Memaparkan catatan dengan label Arus Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Arus Kehidupan. Papar semua catatan

Selasa, 23 November 2010

Antara Harapan,Impian Dan Keinginan...

  Sebenarnya antara sesuatu sebab yang mengubah seseorang kepada
sesuatu benda atau sebagainya bermula dari sedetik naluri melalui kata hati, ini telah terbukti dengan apa yang sering kita lalui sebagai seorang insan yang bergelar manusia.. Mengapa? Itu adalah dugaan,tetapi kenapa kita yang sering bertuah untuk mengharunginya selama ini? Mungkin dengan itu kita dapat berfikir akan kesalahan atau dosa-dosa lampau yang telah kita lakukan kerana Tuhan menurunkan ujian kepada setiap hambanya mengikut kemampuan hambanya dan bagi menguji tahap kesetiaan setiap hamba kepada-Nya.

Antara harapan,impian dan keinginan.. Adalah wajib atau ianya adalh semulajadi akan hadir dan lahir didalam diri setiap orang cuma mungkin setiap apa yang lahir itu akan ada sedikit perbezaan namun inya adalah sama. Harapan juga kadang-kala akan membawa kita ke arah jalan yang tidak sepatutnya dengan tidak berlandaskan Iman yang kuat kita mudah terpesong apabila sesuatu yag menjadi harapan kepada kita.. Tapi pernahkah kita terfikir yang harapan akan hanya tinggal harapan jika ianya tidak diiringi dengan usaha dan doa yang ikhlas kepada Maha Pencipta..
 
Keindahan Alam Kadang-Kala Mampu Membuat Kita Melupakan Masalah
 
Sesungguhnya manusia sering lupa apa yng pernah mereka ucapkan, sering alpa dek kemahuan yang akhirnya membawa kepada kekecewaan.. Dimana letaknya prinsip kita sebagai manusia? Dimana janji-janji yang selau kita ucapkan..? Apa adanya seseorang itu akan memberikan sepenuh tumpuan kepada kita jika disebaliknya dia mempunyai agenda dan insan lain...? Pernahkah kita terfikir..?atau pernahkah kita bertanya rahsia disebaliknya...? Mungkin ya dan tak mustahil pula lebih banyak..untuk itu sama-sama lah kita berfikir, sia-sia anugerah Allah akal dan fikiran untuk ciptaan-Nya yang teragung iaitu manusia namun tidak semuanya digunakan dengan baik dan betul....
 
Dari itu, sedarlah bahawa tiada yang akan kekal dengan kita didunia ini.. dan setiap apa yang dipinjamkan kepada kita, gunalah ia dengan sebaik mungkin dan jagalah agar ia menjadi sumber atau kekuatan untk kitamenempuhi liku-liku dalam merencanakan kehidupan ini.................

Jumaat, 5 Februari 2010

Destinasi Yang Dituju Bagi Membantu Aku Mencari Sinar Hidup Yang Semakin Hilang Dari Pandangan Mata..

Kemana perginya diri dan semangat yang selama ini dipegang untuk digunakan bila sampai waktu-waktu begini? Kemana hilangnya kekuatan yang selama ini dipertaruhkan untuk mengharungi segala dugaan dan rintangan yang melanda? Adakah ianya akan pergi terus..dan terus meninggalkanku tanpa menoleh ke belakang? Mungkin ya dan tidak mustahil akan kembali. Namun yang pasti, sedikit demi sedikit pengalaman dan dugaan yang datang setiap hari dari hati-hati yang tidak pasti harapan sebenar yang disimpan demi membenamkan apa yang dihajatkannya.

Walau pun begitu kadang kala setiap peranan, setiap lakonan dan setiap apa yang sering dirancangkan jika ianya berjaya sekali pun tapi di ulang-ulang akan mengundang syak wasangkan yang tinggi. Ini telah terbukti dari apa yang kita dapat lihat juga dapat dengar, melalui arus kemodenan teknologi manusia akan sentiasa berfikir akan keajaiban baru yang akan muncul walau ianya amat mustahil untuk diterima akal.

Berserah tidak semestinya takut, berdiam diri tidak semestinya pengecut.. namun inilah kelemahan manusia yang sering lemas dengan mainan perasaan..sering tewas dengan pengaruh luar, tidak dapat memikirkan apa yang dilakukannya sama ada betul atau salah asalkan apa yang dihajatkan dapat dicapai atau sekurang-kurangnya ia dapat ketawa akan kesakitan yang akan dihadapi oleh diri seseorang....

Ada satu ketika, manusia tidak dapat mengawal diri..tidak dapat mengawal pemikiran..tidak dapat mengawal sesuatu yang amat mudah jiwa diperhalusi dengan mata kasar walhalnya jika benar ia sukar takkan ada punca yang dapat ditemui dengan hanya sedikit keyakinan diri. Inilah yang dikatakan perasaan, jika kita tidak mampu menahan perasaan dan keyakinan...musnahlah segalanya, tapi jika ego menguasai diri takkan ada kekesalan dalam waktu yang singkat.....


..

Jumaat, 29 Januari 2010

4 Potensi Dasyat Manusia

Ada orang bijak pernah berujar "You are actually bigger, higher, and greater than what you think" anda sebenarnya lebih besar, lebih hebat, lebih luar biasa dari apa yang anda pikirkan. Anda percaya ungkapan tersebut? Percaya atau tidak manusia memang merupakan makhluk sekaligus ciptaan Tuhan yang amat sempurna. Kita dikurniakan banyak potensi, keunggulan dan kelebihan sebagai sarana untuk pengembangan diri. Namun sayang seribu sayang, banyak potensi, keunggulan serta kelebihan yang telah built-in diberikan Tuhan tersebut menjadi sia-sia dan akhirnya seperti besi yang tidak pernah diasah menjadi karat dan reput begitu saja.

Oleh yang demikian mari sama-sama kita lihat apa potensi yang ada pada diri kita. Pertanyaannya demi pertayaan yang membawa kepada seribu persoalan potensi apakah itu? Benarkah ia begitu luar biasa? Terkejut kann? Teruskan membaca..
Ada 4 potensi utama manusia yang harus difikirkan, digunakan, dikaji, diselami, digunapakai dan diasah setiap hari agar kita menjadi  seorang manusia yang terus tumbuh dan berkembang ke arah kesempurnaan akalnya.


1. Potensi Akal
Akal adalah sebuah software yang sangat luar biasa. Akal dalam hal ini adalah otak atau fikiran kita seumpama raksasa yang sedang tidur (a sleeping giant). Otak kita adalah komputer tercanggih yang ada di muka bumi. Didalamnya terdapat milyaran bahkan trilyunan sel yang mampu menyerap banyak sekali informasi. Bahkan jika sel otak kita diibaratkan sebuah chip dan dibentangkan, maka panjangnya bisa sampai ke bulan! Sungguh luar biasa. Namun ironisnya, potensi tersebut hanyalah baru sebahagian kecil yang mampu digunakan.



Para pakar neurologi dan neurosains mengatakan bahwa rata-rata manusia baru memanfaatkan kurang dari 10% potensi otaknya. Dengan kata lain, 90% potensi otak kita tidak pernah digunakan dan dibawa ke liang lahad tanpa pernah digunakan sepenuhnya.


2. Potensi Hati (Kalbu)
Kalbu atau hati manusia sering diidentitikan orang sebagai "Panca-Indra ke-6". Ia mampu memikirkan apa yang tidak dapat difikirkan oleh otak sepenuhnya. Ia mampu melihat apa yang tidak dapat atau mampu dilihat oleh otak kita. Inilah yang dinamakan intuisi (Mata Batin). Ada kekuatan transendental yang maha hebat yang tersembunyi di dalamnya. Ia akan "keluar" jika kita boleh membersih dan menyucikannya setiap hari. Ia ibarat cermin yang dapat memantulkan cahaya dan ilmu-ilmu Tuhan yang tersembunyi disebaliknya. Maka tidak hairanlah, orang-orang yang dekat dengan Tuhan adalah orang-orang yang hatinya bersih dan suci. Mereka ini mampu "melihat" apa yang tidak dapat dilihat oleh kebanyakan manusia.


