Isnin, 15 Jun 2009

Kurma,Kismis,Madu & Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!


Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isterikamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma,nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jikapuan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akanmemudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma jugadicalitkan sedikit di lelangit bayi.Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkannabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakanmakanan Rasullullah s..a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserangkencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puanjauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianyamengandungi banyak khasiat.


1) KURMA:
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akanmenyebabkan penghuninya kurang sihat".Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamilsebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknyamenjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasaldari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baiksebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihirdan tidak diganggu setan".Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurmayang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS:
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpapenyakit kecuali kematian".Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapatmenghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkanletih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka diatidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkanpenyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapatmenghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU:
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan denganniat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari77 penyakit".Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuathendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana diadapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalamdada".Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madudan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segalapenyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir danmembersihkan hati".Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.., beliau bersabda: "Rasul saw sangatmenyenangi madu".Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimumemperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka olehwanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dantidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya:
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannyadidunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarsolat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidakmenutup aurat.

Tidak cukup kalau dgn hanya memberikemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anakperempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutupaurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, makabersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya:
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul!bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangankaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang ygalim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, makadia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteritercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kaumenjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akansehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya:
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kebahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanyamementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaranIslam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s;Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu,dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabk andiakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dantidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya:
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan ygharam disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jikatersalah atau terlupa..... krn ibujuga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia drmenjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadipenemannya.)

Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malahdiakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelarayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimanabahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu. ..."

*Semoga Berguna Untuk Kita Renungkan Bersama.....

Ahad, 7 Jun 2009

Hubungan Antara Manusia & Buah-Buahan


Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan
bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya
lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di
dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi
umbinya tetap putih bersih.


Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang,
tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada.
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu
menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!

Opsss! Jgn marah yaaa...hehehe



Rabu, 3 Jun 2009

Sweet Memory ~ QM Outting At Batu Feringhi...


Outting???.. Salah satu aktiviti jabatan tempat aku kerja tuk sama-sama lebih mengenali antara satu sama lain,sikap kerja berpasukan yang cuba di terapkan agar ia dapat memberikan mutu kerja yang baik & sempurna...mungkin kottt,hahaha.

Ini adalah outting kami kali yang ke-3 bermula pada tahun2006 hingga la ke tahun nie 2009,cuma tahun lepas ja takdan nak buat sebab ada sesetengah kawan-kawan sama jabatan ngan aku yang banyak kore(banyak ragam),sat nak pi,sat takmau pi,last2 apa pun tarakkk.
Senam robik...cam tarian bagra je...hehe,layan jeeer erk..
Bertolak dari Continental(nama syarikat aku qeja) jam 8.30pagi,sampai kat sana dalam kul 9.200pagi. elok-elok ja sampai,ujan rahmat turun mula renyai-renyai jer,pastu dok pelan lama pelan lebat..nasib baik tak lama,jap jerr.. Alhamdulillah,pastu terus cerah,walau adakalanya mendung ckit-ckit tapi tetap romantik..kuikuikui!
Poyo!...hahaha..
Sambil-sambil dok tunggu ujan tue,kami bagi la ddulu suma-suma pakat-pakat breakfast bihun goreng yang memang kami dah prepare awai-awai sebab tau dah musim ujan.
Tengok Sana..Gelagat anak-anak yang mencuit hati..
Bila dah settle makan,pastu lak ujan pn dok reda dahhh..pa lagi,pantai sudah memanggil-manggil namaku...hahahaha! Trus turun ngan kawan-kawan siap-siap tempat lepak,tempat tak barang & yang sama waktu dengannya laaah...
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah tak kurang samanya cam ari keluarga laaa..
Akak,akak leh berenang ke?.. Nanti lemas susah...
da main2 pasiaq(pasir),main baling-baling buah nyok(buah kelapa),isi ayaq dalam botoi dengan span,bola pantai,istana & banyak lagi laaa...tu lom masuk ngan budak-budak punya game lagi..haaaaaa! meriah gilaa...nasib tk gila lagi,syukur pada Tuhan kerana aku masih waras..
sambil-sambil depa dok kalut main,aku nie sebagai budak pantai yang diberi tauliah tuk jaga keselamatan agar takdak budak yang lemas,dok la dalam ayaq tu sampai kecut abehhh....
Minta perhatian semua........ Aii,depa wat taktau ja ke?..
Takut last-last aku yang lemas,nasib bek la suma selamat cuma da skali tu budak tue dah naik tapi tak gitau sapa-spa..mak dia mai tanya ada nampak anak dia tak,aku cakap tak laaa..tadi ada ja kat sini,mungkin dia dah naik kott..gelabah aku,huhu....memang dia dah naik,siap pi beli keropok lagi..huh! selamat aku..
Pas semua settle,masa yang aku tunggu-tunggu...hahaha! masa pa? masa makan laaaa...makan tengahhari,lapaq gila time tue..

