Rabu, 9 September 2009

Pertemuan Yang Cukup Bermakna...

Syukur alhamdulillah,pada tanggal 6 September 2009 bersamaan dengan 16 Ramadhan 1430 Hijrah,satu lagi detik bersejarah bila mana pertemuan yang sudah lama dirancang tetapi tidak menemui kesudahan akhirnya berjaya juga dengan berkat usaha encik luth yang sentiasa berusaha untuk kami menemui seorang permata Pulau Pinang yang mana telah banyak berjasa bagi mengembang serta memelihara seni warisan negeri Pulau Pinang.


Cukup mengejutkan bila menerima sms dari luth pada jumaat malam menyatakan mamu omara dah ready untuk bertemu kami dan berbuka puasa bersama. Selepas setiap perancangan serta pemilihan tempat dilakukan akhirnya kami berjaya bertemu dengan sebuah kedai makan yang agak menarik dengan sajian utamanya 'Nasi Arab', Alhamdulillah...sekurang-kurangnya tak dapat ke Arab,dapat merasa masakannya pun dah cukup syukur tambahan lagi makan bersama teman-teman bloggers yang cukup baik dan banyak memberikan semangat untuk mempertahankan apa yang hak.
Antara Juadah Kami Pada Petang Tersebut

Walau pun pertemuan kami tidaklah begitu lama,tetapi sekurang-kurangnya kami dapat sama-sama membincangkan dan berkongsikan serba sedikit pengalaman dan hakikat kehidupan serta perjalanan kami dalam meniti hari-hari kehidupan.
Ahir kata,terima kasih mamu omara,terima kasih luth kerana sudi bersama-sama pada hari tersebut... Insya'Allah,setiap kata-kata nasihat dan sokongan kalian akan cuba dipertahankan hingga ke akhir hayat..........

Untuk sahabat-sahabat lain di Komuniti Bloggers Penang,marilah sama-sama kita mengeratkatkan tali silatulrahim dan memperkukuhkan lagi ukhwah diantara kita..

Marilah sama-sama kita memberi sokongan bagi ke arah penyatuan sesama kita...





*Jum ramai-ramai kita serbu lokasi di sekitar jalan baru sabtu ni untuk sama-sama berbuka dengan ahli,sahabat dan saudara-saudara kita di komuniti bloggers penang!

Tarikh: 12 September 2009 (Sabtu)
Masa: 6.30ptg (Berkumpul di kedai makan)
Lokasi: jalan Baru (Berdekatan Roundabout Jalan Baru,Bukit Tengah)
Bayaran: RM15 Setiap Seorang
Rujukkan:

11 comments:

Maiyah berkata...

salam adik.. meriah nyer

Adi Putra berkata...

yer kak...
dapat jumpa org lama..
ermmmm...
kalau akak senang jum la joint gathering nak mai neh..

@xiM berkata...

insya Allah kalau takder aral aku join wiken nih..

nurain rodze berkata...

wah,
best nya.
tapi xdpt pergi kowt.
sebab kt sekolah ain ade xtvt.
sorii..
xdapat turut serta.

*sedih.

ARZAMAN SULAIMAN berkata...

mamu omar nampak muda 10 tahun dengan gaya digambar itu.

Adi Putra berkata...

jum...pada sapa2 yg free tue,meh kta sambut ama2 iktan kita...walau pun mulanya hanya kenal di alam maya,eloklah jika sekarang kita bawa ke alam nyata untuk lebih mengenali antara satu dengan yang lain....

IxoR@ berkata...

Salam....
Meriahnya blogger Penang....

p/s: rajin org yg organize majlis ni....

Adi Putra berkata...

ixora taknak mai joint skali ke???..
tkkan meriah je kott...jum la joitn skali..

h3r0 berkata...

aiseymen.. xleh join.. jelesnya.. memnjang aku terlepas...

nnti try buat kat tanah besar plak.. he he he

Adi Putra berkata...

to h3ro: ermmm...sabaq laaa,pasnie kalau da lagi joint la yerkk..
nak waat cmna,kalau kta nak cmna pn tp kalau da bla tba ari tu Tuhan kata kta tkleh sampai,tk sampai gak gann...

hentian berkata...

Muga meriah program tu nanti. maaf kerana tak boleh nak bersama.