3. Potensi Roh
Roh adalah misteri. Ia adalah rahsia Tuhan yang hingga kini ilmu pengetahuan modern belum dapat mendefenisikannya secara pasti. Roh adalah Panca-Indra ke-7. Ia adalah "AKU" yang akan kembali kehadrat Tuhan. Ia adalah sesuatu yang suci yang dapat mengetahui apa yang tidak dapat diketahui oleh hati.



4. Potensi Fisik
Secara kasarnya potensi fisik manusia tidak sehebat makhluk lainnya namun ia dapat di neutralkan secara luar biasa dengan kadang kalanya hingga melampaui logik akal kita yang bergelar manusia. Sudah sering kita lihat dan mendengar orang-orang yang dapat berlari dalam jarak 400 meter kurang dari 4 minit, orang yang boleh menarik kereta dengan hanya menggunakan giginya, atau orang yang mampu memakan besi, yang mampu berjalan di atas bara yang panas dan sebagainya,inilah yang disebut potensi fizik manusia.
Kesimpulannya, manusia merupakan sebuah mahakarya dan masterpiece Tuhan yang amat sangat luar biasa. Bahkan kita adalah refleksi dari makrokosmos alam semesta dan co-creator Tuhan di muka bumi. Sehingga kita sebenarnya mampu mencipta pelbagai benda dengan menggunakan anugerah yang dikurniakan-Nya. "You can be anything you want" Syaratnya? Asah potensi diri hari demi hari kerana pada dasarnya KITA ADALAH INTAN BERLIAN YANG BELUM TERASAH.

..

Jumaat, 2 Oktober 2009

Gempar Sejadah Ditemui Berdiri!!!


Subhanallah! Masha'Allah!!! Inilah dia tanda kebesaran Tuhan yang Maha Esa lagi Berkuasa.. Apakakan daya, jika ini kehendak dan kemahuan-Nya, satu fenomena yang jarang-jarang berlaku dan ingin saya kongsikan untuk pengunjung dan sahabat-sahabat Laman Nurani.


PERMATANG PAUH: Sepasang suami isteri gempar apabila sejadah hantaran perkahwinan yang digunakan sejak tiga tahun lalu berdiri secara sendiri di bilik rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin disini,semalam.

Satu tanda kekuasaan Allah yang jarang kita temui dan dapat lihat dengan mata kepala kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui akan keajaiban serta keanehan yang ditunjukkan untuk kita semua.


 Mohamad Shuhaimi Md Ilias,26 berkata kejadian aneh itu disedari isterinya yang masuk ke bilik itu untuk mengambil kain baju kira-kira jam 9.30 malam.

Beliau berkata, sebelum kejadian itu berlaku dia bersama isterinya berselisih pendapat mengenai arah kiblat di rumah sewa yang didiami sejak ogos tahun lalu.


"Saya kemudian membentangkan sejadah itu mengikut arah kiblat dan membiarkannya tanpa diusik kira-kira jam 8 malam sebelum keluar dari bilik itu untuk memandikan anak perempuan berumur dua tahun," katanya ketika ditemui kira-kira jam 12 malam semalam. Sumber Harian Metro 02 Oktober 2009


Sehingga ke hari ini berpusu-pusu orang yang hadir bagi melihat secara lansung dari mata mereka  akan kebenaran serta menjawab tanda tanya dari apa yang didengar  dari rakan-rakan.
Semoga ianya mendapat petunjuk serta pengajaran tentang kekuasaan Allah s.w.t. kepada kita manusia di dunia akan tanda kebesaran dan kekuasaan-Nya. Oleh yang demikian, sentiasalah kita beringat dan berfikir apa yang ditunjukkan adalah kehendak-Nya. Apa yang pasti ini adalah kejadian atau fenomena yang jarang berlaku dan dapat kita ambil sebagai iktibar bersama.