Jalan-jalan cari pasai...hehe

Tapi memang best la kali ni,sebab makan banyak sangat ada nasi,gulai,kambing panggang,ayam bakar,kopok,ulam,rojak,buah,ikan...huh....mampoih kalau aku nak list kat sini......
Memang banyak tul,sampai kenyang tak terhinggalah orang kata..
Pas makan,aku dok layan radio ngan kawan ak..depa lak ada yang dok mandi,amik adiah..

Senyummmm...hehe,control cun..haha!

aku terus melayan jiwa yang melayang taktau nak pi kot mana..last-last,terpengsan la dalam 20minit..siap pakej mimpi lagiii....mimpi pa? hahaha! yang tu,biar ler rahsiaaa.....

Kenangan yang takkan aku lupakan...9 Mei 2009
Kul 2ptg,kami siap-siap kemas barang tuk balik laaaa... Balik tu,ngaga pa lagi..sambung lena laaaa..kot-kot leh ada part 2 nyer episod mimpi aku tadi...
*Koleksi Gambar-Gambar Kenangan Sepanjang QM Outting 2009*

Selasa, 2 Jun 2009

Bagaimana Mengatasi Kekecewaan?


Fahami punca masalah fahami betul-betul sebab-sebab yang menyebabkan anda menjadi kecewa.
Selagi anda tidak benar-benar pasti punca yang menyebabkan anda kecewa, pastilah sukar untuk anda mencari jalan keluar dari kekcewaan tersebut.
Adalahlebih mudah untuk mengatasi sesuatu perkara yang kita sendiri faham.
Oleh itu setelah betul-betul memahami punca-puncanya, maka mudahlah kita untuk cuba mencari jalan keluar daripada masalah itu.

Fahami perasaan anda,perasaan kecewa yang kita alami adalah umpama mimpi.
Kadangkala ianya kurang berasas dan tidak bertapak.
Oleh itu kenali benar-benar perasaan kita yang sebenarnya itu.
Cuba hayati tekanan yangkita hadapi itu.
Apabila kita mengetahui sifat sebenar perasaan kecewa kita itu, maka barulah mudah untuk kita cuba melakukan sesuatu untuk mengatasinya.
Ikhlas dengan perasaan sendiri jangan cuba menipu perasaan sendiri.
Ini kerana kadangkala kita berasa kecewa bukan pada tempatnya.
Misalnya, seseorang itu mungkin berasa kecewa kerana rakannya lebih berjaya dalam peperiksaan.
Tapi sebenarnya dia kecewa kerana rakannya itu juga adalah lebih cantik darinya.
Malah kekecewaan kerana kurang cantik itu jauh lebih mengatasi kekecewaan kerana prestasi yang kurang baik dalam peperiksaan.
Dalam hal ini,kita sengaja menokok-tambah beban-beban kekecewaan itu.
Oleh itu cuba ikhlas denganperasaan sendiri.
Cuba fokuskan punca sebenar kekecewaan.
Apabila kita teliti dengan hati yang tenang, mungkin kita akan berasa bahawa punca sebenar kekecewaan itu adalah tidak berasas.

Fahami punca-punca kekecewaan,cuba cari punca asas kita berasa kecewa dan cuba fahami benar-benar keadaan sebenar punca-punca itu.
Tanya persoalan berikut:
Adakah punca-punca itu tidak akan dapat diatasi?
Akan sentiasa berulang?
Akanberulang jika tidakmelakukan sesuatu?
Salah diri sendiri?
Dianiaya?
Tidakakan berlaku lagi?
Bolehkah berlaku lagi atau dielakkan terus?

Setelah memahami punca sebenar kekecewaan dan sifat-sifat perkara yang menyebabkan kita kecewa itu, cuba fikirkan sama ada kekecewaan itu boleh disekat daripada berlaku lagi atau tidak?
Sekiranya kita dapat membuat kesimpulan bahawa kekecewaan itu mungkin boleh dihindari pada masa-masaakan datang, maka ini bermakna kita sentiasa masih mempunyai harapan.
Apakah cara untuk mengatasi kekecewaan?
Ini adalah antara ubat kekecewaan.
Apabila kita rasa kita sudah mahu bertindak untuk mengatasi kekecewaan, kita sebenarnya telah berjaya, iaitu berjaya dalam perjuangan untuk menguasai diri kita.
Sebaliknya juga,apabila kita gagal memulakan langkah-langkah ke arah mengubati hati luka itu, selagi itulah kita dianggap masih gagal.
Lantaran itu cuba atasi kekecewaan tersebut.

