Rabu, 2 Disember 2009

Create Your Own Website


Waduh-waduhhhh....sudah lama ya aku ngak update Laman Nuraniku ini.. Oic! jadi endon ler plak..
Sebenarnya bukan mudah ya bagi kita untuk jaga serta kawal setiap blog-blog yang sememangnya kita jaga.. ahak! macam mana tue... apa-apa pun sebenarnya itu semua tak ada kena mengena dengan tajuk kali ini cuma ada sangkut sikit-sikit jaaa.... disebabkan kesibukkan yang melampau-lampau dan di kesempatan masa yang sesuntuk ini aku cuba luangkan sedikit demi masa untuk aku menceritakan pengalaman hidupku sepanjang aku di kursus pembinaan laman web (basic) di JMTi (Japan Malaysia Technical Institute).

Acara Makan Buta...Hahaha

Kursus dijalankan dari 7-8 & 14-15 November 2009 bertempat di Makmal KUNX-Level 3 JMTi dengan jumlah peserta seramai 16 orang dari pelbagai syarikat-syarikat swasta yang bersama-sama  mengambil peluang yang diberikan bagi mempelajari sedikit sebanyak tentang ilmu pembinaan laman web.. Walau ianya hanyalah sekadar basic namun apa yang kami dapat daripada program ini bukan sahaja ilmu tetapi muafakat serta ukhwah daripada kesemua peserta dan pensyarah JMTi yang sememangnya sporting + sempoi...hahaha,spark baii.....


 Dengan Penuh Keyakinan Dan Iltizam Yang Tinggi..
Jarang-jarang kalinya kursus yang aku sertai akan meninggalkan kesan yang agak ketara, walau pun cara penyampaian daripada tenaga pengajar kami agak laju + deqaih namun ianya sedikit pun tidak melunturkan semangat kami untuk menimba ilmu daripada kedua-dua tenaga pengajar kami iaitu Encik Razman dan Encik Khairi..terima kasih sensei......
 Ni La Muka Otai-Otai Kami,Cik Razman(kiri) & Cik Khairi (kanan)

Kelas kami bermula pada 7 November dan berakhir pada 15 November 2009 dari 8.30 pagi hingga lah ke 5.00 petang. Pada hari pertama, kami diajar bagaimana mengenal code-code atau coding HTML dan Java Script..fuhh! memang gila betoi,apa menatang ntah namuan aku try gak laaa...nasib baik dapat sensei (guru) yang sempoi leh tunjuk step by step tuk faham basic macam mana nak coding TML tu..kalau biaq kat aku,pakai jahanam la alamatnya.....

Tahniah-Tahniah..hehe
Pada hari kedua kami ditekankan dan ditunjuk bagaimana membina laman blog sendiri dan yang agak lucu aku pulak yang dijadikan roll model kerana aku dah ada blog, macam mana la depa tauu..aduiiii,siap kena ajaq plak tue...tapi depa taktau aku pun main terjah jaa.. hahaha...apa-apa pun sekali lagi memang menarik namun ianya hanyalah seketika, disebabkan tugas serta tanggungjawab dan amanah yang telah diletakkan di kedua bahu aku untuk menjaga seni warisan bangsa aku terpaksa menamatkan kelas pada hari itu dengan lebih awal kerana ada jemputan Persembahan Pencak Silat di Dewan Jubli Perak,Sungai Dua Pulau Pinang bagi meraikan majlis walimatulurus adinda salah seorang Jurulatih aku.

Sijil Penyertaan  Dari JMTi Sebagai Tanda Tamat Kurus

Pada hari ketiga 14 November kami diberi penekanan bagaimana untuk menginstall dan menggunakan program Apache, My Sql Essential dan PHP apa ke benda ntah...tapi yang penting happy dengan telatah tenaga pengajar serta kawan -kawan yang fully-nya happening sangat. Inilah pertama kalinya aku diberikan masa untuk mempelajari serta mengetahui serba sedikit secara asasnya bagaimana seseorang webmaster menghasilkan sesebuah laman web sama ada untuk persendirian,persatuan atau pertubuhan dan sebagainya.

 Bergambar Bersama-Sama Kawan-Kawan & Sensei...

