Jumaat, 18 September 2009

Adakah Penantian Ini Adalah Satu Harapan?..


Dalam meniti saat-saat datangnya syawal, terasa amat sukar untuk meninggalkan ramadhan pada tahun ini..satu persatu harapan cuba dijadikan sebagai kenyataan walau dalam keadaan yang semakin hari kelihatan semakin jauh untuk digapai seperti takkan ada kesudahannya.Mungkin pada sesiapa yang tidak melalui jalan sepertimana aku melalui saat-saat kehilangan arah secara tiba-tiba takkala sudah sampai dipertengahan jalan yang mempunyai seribu simpang yang setiap simpang itu akan membawa aku pada jalan yang berbeza arah serta akan menentukan keputusan yang diambil dan mustahil untuk berpatah balik.

Sahabat Adalah Kekuatan Yang Tidak Pernah Hilang..

Jika ianya benar-benar dapat membantu untuk aku terus belajar dan belajar bagaimana untuk melalui masa-masa akan datang dengan apa yang aku pilih pada hari ini dan bagaimana jika ia hanya sekadar menyiksa batinku yang kerap kali menangis, menangis mengenangkan nasibku yang sedemikian rupa. Cukup sudah apa yang aku dapat dimasa lampau dan aku amat berharap untuk berubah dan melupakan apa yang telah aku lalui dalam meniti perjalanan hari-hari dalam sebuah kehidupan yang umpama mengharapkan belas dan ehsan dari seseorang untuk aku terus bertahan, bertahan dalam menangani serta melawan setiap serangan yang tidak putus-putus datang apabila aku berseorangan.

Biarlah Ianya Menjadi Satu Sejarah Untuk Dikenang..

Sampai bila kah aku akan terus begini, terus mencari sedikit ruang untuk aku berteduh..sedikit tempat untuk aku menumpang dan sedikit penawar untuk cuba ku ubati luka-luka di jasadku yang semakin hari kian menanah ini. Adakah ini satu ujian yang patut aku tangani berseorangan? mungkin ya..tidak mustahil juga untuk aku katakan tidak... Namun apa yang pasti hari kian berlalu, masa tetap akan berjalan dan aku masih disini..menunggu apa yang aku inginkan, menanti masa akan berhenti dan kembali untuk aku mempersiapkan seluruh kekuatan yang pernah aku miliki selama ini.

Tumpuan Serta Kesabaran Amat Penting Dalam Menangani Sesuatu Musibah...



Semoga kehadiran syawal kali ini dapat mengubah serta memberikan sedikit kegembiraan untuk aku meneruskan sisa-sisa perjalanan hidup ini. Biarlah ianya menjadi satu harapan untuk dikenang dan diingati selagi ianya masih bertahta didalam naluri kecil dan menjadi sejarah di masa-masa akan datang...

"..Hari Yang Mendatang Tidak Akan Memberikan Sebarang Makna,

Jika Kegagalan Semalam Tidak Dijadikan Teladan.."

Rabu, 16 September 2009

Berbuka Bersama Komuniti Bloggers Penang...

Alhamdulillah,setelah perancangan demi perancangan dibuat bagi menjayakan majlis berbuka puasa bersama bloggers-bloggers penang akhirnya pada 12 September yang lalu hasrat dan hajat telah tercapai dengan jayanya, dengan usaha-usaha yang kuat dijalankan oleh  orang kuat KBP,bloggers Luth danmyfr3aktelah tercapai juga akhirnya. Semoga berkat usaha dan penat lelah mereka berdua bagi menjadikan gathering ini akan dirahmati dan diberi ganjaran setimpalnya oleh yang Maha Esa.
 Wifi Untuk Para Bloggers Men-Update Blog Masing-Masing Secara Live..
Walau pun kehadiran ahli-ahli bloggers Pulau Pinang tidaklah seramai mana, tapi dari ini dapat memberi serta melahirkan satu ikatan serta semangat disamping memperkuatkan lagi ukhwah sesama kami yang tidak pernah bersua muka namun kami mampu bersama berkongsi pendapat,cerita dan bergurau seolah-olah sudah lama mengenali antara satu dengan yang lain.
 Siap-Siap..Siap Leh Tukaq-Tukaq Nombot Lagi...Hehe
 
