Sesuatu yang tidak dapat kita duga juga kita menjagai akan kehdairannya yang sememangnya kita tidak mahhu ia berlaku dan terjadi tetapi apakan daya jika itu kehendak yang Maha Esa,mugkin apa yang dihantarkan-Nya untuk kita yang bergelar hamba adalah satu petanda tentang kealpaan kita terhadap-Nya selama ini.
Sesuatu yang cukup memedihkan,lebih sakit dari ditusuk benda tajam dan apa yang dapat kita lakukan hanyalah berfikir akan apa yang telah kita lakukan dalam perjalanan kehidupan kita yang lepas,mungkin dari itu segala persoalan yang kita inginkan akan terjawab serta segala kesakitan yang kita tanggung akan segera kita rawat dengan penawar yang sudah ada didepan mata walau sukar untuk mendapatkannya,walau perit untuk ditelan tetapi sedarkah kita dengan apa yang dikatakan ujian.
Ujian,satu perkataan yang cukup untuk memberikan impak yang besar kepada yang diuji.. Aloagkah baiknya jika kita dapat menangkis serta melalui segala ujian dengan hati serta pemikiran yang tenang lagi damai. Tapi,jika kesemuanya senang tiada makna segala ujian itu..tapi jika susah pula,mengapa kita kadang-kala rebah sebelum melawan segala penderitaan yang bakal kita hadapi jika kita tidak berdepan dan mencari penyelesaian dengan kadar segera.
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui,segala tindak tanduk yang kita lakukan sentias diperhatikan walau dalam apa jua keadaan tetapi mengapa kadang kala kita terlalu lemah,kenapa apa yang kita kehendaki dan perlukan akan ada saja yang cuba untuk merampasnya..
Dimanakah perginya seribu kata-kata,amanah dan impian yang telah kita lahirkan untuk kita kejar dan dan memegang sekuat-kuatnya,sanggup mengalirkan air mata,darah sekali pun tidak akan dilepas selagi nyawa tergandung badan. Inilah manusia,manusia yang diciptakan sebaik-baik kejadian yang kita ketahui tetapi tidak kita fahami.
Kita sering kali menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan untuk kita jaga serta menggunakannya sebaik-baik tetapi kenapa kita tidak dapat bersabar,menahan segala godaan, menjaga apa yang diamanahkan kepada kita seterusnya menunaikan janji-janji kita? Di mana silapnya? adakah kita terlalu memikirkan diri kita tanpa memikirkan orang lain? Adakah kita cuba untuk tidak dapat menerima sesuatu yang telah kita terima? Atau adakah kita memiliki dua matlamat yang ingin kita kecapi dalam masa yang sama...
Foto-foto dari George Town World Heritage Incorporated
-
Terima kasih George Town World Heritage Incorporated yang hadiahkan gambar2
ini kepada saya sempena saya di Anugerahkan Anugerah Sepanjang Hayat George
...
2 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan