Selasa, 23 November 2010

Antara Harapan,Impian Dan Keinginan...

  Sebenarnya antara sesuatu sebab yang mengubah seseorang kepada
sesuatu benda atau sebagainya bermula dari sedetik naluri melalui kata hati, ini telah terbukti dengan apa yang sering kita lalui sebagai seorang insan yang bergelar manusia.. Mengapa? Itu adalah dugaan,tetapi kenapa kita yang sering bertuah untuk mengharunginya selama ini? Mungkin dengan itu kita dapat berfikir akan kesalahan atau dosa-dosa lampau yang telah kita lakukan kerana Tuhan menurunkan ujian kepada setiap hambanya mengikut kemampuan hambanya dan bagi menguji tahap kesetiaan setiap hamba kepada-Nya.

Antara harapan,impian dan keinginan.. Adalah wajib atau ianya adalh semulajadi akan hadir dan lahir didalam diri setiap orang cuma mungkin setiap apa yang lahir itu akan ada sedikit perbezaan namun inya adalah sama. Harapan juga kadang-kala akan membawa kita ke arah jalan yang tidak sepatutnya dengan tidak berlandaskan Iman yang kuat kita mudah terpesong apabila sesuatu yag menjadi harapan kepada kita.. Tapi pernahkah kita terfikir yang harapan akan hanya tinggal harapan jika ianya tidak diiringi dengan usaha dan doa yang ikhlas kepada Maha Pencipta..
 
Keindahan Alam Kadang-Kala Mampu Membuat Kita Melupakan Masalah
 
Sesungguhnya manusia sering lupa apa yng pernah mereka ucapkan, sering alpa dek kemahuan yang akhirnya membawa kepada kekecewaan.. Dimana letaknya prinsip kita sebagai manusia? Dimana janji-janji yang selau kita ucapkan..? Apa adanya seseorang itu akan memberikan sepenuh tumpuan kepada kita jika disebaliknya dia mempunyai agenda dan insan lain...? Pernahkah kita terfikir..?atau pernahkah kita bertanya rahsia disebaliknya...? Mungkin ya dan tak mustahil pula lebih banyak..untuk itu sama-sama lah kita berfikir, sia-sia anugerah Allah akal dan fikiran untuk ciptaan-Nya yang teragung iaitu manusia namun tidak semuanya digunakan dengan baik dan betul....
 
Dari itu, sedarlah bahawa tiada yang akan kekal dengan kita didunia ini.. dan setiap apa yang dipinjamkan kepada kita, gunalah ia dengan sebaik mungkin dan jagalah agar ia menjadi sumber atau kekuatan untk kitamenempuhi liku-liku dalam merencanakan kehidupan ini.................

Jumaat, 23 April 2010

Menanti Jawapan Yang Tak Pasti

Setiap insan yang bergelar manusia pasti mempunyai kenangan, pasni mempunyai impian dan yang paling pasti adalah mempunyai harapan dan keinginan sama ada dalam keadaan sedar atau sebaliknya namun setiap apa yang berlaku itu bukanlah satu petanda yang kita tidak pernah memikirkan tentang adanya kehidupan lain selain yang kita lalui sekarang. Walau seribu kehendak yang dapat kita fikirkan, sejuta harapan yang kita lemparkan namun jika ianya tidak mendapat keizinan dari yang Maha Esa ianya hanyalah sekadar impian dan keinginan untuk dikenang hingga akhir hayat.


Jawapan adalah sesuatu yang pada pandangan kasarnya amatlah perlu jua pada pandangan halusnya ia amatlah beerti dan sukar digambarkan bagi mereka yang tidak pernah memahami dan mengenali erti kehidupan sebenar walau setiap yang datang itu kadangkala tidak kita kehendaki jua tidak sesekali terlintas difikiran benak manusia normal.


Jawapan demi jawapan selalu dinantikan bak menatang minyak yang penuh dan  menunggu pohon berbuah, tapi ada orang cakap penantian itu satu penyiksaan tak kurang juga yang akan senangtiasa menanti dan terus menanti akan keajaiban yang berlaku walau pun sebenarnya ia tahu ia mustahil untuk berlaku. Salahkah untuk kita mengharap dan menanti? Salahkah jika kita mengambil penantian itu sebagai satu cabaran hidup dan sesekali tidak akan mengenang ia sebagai musibah atau bala jika tidak mendapat apa yang kita mahukan...


Antara kelebihan dan kekurangan yang mugkin perlu kita lalui bila berdepan dengan suasana atau situasi begini satu adalah cuba kita ingat atau kenangkan kembali apa yang telah dan sedang kita lakukan sama ada melibatkan apa yang kita nantikan atau pun tidak.. Bak kata cerdik pandai, "Sejarah akan berulang..cuma masa,keadaan,tempat dan dengan orang yang berbeza atau pun sama.."  Tapi pernahkah kita terfikir jika betul apa yang dikatakanya kenapa kita tidak pernah bersiap sedia? Kenapa kita sering lupa dan alpa akan apa yang pernah berlaku, tepuk dada tanyalah iman..............................

Khamis, 15 April 2010

Antara Pengalaman Dan Kesinambungan...


Antara pengalaman,perjalanan hidup dan kesinambungan antara kombinasi yang agak berkaitan diantara satu dengan yang lain selain dari menjadi satu keperluan yang agak penting juga untuk memastikan apa yang diiginkan dapat dilaksanakan untuk merialisasikan segala impian dan harapan yang kadang kala agak sukar diterima akal dan pandangan mata kasar namun ianya tidak mustahil untuk berlaku...ya berlaku, tapi sampai bila? adakah isehari,seminggu,sebulan,setahun atau....................... terus dan terus hingga ke garisan penamat.

Semakin hari semakin banyak benda yang lahir dari benak fikiranku, yang mana ianya seakan-akan terus dan terus berlalu tanpa sebarang petanda atau matlamat sebenar namun mungkinkah ianya akan terlaksana..jawapannya hanya Tuhan sahaja yang lebih Maa mengerti lagi mengetahui..kita hanya merancang dan memberikan harapan... Tidak kesemua apa yang kita harapkan sering kali terus ke pangkuan kita tetapi tidak salah jika kita meletakkan sedikit harapan untuk kita layakkan sesuatu yang sukar dicari ganti...

Ada sesuatu yang kita impikan dimalam hari dan impian kita menjadi kenyataan pada siang di keesokkan harinya namun tak kurang jua yang ianya hanyalah sekadar mimpi indah di malam hari untuk memberikan sedikit kekuatan dan adakalanya harapan. Biar apa pun yang di harapkan, apa jua yang diimpikan tanpa usaha yang gigih dan benar-benar mahukan sesuatu agar terus menjadi realiti ianya takkan ada apa-apa melainkan sekadar gambaran indah untuk dikenang.

Pada hakikat dan jawapan yang lebih tepat untuk apa yang sering menjadi pertikaian selama ini adalah apa jua yang kita mahukan, segala impian dan kemauhan perlulah diikuti dengan usaha,doa dan harapan yang tinggi... Kesinambunagan dan gabungan diantara satu adalah amat perlu agar ianya tidak pulang dengan seribu kekecewaan.