Selasa, 29 September 2009

Antara Keyakinan,Keikhlasan & Ketulusan....


Seumpama permainan hidup yang tidak pernah putus walau beberapa kali cuba untuk dipotong dengan pisau matlamat, namun ianya akan tetap meninggalkan kesan sebagai tanda untuk dikenang dan dijadikan pengajaran serta petunjuk arah bagi melalui setiap penjuru dan ceruk rantau di setiap perjalanan. Satu-satunya yang akan sentiasa mekar di ingatan walau ianya telah pergi jauh meninggalkan kita, sejauh mana ia pergi sejauh itu jugalah ingatan yang sentiasa akan terpahat di setiap sudut sanubari setiap manusia.

Keikhlasan & Ketulusan Hati Dapat Melahirkan Keyakinan Pada Diri Sendiri

Alangkah indahnya jika apa yang kita tanamkan mengeluarkan hasil yang amat kita nanti-nantikan, namun tidak mustahil setiap benih yang kita semai itu akan hidup dan mengeluarkan sesuatu bagi menandakan kita akan berjaya. Jika sepohon pokok itu kita semai dan jaga dengan sepenuh keikhlasan insya'Allah ianya akan mendatangkan pulangan yang setimpal dengan titik peluh yang kita curahkan. Tapi jika sudah menjadai ketentuan Ilahi, seharusnya kita sebagai hamba-Nya harus terus yakin bahawa setiap yang berlaku adalah ujian..ujian yang ingin melihat setinggi mana ketulusan serta kesabaran yang kita mampu lakukan demi melaksanakan segala apa yang telah ditulis untuk kita lalui dalam kehidupan harian ini..

Setiap Persahabatan Adalah Amanah Yang Dikurniakan Untuk Kita Jaga Dan Pelihara Sebaik Mungkin..

Mungkin bagi setiap individu yang tidak terlampau fikirkan akan apa yang sering berlaku oleh kerana dia selalu mendapat apa yang dia inginkan dalam kehidupan namun sesekali cuba lah fikirkan untuk keinginan orang lain juga. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan datang kepada  kita dan dari itu jika sudah memiliki semangat yang jitu serta keyakinan diri yang tinggi dan ditambah pula dengan keikhlasan serta ketulusan hati yang kuat cukup untuk membantu bagi kita untuk cuba mengelak dari ianya terus berlaku kepada kita.

Kenangan-Kenangan Akan Sentiasa Mekar Walau Hakikat Ianya Telah Lama Berlalu....

Andai ia adalah satu pengajaran, jadikan ia sebagai semangat..tapi jika ia adalah kebahagiaan pula jangan lupa untuk kita bersyukur kepada yang maha Esa kerana tanpa restu dari-Nya ianya amat mustahil akan terjadi. Setiap manusia punyai sesuatu yang amat berbeza, berbeza dari setiap individu iaitu cara dan apa yang difikirkan pada satu-satu saat itu. Inilah antara keistimewaan kita yang kadang kala kita lupa dan terus melupakannya hingga satu masa kita akan cuba sedaya upaya menyalahkan orang lain hinggakan boleh membawa kepada salah faham serta perkara-perkara yang amat kita benci.

Adakalanya Kita Perlukan Ruang Untuk Menyendiri Bagi Berfikir..

Bagi setiap kata-kata yang kita ungkapkan, cukup untuk membuktikan sama ada kita cukup percaya dan yakin akan diri kita bak lembu yang tiada tali yang digunakan untuk mengikat supaya ianya tidak terus berjalan tanpa arah dan pergi ke mana yang dia inginkan. Bayangkanlah jika kita tiada keyakinan diri, keikhlasan serta ketulusan hati yang tinggi kita mungkin akan mengikut jejak seekor lembu yang sememangnya tiada akal juga fikiran tapi tak bermakna kita akan menjadi seekor lembu..

Menjadi Pendengar Yang Baik Serta Cuba Untuk Memahami Apa Yang Cuba Disampaikan Adalah Penting Dalam Membantu Meningkatkan Kesedaran Serta kefahaman Dalam Kehidupan..

