Rabu, 9 September 2009

Pertemuan Yang Cukup Bermakna...

Syukur alhamdulillah,pada tanggal 6 September 2009 bersamaan dengan 16 Ramadhan 1430 Hijrah,satu lagi detik bersejarah bila mana pertemuan yang sudah lama dirancang tetapi tidak menemui kesudahan akhirnya berjaya juga dengan berkat usaha encik luth yang sentiasa berusaha untuk kami menemui seorang permata Pulau Pinang yang mana telah banyak berjasa bagi mengembang serta memelihara seni warisan negeri Pulau Pinang.


Cukup mengejutkan bila menerima sms dari luth pada jumaat malam menyatakan mamu omara dah ready untuk bertemu kami dan berbuka puasa bersama. Selepas setiap perancangan serta pemilihan tempat dilakukan akhirnya kami berjaya bertemu dengan sebuah kedai makan yang agak menarik dengan sajian utamanya 'Nasi Arab', Alhamdulillah...sekurang-kurangnya tak dapat ke Arab,dapat merasa masakannya pun dah cukup syukur tambahan lagi makan bersama teman-teman bloggers yang cukup baik dan banyak memberikan semangat untuk mempertahankan apa yang hak.
Antara Juadah Kami Pada Petang Tersebut

Walau pun pertemuan kami tidaklah begitu lama,tetapi sekurang-kurangnya kami dapat sama-sama membincangkan dan berkongsikan serba sedikit pengalaman dan hakikat kehidupan serta perjalanan kami dalam meniti hari-hari kehidupan.
Ahir kata,terima kasih mamu omara,terima kasih luth kerana sudi bersama-sama pada hari tersebut... Insya'Allah,setiap kata-kata nasihat dan sokongan kalian akan cuba dipertahankan hingga ke akhir hayat..........

Untuk sahabat-sahabat lain di Komuniti Bloggers Penang,marilah sama-sama kita mengeratkatkan tali silatulrahim dan memperkukuhkan lagi ukhwah diantara kita..

Marilah sama-sama kita memberi sokongan bagi ke arah penyatuan sesama kita...





*Jum ramai-ramai kita serbu lokasi di sekitar jalan baru sabtu ni untuk sama-sama berbuka dengan ahli,sahabat dan saudara-saudara kita di komuniti bloggers penang!

Tarikh: 12 September 2009 (Sabtu)
Masa: 6.30ptg (Berkumpul di kedai makan)
Lokasi: jalan Baru (Berdekatan Roundabout Jalan Baru,Bukit Tengah)
Bayaran: RM15 Setiap Seorang
Rujukkan:

Sabtu, 5 September 2009

Kesamaran Dalam Mencari Jalan Menuju Kebahagiaan...

Sudah dua minggu umat Islam menunaikan Ibadah Puasa yang juga salah satu dari Rukun Islam yang dituntut sebagai perkara wajib dan perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Namun begitu, dalam menempuh hari-hari berlalu masih ada waktu-waktu yang tidak dapat dilupakan sebagai satu daripada sejuta bentuk pengorbanan,impian yang masih menjadi tanda tanya untuk dibuktikan supaya ianya tidak akan diselubungi keinginan dan harapan yang tinggi walau mungkin pada zahirnya telah terbukti akan kesahihan yang bukan mudah untuk diselami hati serta naluri setiap manusia.

Keikhlasan semakin hari semakin tercabar dengan cubaan-cubaan luar walau sudah lumat hati ini dihentam oleh kemusnahan hinggakan berkecai dan sukar untuk dicantum semula. Walau pun ianya tidak pernah difahami,tetapi hati kecil ini sentiasa menyangkal setiap apa yang sudah didengar dan mungkin dilihat dari mata hati yang cukup kuat sebagai perantara diantara aku dan dia..

Kenangan Bersama Seniwati Sarimah

Saban hari semakin jauh akan diri ini umpama sebuah kapal yang hanyut dipukul ombak, hilang kemana arah tuju sebenarnya..hilang segala harapan dan impian diharapkan..hilang dari segala apa yang pernah dimilikinya... Kemana arah tujuan selepas ini? adakah akan kembali kepada keadaan asal, atau tetap begini hingga ke akhir hayat..juga tidak mustahil jika penderitaan ini akan mengulangi sejarahnya...? hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui akan apa yang harus berlaku selepas ini, moga-moga ianya tidak seburuk apa yang telah dilalui.