Ini lah salah satu impian yang saya idam-idamkan,dapat berjumpa dan menambahkan sahabat-sahabat baru supaya saya dapat menambahkan ilmu di dunia blogging yang sememangnya saya amat ketinggalan berbanding dengan sahabat-sahabat si KBP ni. Mungkin selepas ini program sambutan hari raya aidilfitri dapat dilaksanakan dengan penyertaan dari ahli KBP yang lebih ramai dan lokasi masih didalam pencarian admin KBP yang tak pernah putus-putus berusaha mengadakan gathering dan perjumpaan sesama ahli.
 Kenangan Berlatarbelakangkan Bangkok Station
Pada jam 6.30ptg saya bersama-sama admin KBP Luth,hadi dan seorang bloggers dari uitm pulau pinang sampai ke destinasi majlis berbuka puasa di Bangkok Station,jalan baru. Kelihatan rombongan Blogger Ust Baba bersama Blogger Mama Moden dan dua anak kesayangan mereka sudah berada disitu. Antara bloggers yang bersama pada hari tersebut adalah Bloggers Luth ,Hadi ,Bloggers Mamu Omara , Bloggers Ust.Baba ,Bloggers Mama Moden ,Bloggers Fazrulls , Bloggers JulietAnna & Bloggers Baby Wify.
 Antara Menu Utama...Sedap Tuuuu..
Pada jam 7mlm,kehadiran kesemua 10 bloggers KBP yang telah memberi respon positif bagi majlis berbuka  tiba dan sempatlah juga kami berkenal-kenalan semasa sendiri disamping menunggu waktu berbuka tiba. Dengan kehadiran menu hidangan yang amat menyelerakan ini,memang agak tidak sabar untuk menerkam saja juadah yang ada diatas meja pada masa itu. Disamping berbual sesame ahli,saya terpandang gelagat anak-anak kecil ust baba & mama moden yang cukup mencuit hati,terkenang zaman kanak-kanak dahulu bila mana menunggu saat-saat berbuka bersama keluarga.
 Doa Dibacakan Oleh Ust BabaSebelum Kami Bersantap...
Sedang asyik berbual,tak sedar jam ditangan sudah menunjukkan 7.21ptg menandakan sudah sampai waktu berbuka puasa bagi seluruh negeri pulau pinang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Baba sebagai tanda kesyukuran diatas rezeki yang diberikan pada kami pada petang itu. Sambil menjamah makanan kami juga sempat mengatur bagi program raya untuk sahabat-sahabat lain di komuniti bloggers penang,mudah-mudahan untuk pertemuan aidilfitri nanti akan ada lebih lagi penyertaan dari sahabat-sahabat yang lain..insya'Allah.
Bersama Sahabat-Sahabat Bloggers Penang
Sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur terutama hadi yang sanggup datang dari banting semata-mata untuk bersama dengan kami.. Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya..

Sabtu, 12 September 2009

Antara Sahabat & Air Mata....

Mendung tak semestinya hujan,cerah tak mustahil akan akan berpanjangan..begitulah hakikat yang harus kita ingat dan ketahui tentang bagaimana ia berlaku dan mengapa ia terjadi.

Setiap saat yang berlalu jika dipandang dan diselidiki dengan hati yang terbuka mungkin kita akan dapat menyaksikan sesuatu panorama yang unik serta lebih memaksa untuk kita menggunakan sepenuh anugerah Ilahi untuk berfikir dengan sedalam-dalamnya berkaitan kehidupan yang serta perjalanan dalam mencari arah tujuan walau dalam sekumpulan awan yang penuh kesamaran dan tidak pasti apa yang ada disebaliknya.

Bagaimana kita mengenal seseorang insan yang bergelar sahabat dalam arus kehidupan,suatu keadaan yang kadangkalanya sama dan kadangkalanya amat berbeza mengikut perkembangan serta pembawakkan cara hidup seseorang dalam menangani serta memahami erti sebenar persahabatan.

Mungkin tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan,tidak mustahil juga ia akan berakhir dengan kejayaan..walau apa pun keputusan yang kita harus terima dalam meniti hari-hari ini,kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah tertulis dalam kehidupan kita. Biar perit sekali pun ia,biar seindah mana pun ia,apa yang pasti ia akan berlaku dan terus berlaku untuk kita menempuhinya dan berfikir hikmah yang ada disebalik setiap kejadian.
Mencari Seribu Ketenangan Walau Setinggi Harapan Yang Menggunung Hilang Entah Kemana..

Jika dapat kita undurkan masa,mungkin semua orang mahukan peluang kedua ini untuk kita memperbaiki segala apa yang kita mahukan walau susah sekali pun pasti kita akan tetap berusaha hingga apa yang sepatutnya kita lihat tidak dapat dibayangkan sekiranya kita tidak benar-benar cuba untuk memahaminya..

Sesungguhnya manusia akan melalui berbagai-bagai situasi dan ianya tidak mustahil untuk kita mengalirkan air mata bagi memujuk hati sama ada dalam keadaan gembira atau sebaliknya, bagi yang gembira tangisan umpama mutiara yang tidak ternilai dilahirkan dari hati untuk diluahkan. Tapi bagaimana pula jika kesakitan yang menyebabkan air mata seseorang itu mengalir? Inilah yang dinamakan lumrah kehidupan, keistimewaan yang ada pada setiap manusia normal yang menghuni muka bumi ciptaan Ilahi ini..


"Jika tercipta sebuah persahabatan yang utuh, jagalah ia, belalah ia dan peliharalah ia agar ianya akan kekal bersama kita dan jangan biarkan ianya pergi meninggalkan kita takkala kita amat memerlukan seseorang untuk memahami, menegur dan menasihati kita..."