Setiap manusia punyai pandangan dan ini adalah salah satu dari pandangan saya melalui perjalanan hidup saya, jadi diharapkan agar tiada salah faham akan tulisan saya ini. Tiada maksud untuk menggaitkan mana-mana individu, hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang ada. Jika ada sebarang komen yang dapat membina bagi perkongsian bersama amatlah saya alu-alukan dengan hati yang terbuka. Semoga ianya dapat kita jadikan sebagai rujukkan serta sumber pengajaran dan pengalaman dalam menempuh liku-liku  kehidupan harian kita..


" Masa Depan Yang Cerah Selalu Tergantung pada Masa Lalu Yang dilupakan. Kita Tidak Dapat Meneruskan Hidup Dengan Baik Jika Tidak Dapat Melupakan  Kegagalan Dan Sakit Hati Di Masa Lampau.."

Ahad, 27 September 2009

Antara Kehidupan Dan Perjalanan...


Dikala kemeriahan Aidilfitri masih terasa, kenikmatan dan ketenagan yang ditagih mendapat kasih serta simpati yang cukup bermakna bagi meneruskan kehidupan yang agak pelik tetapi cukup untuk memeningkan jika tidak dihalusi secara teliti akan timbul kebosanan seterusnya akan tiada jawapan yang terhasil oleh segala persoalan yang dinanti-nantikan.


Fahami dunia anda sebelum anda cuba memahami dunia orang lain..dan dengan kata-kata itu yang cuba diberikan oleh salah seorang sahabat yang sememangnya memerlukan kesabaran serta ketelitian dalam memahami dan seterusnya mendalami erti sebenar disebalik kata-kata tersebut. Alhamdulillah, berkat kesabaran serta nasihat yang tidak putus-putus oleh sahabat-sahabat dan teman-teman dapat juga kata-kata tersebut untuk dicari erti sebenar apa yang dikatakan olehnya itu. Setiap impalan atau keinginan akan hadir juga rintangan yang mana ia hanyalah sekadar untuk melihat tahap kemampuan seseorang itu bagi meyakinkan dirinya sendiri serta melalui dengan cara dan gayanya yang tersendiri.

Dalam Mencari Erti Sebenar Kebenaran Yang Belum Pasti...

Jika kita adalah seorang yang berjaya, jangan kita lupa akan kegagalan.. Jika kita pernah melalui saat manis, jangan dilupakan saat berduka, kerana ia adalah salah satu peneman yang sentiasa akan hadir dalam setiap kehidupan harian kita dalam meniti saat-saat perjalanan harian. Perjalanan yang sememangnya satu objek yang sukar untuk kita bayang atau kita teka akan kejadian serta apa yang akan berlaku namun kita masih mampu untuk memilih apa yang patut kita pilih dan jangan sesekali kita menidakkan apa yang kita pilih itu.

Kesinambungan Ukhwah...

Sebahagian besarnya setiap yang berlaku itu jika ia adalah keburukkan kepada kita, akan kita persalahkan orang lain dan akhirnya pulang kepada diri kita.. Mengapa? satu soalan yang mungkin amat sukar dan sememangnya payah jika kita tidak dapat menggunakan sepenuhnya keistimewaan akal-fikiran yang dikurniakan kepada kita. Setiap yang berlaku,ada hikmahnya..perkataan yang sering kita dengar, tapi tahukah kita apa hikmah sebenranya disebalik kebaikan atau pun musibah yang kita lalui. Pernahkah kita memikirkannya secara halus dan telus untuk kita mendapatkan jawapan sebenar dari persoalan yang kita mahukan itu.. Sama sekali tidak kerana sudah menjadi tabiat manusia hanya inginkan kesenangan tidak kesusahan, sesekali terfikir mengapa ini berlaku kepadaku? merungut dan tidak dapat meyakinkan diri sendiri dengan apa yang sememangnya patut diberikan penjelasan yang terpeinci.