Tidak kesemua perancangan kita akan diakhiri dengan kesempurnaan, namun begitu andai ingatan ini masih kuat..adakah harus kita meneruskan usaha demi mengharap secebis kekuatan dan harapan untuk dijadikan sebagai semangat serta penawar bagi meneruskan kehidupan ini. Sekiranya dikesempatan serta peluang yang diberikan supaya kita dapat berfikir apa sebenarnya yang menyebabkan sesuatu perkara yang tidak pernah kita fikirkan berlaku dapat kita perbaiki dan seterunya melaksanakan apa yang seharusnya dilaksana bagi melahirkan sejuta kekuatan serta ukhwah yang kukuh bak aur dengan tebing dan setia ombak dengan pantai...
Persahabatan Mengajar Seribu Satu Erti Kesabaran

Seandainya kita masih tercari-cari erti sebenar sebuah harapan dan keihlasan diatas janji yang telah dimeterai selama ini, ambilah sedikit ruang serta masa yang secukupnya untuk sama-sama kita berfikir akan baik buruknya jalan yang akan kita pilih serta cuba memahami hati dan perasaan kita sesama insan. Janganlah kita terlalu mengikutkan naluri serta darah muda yang mengalir tanpa menunjukkan kematangan sebenar diri dan mengetepikan akal fikiran yang cukup istimewa yang dianugerahkan oleh Allah untuk kita guna dengan sebaik-baiknya....

"Jika diri masih mempersoalkan akan pilihan kita pada hari ini, kenapa perlu untuk kita cuba menghancurkan seketul hati yang amat menyayangi kita.. Janganlah kita cuba menanamkan sejuta keyakinan andai kita tidak pasti apa yang cuba kite berikan itu dapat kita meyakinkan apa yang kita harapkan..."


Khamis, 3 September 2009

Semakin Hari Semakin Rindu... Adakah Aku Masih Diperlukan Dalam Hidupnya?

Detik-detik indah kembali di ingatan sebaik saja melabuhkan kepala di atas bantal,setiap saat yang dilalui dikenang hinggakan dalam sedar atau tidak aku terus dibuai mimpi indah yang kadang kalanya aku sendiri tidak sedar bahawa apa yang berlaku pada ketika itu hanyalah sebuah mimpi indah yang mungkin tidak akan berlaku di alam nyata ini..

Walau ia adalah satu igauan manja yang dilalui pada semua orang apabila terlalu berfikirkan dan mengingati sesuatu yang amat pendamkan dalam takungan segumpal darah beku yang bergelar hati.


Sesuatu yang tidak sam sekali disangka dan dapat dilupakan begitu sahaja,setiap perjalanan hari ini tak mustahil esok akan menemui destinasi yang hendak dituju..begitulah apa yang sering kali berlaku diatas pentas dunia yang penuh dengan ranjau serta duri yang amat menguji tahap ketahanan mental dan fizikal setiap insan yang melaluinya.

Dalam Meniti Hari-Hari Ini,Akan Aku Perjuangkan Setiap Apa Yang Aku Ucapkan Sebagai Janji Demi Melaksanakan Tanggungjawab Sebagai Seorang Khalifah Di Muka Bumi Ini..Insya'Allah

Memang sukar dan adakalanya kita sudah pun berputus asa dengan apa yang kita terpaksa lalui,mendaki setiap tebing-tebing kota demi mencari sedikit cahaya untuk dijadikan sumber kekuatan dan penawar bagi mengubati setiap hiris-hirisan kelukaan yang semakin hari semakin dalam.

Adakah ini bermakna kita akan mencapai apa yang kita hajat-hajatkan? Walau seribu usaha telah dilakukan,walau sejuta luahan telah dicerita bagi menerangkan situasi serta keadaan yang sangat genting..
Setiap Manusia Memiliki Kenangan Pahit-Manisnya Yang Tersendiri

Satu keadaan yang boleh membuatkan kita kehilangannya untuk selama-lamanya. Kenapa tiada secebis ruang atau masa yang diberikan bagi memperbetulkan andai ada kesilapan yang tak disengajakan yang sememangnya dipendam demi menjaga sebuah hati yang kadang kala ianya belum pasti untuk siapa dan pada siapa sepatutnya diberikan bagi menyaksikan satu fenomena ajaib berlaku untuk dikenang dan diingati hingga akhir hayat dalam sebuah kehidupan...
"Jika benar apa yang diucapkan pada hari ini,mengapa perlu menyayangi dan mengasihi seseorang jika hati dan perasaan itu masih dicurah serta diharapkan pada orang lain. Jangan pula mengusik hati seseorang itu hanya semata-mata bagi menutup serta mengubati luka lama dan terus meninggalkannya selepas memberikan seribu harapan yang tak pasti.."