Sabtu, 17 Oktober 2009

Kursus Rangsangan Adobe Photoshop-JMTi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Dah lama rasanya tak meng-update blog neh, disebabkan masalah kesibukkan kerja dan tak kurang juga dengan kepadatan jadual silat. Namun begitu dikesempatan cuti deepavali ini dapat juga lah untuk aku memberikan masa untuk aku mengadap laptop kesayangan ini bagi menulis serba sedikit tentang perjalanan sepanjang hidupku buat kongsian dan manfaat sahabat-sahabat semua insya'Allah...

Pada 3-4 dan 10-11 Oktober bersama-sama kawan-kawan dari Continental Automotive untuk sama-sama menimba sedikit sebanyak ilmu bagaimana menghasilkan atau meng-edit sesuatu gambar tulisan dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshope. Walau ianya hanya diperingkat asas, tetapi agak sukar memandangkan mejoriti dari kami tidak memiliki pengalaman bagi menggunakan aplikasi ini. Memang sudah lama mengidam-idamkan untuk belajar menggunakan aplikasi ini an akhirnya segala impian dan cita-cita ini tercapai jua apabila kami diberi peluang untuk mengenal seterusnya belajar.


 Antara Aktiviti Dalam Kelas Yang Sempat Dirakamkan..

Kelas bermula dari seawal 8 pagi hingga 5 petang setiap sabtu dan ahad kami diberi penekatan, tunjuk ajar serta tip-tip dari tenaga pengajar JMTi yang sememangnya berpengalaman dalam perisian ini.Walau agak mengantuk semasa didalam kelas kami gagahi juga berbekalkan semangat serta keinginan yang tinggi untuk menimba ilmu. Sekarang baru kami tahu bagaimana sesuatu gambar itu di olah bagi menambah keceriaan serta kecantikkan yang selama ini hanya dapat dilihat dan sekarang kami mampu untuk lakukannya sendiri namun apa yang pasti kami masih perlu belajar bagi menambah pengetahuan dan kecekapan untuk menggunakan perisian yang agak canggih ini.

Pada 3-4 Oktober kami diterangkan dengan pengenalan serta kegunaan tool-tool yang terdapat didalam aplikasi ini, mengenal konsep asas perisian serta pemprosesan dokumen. Agak pening pada mulanya, maklum la tak pernah belajar..nama jer ada perisian ni, tapi taktau apa dan bagaimana hendak menggunakannya. Selain daripada itu, kami juga diajar bagaimana mengubahsuai saiz kanvas serta imej, konsep dan asas penggunaan layer dan bagaimana membina kawasan pilihan. Mula-mula buat macam nak tak nak ja dia nak jadi, tapi selepas ditunjukkan dan diberi peluang beberapa kali akhirnya jadi juga walau tak secantik mana tapi dengan hasil tangan sendiri kami puas dan gembira dengan apa yang dapat kami hasilkan pada kedua-dua hari tersebut.

Gelagat Kawan-Kawan Seangkatan Semasa Masa Rehat
 

Pada 10-11 Oktober kami diajar bagaimana mengubahsuai imej dengan menggunakan kaedah transformasi, konsep asas penghasilan teks (Typografi), penggunaan efeks layer, mengenali path dan arahan pen, bagaimana menggunakan mask, mengubahsuai warna dan pengcahayaan imej (Tona Imej), mengubahsuai warna dan pengcahayaan imej (Warna Imej) dan akhir sekali bagaimana cara untuk menggunakan filter. Sememangnya banyak benda yang kami lansung tak faham dan ketahui dapat dipelajari, lama kelamaan bila kerap kali menggunakan aplikasi ini semakin hari semakin seronok la pulak...hehehe.. Tapi bagi peserta-peserta lain mungkin mereka lebih cekap menggunakan setiap aplikasi ini berbanding dengan aku yang masa 10.10(sabtu) terpaksa meninggalkan kelas seketika atas sebab tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai Jurulatih Silat disebabkan atas jemputan bagi persembahan seni silat di Tanah Liat pada petang itu.

Bergambar Kenang-Kenangan Bersama Kawan-Kawan Dan Tenaga Pengajar


Selepas selesai persembahan silat, aku terus meninggalkan gelanggang menuju ke JMTi semula bagi meneruskan pembelajaran berkaitan Adobe Photoshope ini. Syukur aku mendapat kedua-dua tenaga pengajar yang cukup memahami dan memberi pelepasan untuk aku membuat persembahan silat, terima kasih Puan Azlina & Puan Roszaidah yang mana tak jemu-jemu mengajar dan melayan karenah kami sepanjang kursus ini. Jasa kalian berdua akan kami kenang sampai bila-bila....terima kasih.. (",)



7 comments:

Nuyu Yusof berkata...

teringat zaman mtrix dulu belajar adobe photoshop..
tp ms tu buat sambil lewa je belajar. skng baru tau yg bnd ni beshh..huhu

----> hepy deepavali :)

Omar M. Hashim (Omara) berkata...

Bagus... Lepas ni LAMAN NURANI lagi akan tambah berseri dengan foto-foto dan grafiknya...

Adi Putra berkata...

Errrmmmm..... tul tu cik nuyu,benda nie memang best tp cam susah gak nak masuk kalau tk tumpu tul2..
aduiii..

Mamu omara,insya'Allah.. tp kena belajaq lagi laaaa,duk penin gak..hehe,nanti kita belajar sama2 la ngan luth..dia kan pandai.

myfr3ak berkata...

bila hang nak ajaq aku bro? nak gak dapat sijil camtu

eeeda berkata...

Mengedit gambar memerlukan ketekunan dan kesabaran...
Tak boleh buat sebarangan....

ain fathihah fhm berkata...

boleh la menuntut photoshop plak dr blogger ni

Adi Putra berkata...

Apa la hang nie hadi,hang dah cukup tyerror pe nak belajaq lagi.. aku nie tkpelaaaa,duk merangkak pn tk berapa nak lepas lg..

Tul tu cik eeeda,memang kesabaran & ketekunan penting untuk mengedit sesuatu gambar agar apa yang kita hasilkan itu berkualiti..

Ain Fathihah,nak ke belajar ngan saya..? tp cam salah orang lak,saya ni kan pandai pun...lagi baik kalau cari orang yang lebih berpengalaman serta kreatif..