Pada hari terakhir 15 November kami diberi ruang untuk memperaktikkan apa yang kami pelajari selama kami di JMTi, syukur alhamdulillah walau tidak sebaik para webmaster yang sudah profesional namun kami akhirnya berjaya juga membangunkan sendiri laman dengan corak serta cara kami yang tersendiri dengan bantuan serta tunjuk ajar yang tak jemu-jemu daripada kedua-dua tenaga pengajar kami. Terima kasih yang teramat sangat kepada Encik Khairi dan Encik Razman dari JMTi, yang kedua-duanya memang sporting abes.. Semoga segala ilmu yang kami pelajari akan dapat kami gunakan dengan sebaik mungkin....insya'Allah..


Ahad, 15 November 2009

Rintihan Hati Seorang Lelaki................................................. (Specially dedicated for someone)



Rintihan seorang lelaki
Berkelana di hujung rindu
Mengharap sayap cinta
Untuk terbang ke persada
Membalut segala impian

Rintihan seorang lelaki
Meniti jembatan buih
Menahan cinta mengalir
Pada senja yang kemerahan
Akan berakhir ditelan malam

Rintihan seorang lelaki
Menanti di kamar malam
Kelambu bahagia terpasang kini
Api cinta dinyalakan
Penuh keresahan

Rintihan seorang lelaki
Kelopak mawar bertabur dijiwa
Mengharap wangian menjelma
Pada kuntuman setia
Bersama dedaun kasih
Pada cinta yang bermusim
Berguguran layu

Rintihan seorang lelaki
Yang kian disapa sepi
Dilorong berlari kerinduan
Kasih yang berlabuh
Hanya sekadar bertandang
Di pelabuhan hati


Rabu, 11 November 2009

Sekadar Renungan Bersama.....


Sudah agak lama tidak mengemaskini blog kesanyangan aku nie, sampaikan dah banyak teman-teman dan rakan-rakan blogger menanyakan kenapa aku tidak mengemaskinikan Laman ini..


Begini sebenarnya..sekarang aku masih belum berkesempatan untuk terus berkaya disebabkan atas desakkan masalah peribadi dan kesibukkan kerja ditambahkan lagi dengan jemputan demontrasi silat yang tak putus diikuti dengan kursus dan kelas tambahan yang aku perlu ikuti... Mak aiii,banyaknya alasan yer...
apa-apa pun, semoga info ini dapat memberikan sedikit pengetahuan secara tak lansung apa yang jarang kita bincangkan....jum tengok apa yang ada..


Seorang LELAKI yg bakal menjadi SUAMI patutlah mengetahui kejadian tubuh WANITA dan SIFAT-SIFAT mereka. Kejadian wanita itu tidak sama dengan kejadian lelaki dari segi :

Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak,
menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai untuk mendidik anak-anak.
 
Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak keributan dan kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.
 
Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujungan
daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.
 
Tulang wanita terutamanya tulang dada dan punggung adalah berlainan dari
lelaki.. Kejadian tulang itu agak menyulitkan wanita berjalan, mengakibatkan wanita berjalan dengan cara atau lenggok tertentu
 
Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung
banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur.
 
Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan
kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebih subur.
 
Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuh
dengan panjang dan lebat, sebagai pasangan kepada akalnya yg pendek.
 
Wanita mempunyai sifat yg suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan
bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian. Maka wanita yg solih adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat-sifat ini hanya di tonjolkan kepada suaminya sahaja.
 
 
Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.
 
 
sama-samalah kita renungkan.

wallahua'lam...




Isnin, 2 November 2009

Akhirnya.....................


Setelah penantian demi penantian,akhirnya baju yang bukan saja aku tapi kawan-kawan bloggers yang lain idamkan telah dapat dimiliki pada 27 Oktober yang lalu.. Setinggi-tinggi terima kasih yang tak terhingga kepada Cik Saffa yang sentiasa berusaha untuk mempermudahkan urusan jual serta tempahan kami ini.

Ni La 1st Blog Yang Aku Reka...Alhamdulillah

Walau pun berbagai-bagai dugaan serta cabaran, beliau tetap tidak berputus asa bagi memenuhi setiap impian kami untuk memiliki T-Shirt nie.. Baca artikel nie teestory Memang cantik design siap ada url kami sendiri kat belakang baju. Lepas nie bleh la bergaya ngan baju baru nie,hehe...yang takde tu jangan jeles tauuu... hahahaha..

 Amacam? Jangan Jelez....haha
Tak sabar rasanya nak pakai baju nie pi gatgering ngan KBP, nak kena plan cepat-cepat nie.. Untuk kawan-kawan yang lain, apa kata kalau kita wujudkan satu T-Shirt  untuk ahli Komuniti Bloggers Penang (KBP)? Baru mantapkan...tul tak? Pada kedua-dua admin yang tersohor adinda Luth Textile & Mr. Hadi kut depa da cadangan yang lagi best & mantap... Akhir sekali, mudah-mudahan ikatan ukhwah kita akan kekal sampai bila-bila walau hanya kenal melaui blog dan komuniti...

