Seumpama permainan hidup yang tidak pernah putus walau beberapa kali cuba untuk dipotong dengan pisau matlamat, namun ianya akan tetap meninggalkan kesan sebagai tanda untuk dikenang dan dijadikan pengajaran serta petunjuk arah bagi melalui setiap penjuru dan ceruk rantau di setiap perjalanan. Satu-satunya yang akan sentiasa mekar di ingatan walau ianya telah pergi jauh meninggalkan kita, sejauh mana ia pergi sejauh itu jugalah ingatan yang sentiasa akan terpahat di setiap sudut sanubari setiap manusia.
Keikhlasan & Ketulusan Hati Dapat Melahirkan Keyakinan Pada Diri Sendiri
Alangkah indahnya jika apa yang kita tanamkan mengeluarkan hasil yang amat kita nanti-nantikan, namun tidak mustahil setiap benih yang kita semai itu akan hidup dan mengeluarkan sesuatu bagi menandakan kita akan berjaya. Jika sepohon pokok itu kita semai dan jaga dengan sepenuh keikhlasan insya'Allah ianya akan mendatangkan pulangan yang setimpal dengan titik peluh yang kita curahkan. Tapi jika sudah menjadai ketentuan Ilahi, seharusnya kita sebagai hamba-Nya harus terus yakin bahawa setiap yang berlaku adalah ujian..ujian yang ingin melihat setinggi mana ketulusan serta kesabaran yang kita mampu lakukan demi melaksanakan segala apa yang telah ditulis untuk kita lalui dalam kehidupan harian ini..
Setiap Persahabatan Adalah Amanah Yang Dikurniakan Untuk Kita Jaga Dan Pelihara Sebaik Mungkin..
Mungkin bagi setiap individu yang tidak terlampau fikirkan akan apa yang sering berlaku oleh kerana dia selalu mendapat apa yang dia inginkan dalam kehidupan namun sesekali cuba lah fikirkan untuk keinginan orang lain juga. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan datang kepada kita dan dari itu jika sudah memiliki semangat yang jitu serta keyakinan diri yang tinggi dan ditambah pula dengan keikhlasan serta ketulusan hati yang kuat cukup untuk membantu bagi kita untuk cuba mengelak dari ianya terus berlaku kepada kita.
Kenangan-Kenangan Akan Sentiasa Mekar Walau Hakikat Ianya Telah Lama Berlalu....
Andai ia adalah satu pengajaran, jadikan ia sebagai semangat..tapi jika ia adalah kebahagiaan pula jangan lupa untuk kita bersyukur kepada yang maha Esa kerana tanpa restu dari-Nya ianya amat mustahil akan terjadi. Setiap manusia punyai sesuatu yang amat berbeza, berbeza dari setiap individu iaitu cara dan apa yang difikirkan pada satu-satu saat itu. Inilah antara keistimewaan kita yang kadang kala kita lupa dan terus melupakannya hingga satu masa kita akan cuba sedaya upaya menyalahkan orang lain hinggakan boleh membawa kepada salah faham serta perkara-perkara yang amat kita benci.
Adakalanya Kita Perlukan Ruang Untuk Menyendiri Bagi Berfikir..
Bagi setiap kata-kata yang kita ungkapkan, cukup untuk membuktikan sama ada kita cukup percaya dan yakin akan diri kita bak lembu yang tiada tali yang digunakan untuk mengikat supaya ianya tidak terus berjalan tanpa arah dan pergi ke mana yang dia inginkan. Bayangkanlah jika kita tiada keyakinan diri, keikhlasan serta ketulusan hati yang tinggi kita mungkin akan mengikut jejak seekor lembu yang sememangnya tiada akal juga fikiran tapi tak bermakna kita akan menjadi seekor lembu..
Menjadi Pendengar Yang Baik Serta Cuba Untuk Memahami Apa Yang Cuba Disampaikan Adalah Penting Dalam Membantu Meningkatkan Kesedaran Serta kefahaman Dalam Kehidupan..
Setiap manusia punyai pandangan dan ini adalah salah satu dari pandangan saya melalui perjalanan hidup saya, jadi diharapkan agar tiada salah faham akan tulisan saya ini. Tiada maksud untuk menggaitkan mana-mana individu, hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang ada. Jika ada sebarang komen yang dapat membina bagi perkongsian bersama amatlah saya alu-alukan dengan hati yang terbuka. Semoga ianya dapat kita jadikan sebagai rujukkan serta sumber pengajaran dan pengalaman dalam menempuh liku-liku kehidupan harian kita..
" Masa Depan Yang Cerah Selalu Tergantung pada Masa Lalu Yang dilupakan. Kita Tidak Dapat Meneruskan Hidup Dengan Baik Jika Tidak Dapat Melupakan Kegagalan Dan Sakit Hati Di Masa Lampau.."
0 comments:
Catat Ulasan