari Seribu Ketenangan Walau Setinggi Harapan Yang Menggunung Hilang Entah Kemana..

Jika dapat kita undurkan masa,mungkin semua orang mahukan peluang kedua ini untuk kita memperbaiki segala apa yang kita mahukan walau susah sekali pun pasti kita akan tetap berusaha hingga apa yang sepatutnya kita lihat tidak dapat dibayangkan sekiranya kita tidak benar-benar cuba untuk memahaminya..

Sesungguhnya manusia akan melalui berbagai-bagai situasi dan ianya tidak mustahil untuk kita mengalirkan air mata bagi memujuk hati sama ada dalam keadaan gembira atau sebaliknya, bagi yang gembira tangisan umpama mutiara yang tidak ternilai dilahirkan dari hati untuk diluahkan. Tapi bagaimana pula jika kesakitan yang menyebabkan air mata seseorang itu mengalir? Inilah yang dinamakan lumrah kehidupan, keistimewaan yang ada pada setiap manusia normal yang menghuni muka bumi ciptaan Ilahi ini..


"Jika tercipta sebuah persahabatan yang utuh, jagalah ia, belalah ia dan peliharalah ia agar ianya akan kekal bersama kita dan jangan biarkan ianya pergi meninggalkan kita takkala kita amat memerlukan seseorang untuk memahami, menegur dan menasihati kita..."

Khamis, 3 September 2009

Semakin Hari Semakin Rindu... Adakah Aku Masih Diperlukan Dalam Hidupnya?

Detik-detik indah kembali di ingatan sebaik saja melabuhkan kepala di atas bantal,setiap saat yang dilalui dikenang hinggakan dalam sedar atau tidak aku terus dibuai mimpi indah yang kadang kalanya aku sendiri tidak sedar bahawa apa yang berlaku pada ketika itu hanyalah sebuah mimpi indah yang mungkin tidak akan berlaku di alam nyata ini..

Walau ia adalah satu igauan manja yang dilalui pada semua orang apabila terlalu berfikirkan dan mengingati sesuatu yang amat pendamkan dalam takungan segumpal darah beku yang bergelar hati.


Sesuatu yang tidak sam sekali disangka dan dapat dilupakan begitu sahaja,setiap perjalanan hari ini tak mustahil esok akan menemui destinasi yang hendak dituju..begitulah apa yang sering kali berlaku diatas pentas dunia yang penuh dengan ranjau serta duri yang amat menguji tahap ketahanan mental dan fizikal setiap insan yang melaluinya.

Dalam Meniti Hari-Hari Ini,Akan Aku Perjuangkan Setiap Apa Yang Aku Ucapkan Sebagai Janji Demi Melaksanakan Tanggungjawab Sebagai Seorang Khalifah Di Muka Bumi Ini..Insya'Allah

Memang sukar dan adakalanya kita sudah pun berputus asa dengan apa yang kita terpaksa lalui,mendaki setiap tebing-tebing kota demi mencari sedikit cahaya untuk dijadikan sumber kekuatan dan penawar bagi mengubati setiap hiris-hirisan kelukaan yang semakin hari semakin dalam.

Adakah ini bermakna kita akan mencapai apa yang kita hajat-hajatkan? Walau seribu usaha telah dilakukan,walau sejuta luahan telah dicerita bagi menerangkan situasi serta keadaan yang sangat genting..
Setiap Manusia Memiliki Kenangan Pahit-Manisnya Yang Tersendiri

Satu keadaan yang boleh membuatkan kita kehilangannya untuk selama-lamanya. Kenapa tiada secebis ruang atau masa yang diberikan bagi memperbetulkan andai ada kesilapan yang tak disengajakan yang sememangnya dipendam demi menjaga sebuah hati yang kadang kala ianya belum pasti untuk siapa dan pada siapa sepatutnya diberikan bagi menyaksikan satu fenomena ajaib berlaku untuk dikenang dan diingati hingga akhir hayat dalam sebuah kehidupan...
"Jika benar apa yang diucapkan pada hari ini,mengapa perlu menyayangi dan mengasihi seseorang jika hati dan perasaan itu masih dicurah serta diharapkan pada orang lain. Jangan pula mengusik hati seseorang itu hanya semata-mata bagi menutup serta mengubati luka lama dan terus meninggalkannya selepas memberikan seribu harapan yang tak pasti.."