Sabtu, 17 Oktober 2009

Kursus Rangsangan Adobe Photoshop-JMTi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Dah lama rasanya tak meng-update blog neh, disebabkan masalah kesibukkan kerja dan tak kurang juga dengan kepadatan jadual silat. Namun begitu dikesempatan cuti deepavali ini dapat juga lah untuk aku memberikan masa untuk aku mengadap laptop kesayangan ini bagi menulis serba sedikit tentang perjalanan sepanjang hidupku buat kongsian dan manfaat sahabat-sahabat semua insya'Allah...

Pada 3-4 dan 10-11 Oktober bersama-sama kawan-kawan dari Continental Automotive untuk sama-sama menimba sedikit sebanyak ilmu bagaimana menghasilkan atau meng-edit sesuatu gambar tulisan dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshope. Walau ianya hanya diperingkat asas, tetapi agak sukar memandangkan mejoriti dari kami tidak memiliki pengalaman bagi menggunakan aplikasi ini. Memang sudah lama mengidam-idamkan untuk belajar menggunakan aplikasi ini an akhirnya segala impian dan cita-cita ini tercapai jua apabila kami diberi peluang untuk mengenal seterusnya belajar.


 Antara Aktiviti Dalam Kelas Yang Sempat Dirakamkan..

Kelas bermula dari seawal 8 pagi hingga 5 petang setiap sabtu dan ahad kami diberi penekatan, tunjuk ajar serta tip-tip dari tenaga pengajar JMTi yang sememangnya berpengalaman dalam perisian ini.Walau agak mengantuk semasa didalam kelas kami gagahi juga berbekalkan semangat serta keinginan yang tinggi untuk menimba ilmu. Sekarang baru kami tahu bagaimana sesuatu gambar itu di olah bagi menambah keceriaan serta kecantikkan yang selama ini hanya dapat dilihat dan sekarang kami mampu untuk lakukannya sendiri namun apa yang pasti kami masih perlu belajar bagi menambah pengetahuan dan kecekapan untuk menggunakan perisian yang agak canggih ini.

Pada 3-4 Oktober kami diterangkan dengan pengenalan serta kegunaan tool-tool yang terdapat didalam aplikasi ini, mengenal konsep asas perisian serta pemprosesan dokumen. Agak pening pada mulanya, maklum la tak pernah belajar..nama jer ada perisian ni, tapi taktau apa dan bagaimana hendak menggunakannya. Selain daripada itu, kami juga diajar bagaimana mengubahsuai saiz kanvas serta imej, konsep dan asas penggunaan layer dan bagaimana membina kawasan pilihan. Mula-mula buat macam nak tak nak ja dia nak jadi, tapi selepas ditunjukkan dan diberi peluang beberapa kali akhirnya jadi juga walau tak secantik mana tapi dengan hasil tangan sendiri kami puas dan gembira dengan apa yang dapat kami hasilkan pada kedua-dua hari tersebut.

Gelagat Kawan-Kawan Seangkatan Semasa Masa Rehat
 

Pada 10-11 Oktober kami diajar bagaimana mengubahsuai imej dengan menggunakan kaedah transformasi, konsep asas penghasilan teks (Typografi), penggunaan efeks layer, mengenali path dan arahan pen, bagaimana menggunakan mask, mengubahsuai warna dan pengcahayaan imej (Tona Imej), mengubahsuai warna dan pengcahayaan imej (Warna Imej) dan akhir sekali bagaimana cara untuk menggunakan filter. Sememangnya banyak benda yang kami lansung tak faham dan ketahui dapat dipelajari, lama kelamaan bila kerap kali menggunakan aplikasi ini semakin hari semakin seronok la pulak...hehehe.. Tapi bagi peserta-peserta lain mungkin mereka lebih cekap menggunakan setiap aplikasi ini berbanding dengan aku yang masa 10.10(sabtu) terpaksa meninggalkan kelas seketika atas sebab tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai Jurulatih Silat disebabkan atas jemputan bagi persembahan seni silat di Tanah Liat pada petang itu.

