Sabtu, 5 September 2009

Kesamaran Dalam Mencari Jalan Menuju Kebahagiaan...

Sudah dua minggu umat Islam menunaikan Ibadah Puasa yang juga salah satu dari Rukun Islam yang dituntut sebagai perkara wajib dan perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Namun begitu, dalam menempuh hari-hari berlalu masih ada waktu-waktu yang tidak dapat dilupakan sebagai satu daripada sejuta bentuk pengorbanan,impian yang masih menjadi tanda tanya untuk dibuktikan supaya ianya tidak akan diselubungi keinginan dan harapan yang tinggi walau mungkin pada zahirnya telah terbukti akan kesahihan yang bukan mudah untuk diselami hati serta naluri setiap manusia.

Keikhlasan semakin hari semakin tercabar dengan cubaan-cubaan luar walau sudah lumat hati ini dihentam oleh kemusnahan hinggakan berkecai dan sukar untuk dicantum semula. Walau pun ianya tidak pernah difahami,tetapi hati kecil ini sentiasa menyangkal setiap apa yang sudah didengar dan mungkin dilihat dari mata hati yang cukup kuat sebagai perantara diantara aku dan dia..

Kenangan Bersama Seniwati Sarimah

Saban hari semakin jauh akan diri ini umpama sebuah kapal yang hanyut dipukul ombak, hilang kemana arah tuju sebenarnya..hilang segala harapan dan impian diharapkan..hilang dari segala apa yang pernah dimilikinya... Kemana arah tujuan selepas ini? adakah akan kembali kepada keadaan asal, atau tetap begini hingga ke akhir hayat..juga tidak mustahil jika penderitaan ini akan mengulangi sejarahnya...? hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui akan apa yang harus berlaku selepas ini, moga-moga ianya tidak seburuk apa yang telah dilalui.

Tidak kesemua perancangan kita akan diakhiri dengan kesempurnaan, namun begitu andai ingatan ini masih kuat..adakah harus kita meneruskan usaha demi mengharap secebis kekuatan dan harapan untuk dijadikan sebagai semangat serta penawar bagi meneruskan kehidupan ini. Sekiranya dikesempatan serta peluang yang diberikan supaya kita dapat berfikir apa sebenarnya yang menyebabkan sesuatu perkara yang tidak pernah kita fikirkan berlaku dapat kita perbaiki dan seterunya melaksanakan apa yang seharusnya dilaksana bagi melahirkan sejuta kekuatan serta ukhwah yang kukuh bak aur dengan tebing dan setia ombak dengan pantai...
Persahabatan Mengajar Seribu Satu Erti Kesabaran

Seandainya kita masih tercari-cari erti sebenar sebuah harapan dan keihlasan diatas janji yang telah dimeterai selama ini, ambilah sedikit ruang serta masa yang secukupnya untuk sama-sama kita berfikir akan baik buruknya jalan yang akan kita pilih serta cuba memahami hati dan perasaan kita sesama insan. Janganlah kita terlalu mengikutkan naluri serta darah muda yang mengalir tanpa menunjukkan kematangan sebenar diri dan mengetepikan akal fikiran yang cukup istimewa yang dianugerahkan oleh Allah untuk kita guna dengan sebaik-baiknya....

"Jika diri masih mempersoalkan akan pilihan kita pada hari ini, kenapa perlu untuk kita cuba menghancurkan seketul hati yang amat menyayangi kita.. Janganlah kita cuba menanamkan sejuta keyakinan andai kita tidak pasti apa yang cuba kite berikan itu dapat kita meyakinkan apa yang kita harapkan..."


6 comments:

Maiyah berkata...

sokong.. sokong, akak sokong tuh bagi pihak adik n buah hati adik tu ler hehe.. suke tgk kemesraan sahabat nih:D erk!!.. lari tajuk ker :$

Adi Putra berkata...

ermmm......
mudah0mudahan akak..ape2 pn time kaseh,walau keadaan sebenar amat sukar digambarkan..tetapi sebagai insan,kita harus meneruskan kehidupan biar ianya amat perit untuk digalas oleh bahu ini....

lizz berkata...

wah!! amik pic ngn sarimah tuh.hehehe.

Adi Putra berkata...

Buat kenang-kenangan,gambar lama tuh...2tahun sudah...kebetulan dier ada,lagi pn..mmg minat ngan dier,ngan lakonan dier..hehe.
cumilkan dier?walau pn dh berusia,tp ttp mantain jer...

aaapit berkata...

Keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan bukan sekadar ucapan dari bibir,bukan sahaja dari perilaku dalam seharian bahkan disulam dari hati yang bersih..semoga keikhlasan,kejujuran utk semua hamba allah di muka bumi ini...

Adi Putra berkata...

Insya'Allah...
sama2lah kita berdoa agar apa yang kita impikan dan citakan akan terlaksana tanpa perlu mengharungi saat ujian yang getir..
semoga sentiasa diberikan petunjuk...