Khamis, 15 April 2010
Antara Pengalaman Dan Kesinambungan...
Antara pengalaman,perjalanan hidup dan kesinambungan antara kombinasi yang agak berkaitan diantara satu dengan yang lain selain dari menjadi satu keperluan yang agak penting juga untuk memastikan apa yang diiginkan dapat dilaksanakan untuk merialisasikan segala impian dan harapan yang kadang kala agak sukar diterima akal dan pandangan mata kasar namun ianya tidak mustahil untuk berlaku...ya berlaku, tapi sampai bila? adakah isehari,seminggu,sebulan,setahun atau....................... terus dan terus hingga ke garisan penamat.
Semakin hari semakin banyak benda yang lahir dari benak fikiranku, yang mana ianya seakan-akan terus dan terus berlalu tanpa sebarang petanda atau matlamat sebenar namun mungkinkah ianya akan terlaksana..jawapannya hanya Tuhan sahaja yang lebih Maa mengerti lagi mengetahui..kita hanya merancang dan memberikan harapan... Tidak kesemua apa yang kita harapkan sering kali terus ke pangkuan kita tetapi tidak salah jika kita meletakkan sedikit harapan untuk kita layakkan sesuatu yang sukar dicari ganti...
Ada sesuatu yang kita impikan dimalam hari dan impian kita menjadi kenyataan pada siang di keesokkan harinya namun tak kurang jua yang ianya hanyalah sekadar mimpi indah di malam hari untuk memberikan sedikit kekuatan dan adakalanya harapan. Biar apa pun yang di harapkan, apa jua yang diimpikan tanpa usaha yang gigih dan benar-benar mahukan sesuatu agar terus menjadi realiti ianya takkan ada apa-apa melainkan sekadar gambaran indah untuk dikenang.
Pada hakikat dan jawapan yang lebih tepat untuk apa yang sering menjadi pertikaian selama ini adalah apa jua yang kita mahukan, segala impian dan kemauhan perlulah diikuti dengan usaha,doa dan harapan yang tinggi... Kesinambunagan dan gabungan diantara satu adalah amat perlu agar ianya tidak pulang dengan seribu kekecewaan.
Labels: Harapan dan Matlamat, Hidup Tak Selalunya Indah..
Posted by Adi Putra at 01:27 0 comments
Ahad, 30 Ogos 2009
Bagaimana Untuk Aku Meneruskan Kehidupan Tanpa Sebarang Kekuatan Yang Utuh...
Cukup mudah untuk sesiapa yang melihat serta mendengar bagi mentafsirkan apa yang difikirkan andai apa yang sebenarnya cuba dirahsiakan dipamerkan dengan perbuatan,tingkah laku,gerak gaya,perubahan mendadak,mendiamkan diri dan tidak ambil kisah atau peduli.
Mungkin ini benar,tapi tidak mustahil ini menjadi salah serta silap kerana Maha Pencipta lebih mengetahui serta memahami apa yang berlaku kerana setiap apa yang kita (manusia) fikirkan tidaklah kesemuanya benar tetapi adakah oleh kerana ini kita cuba berselindung disebalik bayang-bayang sedangkan kita sedang berada dihadapan apa yang kita tidak mahu melihat kelibat kita..
Sesuatu tanda tanya yang terus menguasai pemikiran serta benak naluri seorang insan yang cukup menginginkan saat-saat manis akan kekal hingga akhir hayatnya,apatah lagi bila ianya dalam keadaan tenat mengharugi saat-saat genting bagi menjadi penawar yang cukup ampuh untuk mengubati luka serta kesakitan yang teramat sangat.
Kemanakah ianya menghilang serta pergi dan hanya muncul sekadar memberika sedikit kesegaran bukannya merawat serta menjaga agar ianya tidak datang lagi...
Bagi seseorang yang melalui apa yang dikatakan erti kesabaran,dugaan,kesetiaan,percaya akan setiap janji-janjinya serta menunaikan apa yang telah dipersetujui bersama memanglah amat susah tetapi setiap khalifah (manusia) diciptakan sebagai makluk yang terbaik serta terhebat diantara makluk-makluk lain ciptaan Allah s.w.t. kita seharusnya berbangga serta menggunakan kelebihan serta keistimewaan yang telah dipinjam dan diberikan kepada kita semua untuk menjaga,memelihara serta menggunakannya sebaik-baik tanpa menyakiti atau merosakkan apa yang telah diciptakan-Nya walau pun hanya sedikit perasaan.
Bukan mudah untuk melakukan sesuatu apabila masing-masing berdepan dengan dugaan serta cabaran yang kuat,inilah yang dikatakan ujian..tetapi jangan kita mengalah kerana ia dapat merosakkan diri kita sendiri dan cubalah mencari jalan penyelasaian bagi mempermudahkan apa yang kita pilih sebeum ini.
Jangan pula kita membiarkan ianya menguasai kita sedangkan pada sebelumnya kita berjanji untuk menangkis segala apa yang mendatang dengan seribu kekuatan yang ada dengan keikhlasan yang tinggi serta semangat cintakan diri yang jitu yang tidak dapat disangkal atau digugat oleh mana-mana individu yang bergelar manusia. Sememangnya manusia memang cukup pandai memberkan sesuatu apabila ia menginginkan sesuatu dan apabila ia cuba mendekat untuk cuba menyelami kedalam hati walau ia tahu hati tersebut telah dijaga serta dimiliki oleh seseorang.