Bergambar Kenang-Kenangan Bersama Kawan-Kawan Dan Tenaga Pengajar


Selepas selesai persembahan silat, aku terus meninggalkan gelanggang menuju ke JMTi semula bagi meneruskan pembelajaran berkaitan Adobe Photoshope ini. Syukur aku mendapat kedua-dua tenaga pengajar yang cukup memahami dan memberi pelepasan untuk aku membuat persembahan silat, terima kasih Puan Azlina & Puan Roszaidah yang mana tak jemu-jemu mengajar dan melayan karenah kami sepanjang kursus ini. Jasa kalian berdua akan kami kenang sampai bila-bila....terima kasih.. (",)



Jumaat, 2 Oktober 2009

Gempar Sejadah Ditemui Berdiri!!!


Subhanallah! Masha'Allah!!! Inilah dia tanda kebesaran Tuhan yang Maha Esa lagi Berkuasa.. Apakakan daya, jika ini kehendak dan kemahuan-Nya, satu fenomena yang jarang-jarang berlaku dan ingin saya kongsikan untuk pengunjung dan sahabat-sahabat Laman Nurani.


PERMATANG PAUH: Sepasang suami isteri gempar apabila sejadah hantaran perkahwinan yang digunakan sejak tiga tahun lalu berdiri secara sendiri di bilik rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin disini,semalam.

Satu tanda kekuasaan Allah yang jarang kita temui dan dapat lihat dengan mata kepala kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui akan keajaiban serta keanehan yang ditunjukkan untuk kita semua.


 Mohamad Shuhaimi Md Ilias,26 berkata kejadian aneh itu disedari isterinya yang masuk ke bilik itu untuk mengambil kain baju kira-kira jam 9.30 malam.

Beliau berkata, sebelum kejadian itu berlaku dia bersama isterinya berselisih pendapat mengenai arah kiblat di rumah sewa yang didiami sejak ogos tahun lalu.


"Saya kemudian membentangkan sejadah itu mengikut arah kiblat dan membiarkannya tanpa diusik kira-kira jam 8 malam sebelum keluar dari bilik itu untuk memandikan anak perempuan berumur dua tahun," katanya ketika ditemui kira-kira jam 12 malam semalam. Sumber Harian Metro 02 Oktober 2009


Sehingga ke hari ini berpusu-pusu orang yang hadir bagi melihat secara lansung dari mata mereka  akan kebenaran serta menjawab tanda tanya dari apa yang didengar  dari rakan-rakan.
Semoga ianya mendapat petunjuk serta pengajaran tentang kekuasaan Allah s.w.t. kepada kita manusia di dunia akan tanda kebesaran dan kekuasaan-Nya. Oleh yang demikian, sentiasalah kita beringat dan berfikir apa yang ditunjukkan adalah kehendak-Nya. Apa yang pasti ini adalah kejadian atau fenomena yang jarang berlaku dan dapat kita ambil sebagai iktibar bersama.


Untuk pengetahuan, kesemua gambar-gambar diatas dirakamkan oleh seorang hamba Allah pada 02 Oktober 2009 untuk kongsian serta tatapan kita bersama. Terima kasihyang tidak terhingga,semoga ia dapat mendatangkan manfaat serta pengajaran untuk kita semua. Ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia inginkan dan kita sebagai khalifah di muka bumi  ini yang dikurniakan akal dan fikiran dapat menggunakannya sebaik mungkin agar ianya tidak disalah ertikan dan membawa kepada kesesatan... 
Hanya Allah yang lebih mengetahui..
wassalam....



Selasa, 29 September 2009

Antara Keyakinan,Keikhlasan & Ketulusan....


Seumpama permainan hidup yang tidak pernah putus walau beberapa kali cuba untuk dipotong dengan pisau matlamat, namun ianya akan tetap meninggalkan kesan sebagai tanda untuk dikenang dan dijadikan pengajaran serta petunjuk arah bagi melalui setiap penjuru dan ceruk rantau di setiap perjalanan. Satu-satunya yang akan sentiasa mekar di ingatan walau ianya telah pergi jauh meninggalkan kita, sejauh mana ia pergi sejauh itu jugalah ingatan yang sentiasa akan terpahat di setiap sudut sanubari setiap manusia.

