Semenjak dua menjak nie bermacam-macam yang berlaku yang mana sedikit sebanyak mengingatkan kembali detik-detik bersejarah,pahit manis dan kenangan abadi yang hampir serupa dengan perjalanan yang pernah dilalui.
Adakah ini akan menandakan satu detik atau ulangan yang akan aku lalui berdasarkan pengalaman yang telah lama aku lalui,sesuatu yang tak pernah aku fikirkan akan berlaku lagi tetapi ianya berulang.
Benar kata salah seorang Cikgu yang pernah mengajar aku dahulu,sejarah mungkin akan berulang..cuma masa,hari,keadaan serta orang yang berlainan...
Ianya benar-benar terjadi sekarang dan mudah-mudahan akau dapat melaluinya berdasarkan pengalaman yang telah aku lalui. 
Sesuatu yang mungkin akan lebih mengajar kita erti sebenar kehidupan,mungkin sesetengah orang tidak akan dapat berfikir yang benda nie boleh terjadi tetapi hakikatnya saya telah laluinya.
Walau apa-apa pun,yang penting kita selalu beringat dan berdoa agar kesemua ujian ini dapat kita tempuhi dengan hati yang tenang.
Ahad, 19 Julai 2009
Liku-Liku Perjalanan Dalam Kehidupan Yang Tak Pasti?
Labels: Kenangan Terindah, Pengalamanku..., Perjalanan Hidupku
Posted by Adi Putra at 01:48 0 comments
Ahad, 12 Julai 2009
Bila Cahaya Kian Menjelma..
Ermmmmmmmm.....
tanggal 12 Julai 2009,dalam aku meniti perjalanan hidupku didalam arus gegelapan..mencari dan terus mencari arah tuju yang akan aku lalui untuk aku mencari jalan keluar dari kesengsaraan hidup yang kadang kala membuatkan aku menjdai tidak tentu arah akhirnya aku menemui satu cahaya yang dikirimkan untuk aku mencari arah tujuanku yang sebenar-benarnya.
Syukur,setelah sekian lama aku didalam kegelapan kini muncul seseorang didalam hati menjadi penyelamat..penyelamat yang bukan shaja mengembalikan aku daripada terus berkhayal tetapi untuk terus melangkah dan berusaha mencapai matlamat ke destinasi yang aku impi-impikan selama ini.
Mudah-mudahan Allah akan membantu memberikan aku petunjuk untuk aku terus meniti perjalanan ini..mudah-mudahan satu hari nanti aku akan terus dan terus menuju ke jalan serta menemui destinasi harapanku.
Labels: Detik Bersejarah, Kenangan Terindah, Lembaran Hidup
Posted by Adi Putra at 17:45 2 comments
Isnin, 6 Julai 2009
Lelaki Sejati..
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya..

Labels: hakikat kehidupan, Perjalanan Hidupku
Posted by Adi Putra at 21:05 0 comments