Antaranya adalah:
Menumpukan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah.
Melupakan kekecewaan tersebut dan menanam tekad baru untuk tidak kecewa lagi.
Meluahkan perasaan kepada orang yang kita percayai.
Minta nasihat orang lain,Cuba minta nasihat daripada orang lain yang kita hormati atau segani.
Jangan minta nasihat dari orang yang kita benci atau orang yang selalu sakitkan hati kita.
Dalam kata lain, jangan tambahkan penyakit.
Tidak kira apa nasihatnya, namun biasanya kesediaan orang lain itu memberi nasihat pun sudah cukup untuk melegakan perasaan kita.
Jangan manjakan perasaan,Jangan terlalu dibawa oleh perasaan.
Perasaan kita kalau dilayan sangat memang semakin menjadi.
Oleh itu janganlah dilayani perasaan kekecewaan itu sepanjang masa.
Cuba keluar dari alam kekecewaan itu.
Cuba lakukan aktivilain yang dapat mengalihkan pemikiran anda darimasalah yang menimbulkanrasa kecewa itu.
Bercampurlah dengan rakan-rakan yang lain dalam aktiviti luaran.
Secara beransur-ansur, kita akan dapat melupakan perasaan kecewaitu.
Walaupun kita akan memikirkannya semula setelah balik ke rumah, namun tahap kekecewaan itu pasti akan berkurangan.
Luahkan perasaan, jangan disimpan Perasaan kecewa samalah seperti tekanan perasaan.
Perasaan ini perlu diluahkan.
Kajian sains menunjukkan bahawa perasaan tekanan yang disimpan dalam diri akan membentuk toksin.
Oleh itu perasaan tersebut perlulah diluahkan.
Lain orang menggunakan cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaan.
Ada yang menghempuk meja. Ada yang menangis. Ada yang menjeritkuat-kuat. Ada yang mencoretkan rasa hatinya dalam diari kesayangannya.
Walau apa pun yang dilakukan, perasaan tekanan ituakan sedikit berkurangan setelah diluahkan.
Namun cara yang terbaik untuk meluahkan perasaan adalah dengan menceritakannya kepada orang yang dapat memahaminya dan dapat pula memberi kita jalan keluar kepada masalah tersebut.
Orang yang dimaksudkanini termasuklah cikgu, kaunselor, emak. kakak atau rakan-rakan yang kita rasa cukup dewasa dan cukup memahami kita.
Biar pemikiran beransur-ansur mengatasi perasaan,Cuba menenangkan perasaan sehingga perasaan yang menguasai diri kita mula diatasi oleh pemikiran.
Apabila pemikiran (otak) mula mengatasi perasaan(hati) maka mudahlah untuk kita mula melihat jalan yang lebih lurus dan bertapak di bumi nyata.
Malah kalau anda beruntung,anda tidak perlu mencari jalan untuk mengatasinya lagi kerana pemikiran rasional anda telah mengatasi rasa kecewa itu.
Tiada jalan pendek atasi kekecewaan,Ingatlah bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya.
Malah kejayaan yang manisitu perlu mengharungi pelbagai ranjau.
Oleh itu anda perlu faham bahawajalan-jalan yang anda akan lalui untuk mengelakkan daripada berlaku lagi kekecewaan itu memerlukan masa yang cukup untuk dilaksanakan.
Adakalanya langkah-langkah tersebut adalah berperingkat-peringkat dan hanya akan membuahkan hasil dalam jangka panjang juga.
Misalnya,pokok yang ditanam tidak akan berbuah esok pagi! Sekiranya ini difahami,maka dapatlah kita menghindari kekecewaan berganda iaitu kecewa kerana langkah-langkah yang dijalankan kurang memberi hasil.
Banyak bersabar,Ingat pepatah Melayu Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu. Ikut perasaan? Boleh pengsan!
Oleh itu apabila kita telah tenang, ikutlah akal supaya kita jadi cekal.
Akhir sekali,bertawakalah kerana bertawakal beerti menyerahkan segala nasib kepada Allah setelah kita melakukan apa yang terdaya.

Nabi Muhammad s.a.w. memberi contoh supaya menambat unta dan selepas itu bertawakal.
Ini bermakna,jika unta itu tidak diikat, bertawakal pun tak guna.
Dalam kes untuk menghindari kekecewaan ini, kita pasrah kepada nasib hanya setelah kita melakukan segala usaha yang kita rasa mencukupi.
Apabila kita yakin dengan tawakal kita itu, maka kita tidak akan kecewa lagi apabila mengalami kegagalan. Ini kerana kita yakin bahawa semuanya itu adalah ketentuan Allah dan adalah hikmahnya.

Tanam keyakinan diri,kekecewaan sering timbul dan berlarutan apabila kira kurang mempunyai keyakinan diri.
Apabila kita kalah misalnya, kurang keyakinan diri menyebabkan kita rasa yang kita akan sentiasa kalah lagi.
Ini menyebabkan kekecewaan kita sentiasa meningkat walaupun puncanya adalah satu sebab.