Keikhlasan & Ketulusan Hati Dapat Melahirkan Keyakinan Pada Diri Sendiri

Alangkah indahnya jika apa yang kita tanamkan mengeluarkan hasil yang amat kita nanti-nantikan, namun tidak mustahil setiap benih yang kita semai itu akan hidup dan mengeluarkan sesuatu bagi menandakan kita akan berjaya. Jika sepohon pokok itu kita semai dan jaga dengan sepenuh keikhlasan insya'Allah ianya akan mendatangkan pulangan yang setimpal dengan titik peluh yang kita curahkan. Tapi jika sudah menjadai ketentuan Ilahi, seharusnya kita sebagai hamba-Nya harus terus yakin bahawa setiap yang berlaku adalah ujian..ujian yang ingin melihat setinggi mana ketulusan serta kesabaran yang kita mampu lakukan demi melaksanakan segala apa yang telah ditulis untuk kita lalui dalam kehidupan harian ini..

Setiap Persahabatan Adalah Amanah Yang Dikurniakan Untuk Kita Jaga Dan Pelihara Sebaik Mungkin..

Mungkin bagi setiap individu yang tidak terlampau fikirkan akan apa yang sering berlaku oleh kerana dia selalu mendapat apa yang dia inginkan dalam kehidupan namun sesekali cuba lah fikirkan untuk keinginan orang lain juga. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan datang kepada  kita dan dari itu jika sudah memiliki semangat yang jitu serta keyakinan diri yang tinggi dan ditambah pula dengan keikhlasan serta ketulusan hati yang kuat cukup untuk membantu bagi kita untuk cuba mengelak dari ianya terus berlaku kepada kita.

Kenangan-Kenangan Akan Sentiasa Mekar Walau Hakikat Ianya Telah Lama Berlalu....

Andai ia adalah satu pengajaran, jadikan ia sebagai semangat..tapi jika ia adalah kebahagiaan pula jangan lupa untuk kita bersyukur kepada yang maha Esa kerana tanpa restu dari-Nya ianya amat mustahil akan terjadi. Setiap manusia punyai sesuatu yang amat berbeza, berbeza dari setiap individu iaitu cara dan apa yang difikirkan pada satu-satu saat itu. Inilah antara keistimewaan kita yang kadang kala kita lupa dan terus melupakannya hingga satu masa kita akan cuba sedaya upaya menyalahkan orang lain hinggakan boleh membawa kepada salah faham serta perkara-perkara yang amat kita benci.

Adakalanya Kita Perlukan Ruang Untuk Menyendiri Bagi Berfikir..

Bagi setiap kata-kata yang kita ungkapkan, cukup untuk membuktikan sama ada kita cukup percaya dan yakin akan diri kita bak lembu yang tiada tali yang digunakan untuk mengikat supaya ianya tidak terus berjalan tanpa arah dan pergi ke mana yang dia inginkan. Bayangkanlah jika kita tiada keyakinan diri, keikhlasan serta ketulusan hati yang tinggi kita mungkin akan mengikut jejak seekor lembu yang sememangnya tiada akal juga fikiran tapi tak bermakna kita akan menjadi seekor lembu..

Menjadi Pendengar Yang Baik Serta Cuba Untuk Memahami Apa Yang Cuba Disampaikan Adalah Penting Dalam Membantu Meningkatkan Kesedaran Serta kefahaman Dalam Kehidupan..

Setiap manusia punyai pandangan dan ini adalah salah satu dari pandangan saya melalui perjalanan hidup saya, jadi diharapkan agar tiada salah faham akan tulisan saya ini. Tiada maksud untuk menggaitkan mana-mana individu, hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang ada. Jika ada sebarang komen yang dapat membina bagi perkongsian bersama amatlah saya alu-alukan dengan hati yang terbuka. Semoga ianya dapat kita jadikan sebagai rujukkan serta sumber pengajaran dan pengalaman dalam menempuh liku-liku  kehidupan harian kita..


" Masa Depan Yang Cerah Selalu Tergantung pada Masa Lalu Yang dilupakan. Kita Tidak Dapat Meneruskan Hidup Dengan Baik Jika Tidak Dapat Melupakan  Kegagalan Dan Sakit Hati Di Masa Lampau.."

Ahad, 27 September 2009

Antara Kehidupan Dan Perjalanan...


Dikala kemeriahan Aidilfitri masih terasa, kenikmatan dan ketenagan yang ditagih mendapat kasih serta simpati yang cukup bermakna bagi meneruskan kehidupan yang agak pelik tetapi cukup untuk memeningkan jika tidak dihalusi secara teliti akan timbul kebosanan seterusnya akan tiada jawapan yang terhasil oleh segala persoalan yang dinanti-nantikan.


