Sabtu, 12 September 2009

Antara Sahabat & Air Mata....

Mendung tak semestinya hujan,cerah tak mustahil akan akan berpanjangan..begitulah hakikat yang harus kita ingat dan ketahui tentang bagaimana ia berlaku dan mengapa ia terjadi.

Setiap saat yang berlalu jika dipandang dan diselidiki dengan hati yang terbuka mungkin kita akan dapat menyaksikan sesuatu panorama yang unik serta lebih memaksa untuk kita menggunakan sepenuh anugerah Ilahi untuk berfikir dengan sedalam-dalamnya berkaitan kehidupan yang serta perjalanan dalam mencari arah tujuan walau dalam sekumpulan awan yang penuh kesamaran dan tidak pasti apa yang ada disebaliknya.

Bagaimana kita mengenal seseorang insan yang bergelar sahabat dalam arus kehidupan,suatu keadaan yang kadangkalanya sama dan kadangkalanya amat berbeza mengikut perkembangan serta pembawakkan cara hidup seseorang dalam menangani serta memahami erti sebenar persahabatan.

Mungkin tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan,tidak mustahil juga ia akan berakhir dengan kejayaan..walau apa pun keputusan yang kita harus terima dalam meniti hari-hari ini,kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah tertulis dalam kehidupan kita. Biar perit sekali pun ia,biar seindah mana pun ia,apa yang pasti ia akan berlaku dan terus berlaku untuk kita menempuhinya dan berfikir hikmah yang ada disebalik setiap kejadian.
Mencari Seribu Ketenangan Walau Setinggi Harapan Yang Menggunung Hilang Entah Kemana..

Jika dapat kita undurkan masa,mungkin semua orang mahukan peluang kedua ini untuk kita memperbaiki segala apa yang kita mahukan walau susah sekali pun pasti kita akan tetap berusaha hingga apa yang sepatutnya kita lihat tidak dapat dibayangkan sekiranya kita tidak benar-benar cuba untuk memahaminya..

Sesungguhnya manusia akan melalui berbagai-bagai situasi dan ianya tidak mustahil untuk kita mengalirkan air mata bagi memujuk hati sama ada dalam keadaan gembira atau sebaliknya, bagi yang gembira tangisan umpama mutiara yang tidak ternilai dilahirkan dari hati untuk diluahkan. Tapi bagaimana pula jika kesakitan yang menyebabkan air mata seseorang itu mengalir? Inilah yang dinamakan lumrah kehidupan, keistimewaan yang ada pada setiap manusia normal yang menghuni muka bumi ciptaan Ilahi ini..


"Jika tercipta sebuah persahabatan yang utuh, jagalah ia, belalah ia dan peliharalah ia agar ianya akan kekal bersama kita dan jangan biarkan ianya pergi meninggalkan kita takkala kita amat memerlukan seseorang untuk memahami, menegur dan menasihati kita..."

6 comments:

ain berkata...

tapi ramai yg tidakk tahu harga sebuah persahabatan .

Adi Putra berkata...

ermmm....sememangnya saya setuju ngan ain, tapi mcm mana pun kta trpaksa meneruskan perjalanan ini kann..
walau pun sebenarnya manusia ni boleh berfikir dengan baik,tp malangnya mereka malas untuk berbuat demikian..sebab tu lahir manusia yang tidak tahu menghargai apa yang dimaksudkan dengan sebuah persahabatan.....

sekadar pandangan..

♥ shiMawar ♥ berkata...

byk bnda yg brhrga dlm dunia ni..tp xdpt gnti dgn sbuah prsahabatan..
prsahabatan sejati, insyaALLAH smpi ke akhir hayat..kdg2 kite xsedar yg kite memiliki sesuatu yg amt brhrga..sbb xsume org ade pluang utk pnya kwn yg sejati..
tp sesetengah org plak xreti nk hrgai kwn sejati tu..
mnsia kn mcm2 perangai..so, kite doa byk2 spya kite xjd slh seorg yg alpa n xhrgai kwn..insyaALLAH..

maiyah berkata...

kita mmg memerlukan sahabat, yg baik adalah bersama kita bila kita dalam masalah

IxoR@ berkata...

sahabat...boleh jadi pembakar semangat...boleh jadi lawan...

nilailah erti persahabatan sebaiknya...

Adi Putra berkata...

semoga keberkatan sentiasa bersama kita,kadang-kala seseorang itu hanya datang dan dipinjamkan utk kita buat seketika..
sahabat yang dapat menangis bersama memang sangat sukar untuk dicari dan apabila sudah bertemu dengannya..jagalah dia,sayangilah dia seperti mana anda menjaga dan menyayangi diri sendiri...