Terdengar sayup azan subuh berkumandang,takkala orang sibuk bersiap sedia bagi menunaikan salah satu rukun islam bagi mendirikan solat subuh aku masih terkiyal-kiyal dengan fikiran aku yang semakin hari semakin serabut..serabut memikirkan arah tentu,arah tuju aku yang kadang-kala terang hinggakan aku sendiri lalai dan tak kadang-kala juga ia samar serta terlalu sukar untuk aku melihat apa yang ada didepanku dan apa yang patut aku lakukan sehinggakan hati ini menagis tak henti-henti mengenangkan peristiwa yang berlaku dalam perjalanan hidupku melalui liku-liku kehidupan dan ujian tambahan dalam bulan ramadhan pada ketika ini.
Satu ujian yang sememangnya sukar untuk aku tempuhi dan lalui namun ku gagahi juga untuk menenangkan diri ini walau hakikatnya aku tak cukup kuat dan mampu untuk aku menghadapi dan menerima segala kenyataan yang telah terungkap dalam keadaan mengejut yang mana ia mengubah segala tahap ketahanan yang aku miliki,yang selalu aku banggakan selama ini. Sesungguhnya aku manusia biasa,seorang insan yang masih kurang mengenal erti kebahagian yang kekal,kebahagian yang dapat membuatkan hati ini tersenyum..
Sampai disini aku masih terfikirkan,kesalahan apa yang telah aku lakukan sehingga dikau sanggup mengeluarkan satu kenyataan yang sememangnya aku tidak dapat menerimanya..sungguh tidak dapat menerimanya sama sekali biar aku di pukul sehingga lumpuh sekali pun,aku tetap dengan jawapan yang sama iaitu aku tidak dapat menerima apa yang telah engkau ucapkan..semoga Allah akan membantu aku untuk terus bersabar dan dibukakan pintu hatinya untuk kembali dan berubah serta kembali seperti dahulu...
2 comments:
kanapa n???
macam putus cinta ja ayat...
bersabar la.. mungkin apa yg terjadi ada hikmah.. mulakan hidup baru dengan azam baru.. semua orang ada cerita sdih yg tersendiri... so, atas nasihat sy.. luah kan apa yg terbuku dihati k... banyakkan solat.. sabar tau...
yer laa...memang masih mencari teman untuk diluahkan,tapi lebih baik sedikit demi sedikit...mudah2an Allah membantu.. nak fikir banyak2 pun kadang ia hanya sementara,tapi jika tak difikirkan pun leh wat jadi gila..terima kasih yaaa sudi bg nasihat,insya'Allah... sy akan cuba wt yg terbaek..
Catat Ulasan