Fahami dunia anda sebelum anda cuba memahami dunia orang lain..dan dengan kata-kata itu yang cuba diberikan oleh salah seorang sahabat yang sememangnya memerlukan kesabaran serta ketelitian dalam memahami dan seterusnya mendalami erti sebenar disebalik kata-kata tersebut. Alhamdulillah, berkat kesabaran serta nasihat yang tidak putus-putus oleh sahabat-sahabat dan teman-teman dapat juga kata-kata tersebut untuk dicari erti sebenar apa yang dikatakan olehnya itu. Setiap impalan atau keinginan akan hadir juga rintangan yang mana ia hanyalah sekadar untuk melihat tahap kemampuan seseorang itu bagi meyakinkan dirinya sendiri serta melalui dengan cara dan gayanya yang tersendiri.

Dalam Mencari Erti Sebenar Kebenaran Yang Belum Pasti...

Jika kita adalah seorang yang berjaya, jangan kita lupa akan kegagalan.. Jika kita pernah melalui saat manis, jangan dilupakan saat berduka, kerana ia adalah salah satu peneman yang sentiasa akan hadir dalam setiap kehidupan harian kita dalam meniti saat-saat perjalanan harian. Perjalanan yang sememangnya satu objek yang sukar untuk kita bayang atau kita teka akan kejadian serta apa yang akan berlaku namun kita masih mampu untuk memilih apa yang patut kita pilih dan jangan sesekali kita menidakkan apa yang kita pilih itu.

Kesinambungan Ukhwah...

Sebahagian besarnya setiap yang berlaku itu jika ia adalah keburukkan kepada kita, akan kita persalahkan orang lain dan akhirnya pulang kepada diri kita.. Mengapa? satu soalan yang mungkin amat sukar dan sememangnya payah jika kita tidak dapat menggunakan sepenuhnya keistimewaan akal-fikiran yang dikurniakan kepada kita. Setiap yang berlaku,ada hikmahnya..perkataan yang sering kita dengar, tapi tahukah kita apa hikmah sebenranya disebalik kebaikan atau pun musibah yang kita lalui. Pernahkah kita memikirkannya secara halus dan telus untuk kita mendapatkan jawapan sebenar dari persoalan yang kita mahukan itu.. Sama sekali tidak kerana sudah menjadi tabiat manusia hanya inginkan kesenangan tidak kesusahan, sesekali terfikir mengapa ini berlaku kepadaku? merungut dan tidak dapat meyakinkan diri sendiri dengan apa yang sememangnya patut diberikan penjelasan yang terpeinci.

Dalam Memenuhi Perasaan Ingin Tahu..

Keseluruhannya, jika kita mampu memberikan seribu keyakinan pada seseorang mengapa tidak untuk kita memberikan mengapa dan apa hikmah yang sebenarnya untuk cuba difahami seterusnya digunapakai dalam setiap aspek yang berkaitan, tapi ini tidak pernah berlaku. Mengapa ini berlaku?..adakah ia adalah sebahagian dari ego kita yang bergelar manusia? Tidak mustahil ianya adalah sangat berkaitan, juga tidak mustahil jika ianya lansung tidak bersangkutan... Apa guna kita belajar setinggi gunung jika ilmu yang tertanam didada hanyalah setinggi pokok rumput dan apa guna kita dikurniakan akal serta fikiran jika kita sendiri tidak pandai menggunakannya dalam perjalanan kehidupan harian kita...........tepuk dada tanyalah hati..

Sabtu, 19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin...


Alhamdulillah,setelah sebulan berpuasa, kini tibalah masanya umat Islam menyambut hari kemenangan setelah menahan lapar,dahaga dan nafsu selain mendidik kita untuk mendisiplinkan diri serta memperbanyakkan amal ibadat. 

Syukur juga disepanjang bulan ramadhan kali ini aku dapat mempelajari berbagai-bagai suasana, kesabaran serta ujian yang tak putus-putus walau pun adakalanya ianya amatlah sukar untuk digambarkan dengan kata-kata..namun apa yang aku harapkan agar syawal pada kali ini akan lebih memberikan kebahagiaan dan ketenangan untuk aku meneruskan setiap langkah demi langkah menuju dan mencari jalan hidupku sendiri.


Semoga impian ini akan dapat dikecapi pada syawal kali ini... Sesungguhnya aku amat mengharapkan satu keajaiban berlaku takkala hati dirundung kesedihan dan kedukaan yang semakin hari semakin berpanjangan.

Andai ini adalah keputusan terakhir yang harus aku terima, aku berharap ia juga adalah sejarah yang tidak akan berulang pada masa-masa hadapan. Kesakitan yang sangat sukar untuk dirawat dan membuatkan aku harus bermain dengan semangat untuk melawan segala keperitan yang ditanggung selama ini...