Tetapi,manusia memang tidak cukup dengan apa yang dimiliki..tidak puas dengan usaha terhadap apa yang diharapkan dapat dimiliki atas alasan kekuatan yang menjaga serta memliki tidak dapat melihat secara lansung dan jauh dari sudut penglihatan.
Satu permainan serta sandiwara yang sememangnya dibenci bagi sesiapa yang pernah atau selalu menghadapinya,mungkin pengalaman mengajar erti kehidupan tetapi sampai kemanakah pengalaman itu dapat membantu andai antara perhubugan tidak saling membantu untuk menangani serta menguasai kekuatan ukhwah untuk menolak segala kata-kata dari pihak-pihak yang sentiasa menunggu peluang-peluang untuk menarik perhatian serta menggangu gugat keharmonian yang selama ini bersinar bagaikan mentari menerangi alam untuk diliputi dengan kabus hitam dan membawa ianya lari serta pergi dari tempat asalnya..
Andai kita tidak cukup kuat,sememangnya apa yang pernah kita lalui serta terima sebelum ini akan berlaku..dan hasilnya adalah dari kita sendiri,bagaimana kita pernah sakit serta perit menanggung penderitaan yang teramat sangat..begitu jugalah kepada orang yang telah kita berikan semangat serta kasihi.
Jangan diikutkan hati serta kawalan emosi yang lemah itu,turut serta tunaikan segala janji dan berpegang dengan apa yang pernah kita percayai untuk menguatkan kembali naluri serta harapan kita... Jangan dibiarkan ia mengawal serta menetukan arah tuju kita sedangkan sebenarya kita yang lebih berhak untuk menentukan arah tuju kita dengan menggunakan akal fikiran yang di anugerahkan kepada kita oleh Allah s.w.t.
Labels: Hidup Tak Selalunya Indah.., Pengalamanku..., Perjalanan Hidupku
Posted by Adi Putra at 07:45 9 comments
Ahad, 23 Ogos 2009
Selamat Datang Ramadhan...
Marhaba
n Ya Ramadhan... Selamat Datang Ramadhan,sebaik-baik bulan dan seindah-indah bulan yang amat ditunggu-tunggu dan dinantikan bagi mereka yang dahagakan pahala dari amalan yang dilakukan. Namun apa yang aku harpkan disini adalah semoga ramadhan kali ini adalah satu ramadhan yang lebih baik serta dapat mengukir satu laman indah yang mana dapat dikenang dan diingati hingga ke akhir hayatku...
Alhamdulillah 1 Ramadhan ari ni dapat mengajar agar aku lebih bersedia untuk meneruskan kehidupan aku yang kadang kala tak pasti dimana dan kemana arus perjalananku.. Sesungguhnya apa yang aku harapkan hanyalah ketenangan serta kebahagian yang abadi, tapi bagaimanakan harus aku lakukan untuk aku merialisasikan segala impian dan cita-cita yang kadang kala aku lihatkan begitu jauh untuk aku jejaki hinggakan adakalanya hinggakan apa yang ada didepanku hilang dan terus hilang entah kemana perginya..
Mengapa kadang kala dia sangat-sangat memberikan aku satu gambaran yang jelas tetapi mengapa ia tidak boleh dikekalkan? Kenapa perlu ada masa dan sesetengah situasi yang mampu memberikan aku untukhidup gembira?.. Kenapa ianya tak dapat menjaga dan memperkuatkan naluri serta keteguhan hati untuk terus menjaga serta memberikan penawar dalam apa yang ditanggung selama ini. Mungkin pada zahirnya segala keceriaan,kegembiraan yang aku tunjukkan tidak dapat mengambarkan apa yang aku fikir dan alami didalam seketul hati yang dipendam dan diperap sebegini..
Mudah-Mudahan Aku Dapat Menjaga & Memelihara Hati Ini Agar Tidak Terus Jauh Tersasar Dari Landasan Asal..Apa salahku,apa yang telah aku lakukan hinggakan segala hidupku kini dirundung pilu..pilu yang teramat sangat yang mana kadang kala merosakkan lagi kehidupan dan menjadikan perjalanan hidup ini semakin hari semakin terpesong jauh,jauh ditelan keseronokkan dunia.. Ini lah yang aku amat benci,tetapi mengapa ini yang aku pilih?
Sedangkan banyak lagi cara untuk menghilangkan stress dan menguati hati yang terluka bagaikan ditusuk pedang yang amat tajam..tajam sehinggakan aku tidak dapat berfikir baik buruknya jalan yang aku pilih untuk dilalui bagi menghilangkan segala kesengsaraan walau pun hanya sekadar beberapa ketika..
"Ya Allah,Kau Ampunilah Aku.. Kau Tunjukkanlah Jalan-Jalan Perjuangan-Mu, Kau Berikanlah Aku Kekuatan Untuk Melalui Ujian-Mu Ini, Kau Rahmati Dan BAntulah Aku Agar Aku Tidak Kehilangan Serta Melupakannya, Janganlah Kau Ambil Serta Jauhkan Hatinya Untuk Menyayangi Serta Mencintaiku.. Sesungguhnya,Dia Yang Telah Kau Berikan Kepadaku Sebagai Penawar Untuk Aku Meneruskan Liku-Liku Dalam Perjalanan Hidupku..."
Labels: hakikat kehidupan, Harapan dan Matlamat, Hidup Tak Selalunya Indah..
Posted by Adi Putra at 02:00 2 comments









