Subhanallah! Masha'Allah!!! Inilah dia tanda kebesaran Tuhan yang Maha Esa lagi Berkuasa.. Apakakan daya, jika ini kehendak dan kemahuan-Nya, satu fenomena yang jarang-jarang berlaku dan ingin saya kongsikan untuk pengunjung dan sahabat-sahabat Laman Nurani.
PERMATANG PAUH: Sepasang suami isteri gempar apabila sejadah hantaran perkahwinan yang digunakan sejak tiga tahun lalu berdiri secara sendiri di bilik rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin disini,semalam.
Satu tanda kekuasaan Allah yang jarang kita temui dan dapat lihat dengan mata kepala kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui akan keajaiban serta keanehan yang ditunjukkan untuk kita semua.
Mohamad Shuhaimi Md Ilias,26 berkata kejadian aneh itu disedari isterinya yang masuk ke bilik itu untuk mengambil kain baju kira-kira jam 9.30 malam.
Beliau berkata, sebelum kejadian itu berlaku dia bersama isterinya berselisih pendapat mengenai arah kiblat di rumah sewa yang didiami sejak ogos tahun lalu.
Sehingga ke hari ini berpusu-pusu orang yang hadir bagi melihat secara lansung dari mata mereka akan kebenaran serta menjawab tanda tanya dari apa yang didengar dari rakan-rakan.
Semoga ianya mendapat petunjuk serta pengajaran tentang kekuasaan Allah s.w.t. kepada kita manusia di dunia akan tanda kebesaran dan kekuasaan-Nya. Oleh yang demikian, sentiasalah kita beringat dan berfikir apa yang ditunjukkan adalah kehendak-Nya. Apa yang pasti ini adalah kejadian atau fenomena yang jarang berlaku dan dapat kita ambil sebagai iktibar bersama.
Untuk pengetahuan, kesemua gambar-gambar diatas dirakamkan oleh seorang hamba Allah pada 02 Oktober 2009 untuk kongsian serta tatapan kita bersama. Terima kasihyang tidak terhingga,semoga ia dapat mendatangkan manfaat serta pengajaran untuk kita semua. Ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia inginkan dan kita sebagai khalifah di muka bumi ini yang dikurniakan akal dan fikiran dapat menggunakannya sebaik mungkin agar ianya tidak disalah ertikan dan membawa kepada kesesatan...
Hanya Allah yang lebih mengetahui..
wassalam....
6 comments:
Harap-harap tu mcm tu laa..jgn ada yg buat anggapan yg salah...
tue laa.....
takut gak mula2 nak posting,bukan paa... takut disalah erti, tp niat cuma ingin kongsikan apa yg dilihat & didengar....
sekadar renungan bersama,
wassalam..
Adi Putra, masa keluar dlm facebook kelmarin, saya pun komen "betul atau tidak kita serah kepada Allah." "semua ini kuasa Allah" sama seperti yang Adi Putra tulis.
Tapi sedihnya, ada beberapa orang yang mempermain-mainkan. Ada yg mengatakan jin, ada yg kata salah dan ada yg menidakkan kuasa Allah (kononnya perkara besar di langit itu kuasa Allah dan yg di dlm rumah itu Jin atau syaitan).
Sebenarnya Adi Putra, kuasa Allah itu maha besar dan amat luas, tidak terbatas di langit atau di bumi. Allah boleh lakukan apa sahaja demi utk kebaikkan dan pengajaran kepada kita. Sangkalah yg baik. Tidak ada salahnya jika kita akui kebesaran Allah! Jika sejadah, kita fikirkanlah sembahyang, sekurang-kuranya dapat kita tumpukan lebih kepada menyembah Allah.
Sesuatu yang berlaku tu atas kehendak yang berkuasa... sebagai hamba yang lemah.... sepatutnya kita mengambil pengajaran...
Sekarang nie banyak perkara2 yg pelik dan ganjil tuhan nak tunjuk kepada hambanya...
Itu merupaka peringatan kpd kita semua...
wahh.. aku baru je tengok gambaq dia.. b4 diz dengaq cita ja..
p/s : bila mau kuaq bang? aku rindu sama kamu.. hohohoho
wei luth! hang gay kaa....
apa rindu2 kat aku nehh..
malu aaahhhh...hehe,pa cer bro?
lu bz sangattt....asyik beraya je kannn..mane de mase ngan aku..
hahahaha... (",)
Catat Ulasan