Semoga Kehadiran syawal Ini Akan Lebih Bermakna Dalam Hidupku...

Dikesempatan yang ada ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua insan yang mengenali diri ini terutama kepada seseorang yang sering memberikanku nasihat, kata-kata semangat, penawar untuk aku bertahan dan yang aku amat sayangi serta cintai Nurul Asmera walau jauh dimata namun,amat dekat dihati. Tak lupa juga sahabat-sahabat yang tak putus-putus bersama membantu bagi aku mendapatkan sedikit ruang untuk merasa nikmat kegembiraan serta erti sebenar kehidupan. Kepada teman-teman serta pengunjung  Laman Nurani , Pusaka Gayong Pulau Pinang , KBP , KGAGSAnak Gayong.NetFacebook , FriendsterMyspace , Tagged dan My Live Blog! Jasa kalian amatlah dihargai,semoga ikatan ukhwah diantara kita akan berkekalan hingga akhir hayatku.

Bersama Memartabatkan Seni Warisan Bangsa

Dengan ingatan tulus ikhlas serta ikatan tali silatulrahim ini, saya ingin menjemput saudara serta saudari serta keluarga untuk datang beraya ke teratak usang saya di 5846 Kampung Nyior Sebatang, Seberang Perai Utara pada hari raya nanti. Insya'Allah saya sedia menanti kehadiran anda dengan hati yang terbuka.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin....

* Untuk Tempahan Demonstrasi Silat Majlis Kahwin atau Majlis Keraian selepas hari raya ni boleh la menghubungi saya di talian 012-5633904 (Cikgu Helmi) , PSSPGM Penang , Email.





Ikhlas dari:
Adi Putra 
Helmi 
Panglima Hitam

Jumaat, 18 September 2009

Adakah Penantian Ini Adalah Satu Harapan?..


Dalam meniti saat-saat datangnya syawal, terasa amat sukar untuk meninggalkan ramadhan pada tahun ini..satu persatu harapan cuba dijadikan sebagai kenyataan walau dalam keadaan yang semakin hari kelihatan semakin jauh untuk digapai seperti takkan ada kesudahannya.Mungkin pada sesiapa yang tidak melalui jalan sepertimana aku melalui saat-saat kehilangan arah secara tiba-tiba takkala sudah sampai dipertengahan jalan yang mempunyai seribu simpang yang setiap simpang itu akan membawa aku pada jalan yang berbeza arah serta akan menentukan keputusan yang diambil dan mustahil untuk berpatah balik.

Sahabat Adalah Kekuatan Yang Tidak Pernah Hilang..

Jika ianya benar-benar dapat membantu untuk aku terus belajar dan belajar bagaimana untuk melalui masa-masa akan datang dengan apa yang aku pilih pada hari ini dan bagaimana jika ia hanya sekadar menyiksa batinku yang kerap kali menangis, menangis mengenangkan nasibku yang sedemikian rupa. Cukup sudah apa yang aku dapat dimasa lampau dan aku amat berharap untuk berubah dan melupakan apa yang telah aku lalui dalam meniti perjalanan hari-hari dalam sebuah kehidupan yang umpama mengharapkan belas dan ehsan dari seseorang untuk aku terus bertahan, bertahan dalam menangani serta melawan setiap serangan yang tidak putus-putus datang apabila aku berseorangan.

Biarlah Ianya Menjadi Satu Sejarah Untuk Dikenang..

Sampai bila kah aku akan terus begini, terus mencari sedikit ruang untuk aku berteduh..sedikit tempat untuk aku menumpang dan sedikit penawar untuk cuba ku ubati luka-luka di jasadku yang semakin hari kian menanah ini. Adakah ini satu ujian yang patut aku tangani berseorangan? mungkin ya..tidak mustahil juga untuk aku katakan tidak... Namun apa yang pasti hari kian berlalu, masa tetap akan berjalan dan aku masih disini..menunggu apa yang aku inginkan, menanti masa akan berhenti dan kembali untuk aku mempersiapkan seluruh kekuatan yang pernah aku miliki selama ini.

Tumpuan Serta Kesabaran Amat Penting Dalam Menangani Sesuatu Musibah...