Dalam Memenuhi Perasaan Ingin Tahu..

Keseluruhannya, jika kita mampu memberikan seribu keyakinan pada seseorang mengapa tidak untuk kita memberikan mengapa dan apa hikmah yang sebenarnya untuk cuba difahami seterusnya digunapakai dalam setiap aspek yang berkaitan, tapi ini tidak pernah berlaku. Mengapa ini berlaku?..adakah ia adalah sebahagian dari ego kita yang bergelar manusia? Tidak mustahil ianya adalah sangat berkaitan, juga tidak mustahil jika ianya lansung tidak bersangkutan... Apa guna kita belajar setinggi gunung jika ilmu yang tertanam didada hanyalah setinggi pokok rumput dan apa guna kita dikurniakan akal serta fikiran jika kita sendiri tidak pandai menggunakannya dalam perjalanan kehidupan harian kita...........tepuk dada tanyalah hati..

Sabtu, 19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin...


Alhamdulillah,setelah sebulan berpuasa, kini tibalah masanya umat Islam menyambut hari kemenangan setelah menahan lapar,dahaga dan nafsu selain mendidik kita untuk mendisiplinkan diri serta memperbanyakkan amal ibadat. 

Syukur juga disepanjang bulan ramadhan kali ini aku dapat mempelajari berbagai-bagai suasana, kesabaran serta ujian yang tak putus-putus walau pun adakalanya ianya amatlah sukar untuk digambarkan dengan kata-kata..namun apa yang aku harapkan agar syawal pada kali ini akan lebih memberikan kebahagiaan dan ketenangan untuk aku meneruskan setiap langkah demi langkah menuju dan mencari jalan hidupku sendiri.


Semoga impian ini akan dapat dikecapi pada syawal kali ini... Sesungguhnya aku amat mengharapkan satu keajaiban berlaku takkala hati dirundung kesedihan dan kedukaan yang semakin hari semakin berpanjangan.

Andai ini adalah keputusan terakhir yang harus aku terima, aku berharap ia juga adalah sejarah yang tidak akan berulang pada masa-masa hadapan. Kesakitan yang sangat sukar untuk dirawat dan membuatkan aku harus bermain dengan semangat untuk melawan segala keperitan yang ditanggung selama ini...


Semoga Kehadiran syawal Ini Akan Lebih Bermakna Dalam Hidupku...

Dikesempatan yang ada ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua insan yang mengenali diri ini terutama kepada seseorang yang sering memberikanku nasihat, kata-kata semangat, penawar untuk aku bertahan dan yang aku amat sayangi serta cintai Nurul Asmera walau jauh dimata namun,amat dekat dihati. Tak lupa juga sahabat-sahabat yang tak putus-putus bersama membantu bagi aku mendapatkan sedikit ruang untuk merasa nikmat kegembiraan serta erti sebenar kehidupan. Kepada teman-teman serta pengunjung  Laman Nurani , Pusaka Gayong Pulau Pinang , KBP , KGAGS , Anak Gayong.Net , Facebook , Friendster , Myspace , Tagged dan My Live Blog! Jasa kalian amatlah dihargai,semoga ikatan ukhwah diantara kita akan berkekalan hingga akhir hayatku.

Bersama Memartabatkan Seni Warisan Bangsa

Dengan ingatan tulus ikhlas serta ikatan tali silatulrahim ini, saya ingin menjemput saudara serta saudari serta keluarga untuk datang beraya ke teratak usang saya di 5846 Kampung Nyior Sebatang, Seberang Perai Utara pada hari raya nanti. Insya'Allah saya sedia menanti kehadiran anda dengan hati yang terbuka.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin....

* Untuk Tempahan Demonstrasi Silat Majlis Kahwin atau Majlis Keraian selepas hari raya ni boleh la menghubungi saya di talian 012-5633904 (Cikgu Helmi) , PSSPGM Penang , Email.





Ikhlas dari:
Adi Putra 
Helmi 
Panglima Hitam