Untuk pengetahuan, kesemua gambar-gambar diatas dirakamkan oleh seorang hamba Allah pada 02 Oktober 2009 untuk kongsian serta tatapan kita bersama. Terima kasihyang tidak terhingga,semoga ia dapat mendatangkan manfaat serta pengajaran untuk kita semua. Ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia inginkan dan kita sebagai khalifah di muka bumi  ini yang dikurniakan akal dan fikiran dapat menggunakannya sebaik mungkin agar ianya tidak disalah ertikan dan membawa kepada kesesatan... 
Hanya Allah yang lebih mengetahui..
wassalam....



Ahad, 27 September 2009

Antara Kehidupan Dan Perjalanan...


Dikala kemeriahan Aidilfitri masih terasa, kenikmatan dan ketenagan yang ditagih mendapat kasih serta simpati yang cukup bermakna bagi meneruskan kehidupan yang agak pelik tetapi cukup untuk memeningkan jika tidak dihalusi secara teliti akan timbul kebosanan seterusnya akan tiada jawapan yang terhasil oleh segala persoalan yang dinanti-nantikan.


Fahami dunia anda sebelum anda cuba memahami dunia orang lain..dan dengan kata-kata itu yang cuba diberikan oleh salah seorang sahabat yang sememangnya memerlukan kesabaran serta ketelitian dalam memahami dan seterusnya mendalami erti sebenar disebalik kata-kata tersebut. Alhamdulillah, berkat kesabaran serta nasihat yang tidak putus-putus oleh sahabat-sahabat dan teman-teman dapat juga kata-kata tersebut untuk dicari erti sebenar apa yang dikatakan olehnya itu. Setiap impalan atau keinginan akan hadir juga rintangan yang mana ia hanyalah sekadar untuk melihat tahap kemampuan seseorang itu bagi meyakinkan dirinya sendiri serta melalui dengan cara dan gayanya yang tersendiri.

Dalam Mencari Erti Sebenar Kebenaran Yang Belum Pasti...

Jika kita adalah seorang yang berjaya, jangan kita lupa akan kegagalan.. Jika kita pernah melalui saat manis, jangan dilupakan saat berduka, kerana ia adalah salah satu peneman yang sentiasa akan hadir dalam setiap kehidupan harian kita dalam meniti saat-saat perjalanan harian. Perjalanan yang sememangnya satu objek yang sukar untuk kita bayang atau kita teka akan kejadian serta apa yang akan berlaku namun kita masih mampu untuk memilih apa yang patut kita pilih dan jangan sesekali kita menidakkan apa yang kita pilih itu.

Kesinambungan Ukhwah...

Sebahagian besarnya setiap yang berlaku itu jika ia adalah keburukkan kepada kita, akan kita persalahkan orang lain dan akhirnya pulang kepada diri kita.. Mengapa? satu soalan yang mungkin amat sukar dan sememangnya payah jika kita tidak dapat menggunakan sepenuhnya keistimewaan akal-fikiran yang dikurniakan kepada kita. Setiap yang berlaku,ada hikmahnya..perkataan yang sering kita dengar, tapi tahukah kita apa hikmah sebenranya disebalik kebaikan atau pun musibah yang kita lalui. Pernahkah kita memikirkannya secara halus dan telus untuk kita mendapatkan jawapan sebenar dari persoalan yang kita mahukan itu.. Sama sekali tidak kerana sudah menjadi tabiat manusia hanya inginkan kesenangan tidak kesusahan, sesekali terfikir mengapa ini berlaku kepadaku? merungut dan tidak dapat meyakinkan diri sendiri dengan apa yang sememangnya patut diberikan penjelasan yang terpeinci.

Dalam Memenuhi Perasaan Ingin Tahu..

Keseluruhannya, jika kita mampu memberikan seribu keyakinan pada seseorang mengapa tidak untuk kita memberikan mengapa dan apa hikmah yang sebenarnya untuk cuba difahami seterusnya digunapakai dalam setiap aspek yang berkaitan, tapi ini tidak pernah berlaku. Mengapa ini berlaku?..adakah ia adalah sebahagian dari ego kita yang bergelar manusia? Tidak mustahil ianya adalah sangat berkaitan, juga tidak mustahil jika ianya lansung tidak bersangkutan... Apa guna kita belajar setinggi gunung jika ilmu yang tertanam didada hanyalah setinggi pokok rumput dan apa guna kita dikurniakan akal serta fikiran jika kita sendiri tidak pandai menggunakannya dalam perjalanan kehidupan harian kita...........tepuk dada tanyalah hati..

Sabtu, 12 September 2009

Antara Sahabat & Air Mata....

Mendung tak semestinya hujan,cerah tak mustahil akan akan berpanjangan..begitulah hakikat yang harus kita ingat dan ketahui tentang bagaimana ia berlaku dan mengapa ia terjadi.

Setiap saat yang berlalu jika dipandang dan diselidiki dengan hati yang terbuka mungkin kita akan dapat menyaksikan sesuatu panorama yang unik serta lebih memaksa untuk kita menggunakan sepenuh anugerah Ilahi untuk berfikir dengan sedalam-dalamnya berkaitan kehidupan yang serta perjalanan dalam mencari arah tujuan walau dalam sekumpulan awan yang penuh kesamaran dan tidak pasti apa yang ada disebaliknya.

Bagaimana kita mengenal seseorang insan yang bergelar sahabat dalam arus kehidupan,suatu keadaan yang kadangkalanya sama dan kadangkalanya amat berbeza mengikut perkembangan serta pembawakkan cara hidup seseorang dalam menangani serta memahami erti sebenar persahabatan.

Mungkin tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan,tidak mustahil juga ia akan berakhir dengan kejayaan..walau apa pun keputusan yang kita harus terima dalam meniti hari-hari ini,kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah tertulis dalam kehidupan kita. Biar perit sekali pun ia,biar seindah mana pun ia,apa yang pasti ia akan berlaku dan terus berlaku untuk kita menempuhinya dan berfikir hikmah yang ada disebalik setiap kejadian.
Mencari Seribu Ketenangan Walau Setinggi Harapan Yang Menggunung Hilang Entah Kemana..

Jika dapat kita undurkan masa,mungkin semua orang mahukan peluang kedua ini untuk kita memperbaiki segala apa yang kita mahukan walau susah sekali pun pasti kita akan tetap berusaha hingga apa yang sepatutnya kita lihat tidak dapat dibayangkan sekiranya kita tidak benar-benar cuba untuk memahaminya..

Sesungguhnya manusia akan melalui berbagai-bagai situasi dan ianya tidak mustahil untuk kita mengalirkan air mata bagi memujuk hati sama ada dalam keadaan gembira atau sebaliknya, bagi yang gembira tangisan umpama mutiara yang tidak ternilai dilahirkan dari hati untuk diluahkan. Tapi bagaimana pula jika kesakitan yang menyebabkan air mata seseorang itu mengalir? Inilah yang dinamakan lumrah kehidupan, keistimewaan yang ada pada setiap manusia normal yang menghuni muka bumi ciptaan Ilahi ini..


"Jika tercipta sebuah persahabatan yang utuh, jagalah ia, belalah ia dan peliharalah ia agar ianya akan kekal bersama kita dan jangan biarkan ianya pergi meninggalkan kita takkala kita amat memerlukan seseorang untuk memahami, menegur dan menasihati kita..."