Semoga kehadiran syawal kali ini dapat mengubah serta memberikan sedikit kegembiraan untuk aku meneruskan sisa-sisa perjalanan hidup ini. Biarlah ianya menjadi satu harapan untuk dikenang dan diingati selagi ianya masih bertahta didalam naluri kecil dan menjadi sejarah di masa-masa akan datang...

"..Hari Yang Mendatang Tidak Akan Memberikan Sebarang Makna,

Jika Kegagalan Semalam Tidak Dijadikan Teladan.."

Rabu, 16 September 2009

Berbuka Bersama Komuniti Bloggers Penang...

Alhamdulillah,setelah perancangan demi perancangan dibuat bagi menjayakan majlis berbuka puasa bersama bloggers-bloggers penang akhirnya pada 12 September yang lalu hasrat dan hajat telah tercapai dengan jayanya, dengan usaha-usaha yang kuat dijalankan oleh  orang kuat KBP,bloggers Luth danmyfr3aktelah tercapai juga akhirnya. Semoga berkat usaha dan penat lelah mereka berdua bagi menjadikan gathering ini akan dirahmati dan diberi ganjaran setimpalnya oleh yang Maha Esa.
 Wifi Untuk Para Bloggers Men-Update Blog Masing-Masing Secara Live..
Walau pun kehadiran ahli-ahli bloggers Pulau Pinang tidaklah seramai mana, tapi dari ini dapat memberi serta melahirkan satu ikatan serta semangat disamping memperkuatkan lagi ukhwah sesama kami yang tidak pernah bersua muka namun kami mampu bersama berkongsi pendapat,cerita dan bergurau seolah-olah sudah lama mengenali antara satu dengan yang lain.
 Siap-Siap..Siap Leh Tukaq-Tukaq Nombot Lagi...Hehe
 
Ini lah salah satu impian yang saya idam-idamkan,dapat berjumpa dan menambahkan sahabat-sahabat baru supaya saya dapat menambahkan ilmu di dunia blogging yang sememangnya saya amat ketinggalan berbanding dengan sahabat-sahabat si KBP ni. Mungkin selepas ini program sambutan hari raya aidilfitri dapat dilaksanakan dengan penyertaan dari ahli KBP yang lebih ramai dan lokasi masih didalam pencarian admin KBP yang tak pernah putus-putus berusaha mengadakan gathering dan perjumpaan sesama ahli.
 Kenangan Berlatarbelakangkan Bangkok Station
Pada jam 6.30ptg saya bersama-sama admin KBP Luth,hadi dan seorang bloggers dari uitm pulau pinang sampai ke destinasi majlis berbuka puasa di Bangkok Station,jalan baru. Kelihatan rombongan Blogger Ust Baba bersama Blogger Mama Moden dan dua anak kesayangan mereka sudah berada disitu. Antara bloggers yang bersama pada hari tersebut adalah Bloggers Luth ,Hadi ,Bloggers Mamu Omara , Bloggers Ust.Baba ,Bloggers Mama Moden ,Bloggers Fazrulls , Bloggers JulietAnna & Bloggers Baby Wify.
 Antara Menu Utama...Sedap Tuuuu..
Pada jam 7mlm,kehadiran kesemua 10 bloggers KBP yang telah memberi respon positif bagi majlis berbuka  tiba dan sempatlah juga kami berkenal-kenalan semasa sendiri disamping menunggu waktu berbuka tiba. Dengan kehadiran menu hidangan yang amat menyelerakan ini,memang agak tidak sabar untuk menerkam saja juadah yang ada diatas meja pada masa itu. Disamping berbual sesame ahli,saya terpandang gelagat anak-anak kecil ust baba & mama moden yang cukup mencuit hati,terkenang zaman kanak-kanak dahulu bila mana menunggu saat-saat berbuka bersama keluarga.
 Doa Dibacakan Oleh Ust BabaSebelum Kami Bersantap...
Sedang asyik berbual,tak sedar jam ditangan sudah menunjukkan 7.21ptg menandakan sudah sampai waktu berbuka puasa bagi seluruh negeri pulau pinang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Baba sebagai tanda kesyukuran diatas rezeki yang diberikan pada kami pada petang itu. Sambil menjamah makanan kami juga sempat mengatur bagi program raya untuk sahabat-sahabat lain di komuniti bloggers penang,mudah-mudahan untuk pertemuan aidilfitri nanti akan ada lebih lagi penyertaan dari sahabat-sahabat yang lain..insya'Allah.
Bersama Sahabat-Sahabat Bloggers Penang
Sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur terutama hadi yang sanggup datang dari banting semata-mata untuk bersama dengan kami.. Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya..