Cukup mudah untuk sesiapa yang melihat serta mendengar bagi mentafsirkan apa yang difikirkan andai apa yang sebenarnya cuba dirahsiakan dipamerkan dengan perbuatan,tingkah laku,gerak gaya,perubahan mendadak,mendiamkan diri dan tidak ambil kisah atau peduli.
Mungkin ini benar,tapi tidak mustahil ini menjadi salah serta silap kerana Maha Pencipta lebih mengetahui serta memahami apa yang berlaku kerana setiap apa yang kita (manusia) fikirkan tidaklah kesemuanya benar tetapi adakah oleh kerana ini kita cuba berselindung disebalik bayang-bayang sedangkan kita sedang berada dihadapan apa yang kita tidak mahu melihat kelibat kita..
Sesuatu tanda tanya yang terus menguasai pemikiran serta benak naluri seorang insan yang cukup menginginkan saat-saat manis akan kekal hingga akhir hayatnya,apatah lagi bila ianya dalam keadaan tenat mengharugi saat-saat genting bagi menjadi penawar yang cukup ampuh untuk mengubati luka serta kesakitan yang teramat sangat.
Kemanakah ianya menghilang serta pergi dan hanya muncul sekadar memberika sedikit kesegaran bukannya merawat serta menjaga agar ianya tidak datang lagi...
Bagi seseorang yang melalui apa yang dikatakan erti kesabaran,dugaan,kesetiaan,percaya akan setiap janji-janjinya serta menunaikan apa yang telah dipersetujui bersama memanglah amat susah tetapi setiap khalifah (manusia) diciptakan sebagai makluk yang terbaik serta terhebat diantara makluk-makluk lain ciptaan Allah s.w.t. kita seharusnya berbangga serta menggunakan kelebihan serta keistimewaan yang telah dipinjam dan diberikan kepada kita semua untuk menjaga,memelihara serta menggunakannya sebaik-baik tanpa menyakiti atau merosakkan apa yang telah diciptakan-Nya walau pun hanya sedikit perasaan.
Bukan mudah untuk melakukan sesuatu apabila masing-masing berdepan dengan dugaan serta cabaran yang kuat,inilah yang dikatakan ujian..tetapi jangan kita mengalah kerana ia dapat merosakkan diri kita sendiri dan cubalah mencari jalan penyelasaian bagi mempermudahkan apa yang kita pilih sebeum ini.
Jangan pula kita membiarkan ianya menguasai kita sedangkan pada sebelumnya kita berjanji untuk menangkis segala apa yang mendatang dengan seribu kekuatan yang ada dengan keikhlasan yang tinggi serta semangat cintakan diri yang jitu yang tidak dapat disangkal atau digugat oleh mana-mana individu yang bergelar manusia. Sememangnya manusia memang cukup pandai memberkan sesuatu apabila ia menginginkan sesuatu dan apabila ia cuba mendekat untuk cuba menyelami kedalam hati walau ia tahu hati tersebut telah dijaga serta dimiliki oleh seseorang.
Tetapi,manusia memang tidak cukup dengan apa yang dimiliki..tidak puas dengan usaha terhadap apa yang diharapkan dapat dimiliki atas alasan kekuatan yang menjaga serta memliki tidak dapat melihat secara lansung dan jauh dari sudut penglihatan.
Satu permainan serta sandiwara yang sememangnya dibenci bagi sesiapa yang pernah atau selalu menghadapinya,mungkin pengalaman mengajar erti kehidupan tetapi sampai kemanakah pengalaman itu dapat membantu andai antara perhubugan tidak saling membantu untuk menangani serta menguasai kekuatan ukhwah untuk menolak segala kata-kata dari pihak-pihak yang sentiasa menunggu peluang-peluang untuk menarik perhatian serta menggangu gugat keharmonian yang selama ini bersinar bagaikan mentari menerangi alam untuk diliputi dengan kabus hitam dan membawa ianya lari serta pergi dari tempat asalnya..
Andai kita tidak cukup kuat,sememangnya apa yang pernah kita lalui serta terima sebelum ini akan berlaku..dan hasilnya adalah dari kita sendiri,bagaimana kita pernah sakit serta perit menanggung penderitaan yang teramat sangat..begitu jugalah kepada orang yang telah kita berikan semangat serta kasihi.
Jangan diikutkan hati serta kawalan emosi yang lemah itu,turut serta tunaikan segala janji dan berpegang dengan apa yang pernah kita percayai untuk menguatkan kembali naluri serta harapan kita... Jangan dibiarkan ia mengawal serta menetukan arah tuju kita sedangkan sebenarya kita yang lebih berhak untuk menentukan arah tuju kita dengan menggunakan akal fikiran yang di anugerahkan kepada kita oleh Allah s.w.t.
9 comments:
abg jgn kerana cinta kita lemah..
Salam! Greetings to you on the occasion of Hari Merdeka (Independence Day 31-8-2009).
Http://unitedoneworld.blogspot.com
Setiap langkah yang diatur manusia adalah berbeza walau pada hakikat fizikalnya ia nampak seakan sama...
emosi setiap insan kena dikawal :)
Ya benar,tapi setiap manusia punyai caranya yg tersendiri bagaimana dia mangawal emosi...dan tak semua org akan faham apa jalan yg diambil adalah salah satu dr cabang pengawalan emosi yg cukup susah untuk digambarkan....
kadang kala emosi itu susah utk dikawal..
lalu kembalilah padaNya..
nice blog.
Alhamdulillah,terima kasih...
memang benar,tapi kadang kala keadaan juga banyak mempengaruhi kita.....
adakalanya bla kita gmbira,kta dapat melalui jalan2 yang sempurna,baik & tenteram...
tp,kadang kala bila ini brlaku dan keajaiban kali ini kta mahukan kembali ke zaman lampau...kembali ke arah cara hidup yang dulu,yg cukup merosakan diri dan org sekeliling..padahal kta pernah meninggalkannya sudah sekian lama...dan niat tkkan mengulanginya lagi......tp ia tetap berlaku..
salam, hai, selamat berpuasa!
Minta perhatian kepada tuan tanah, blog Luth telah bertukar url dari www.luthtextile.com ke http://luthtextile.com/blog/ So, kalu baik hati leh la update link blog luth diblog anda ek! Bye2
salam cik luth,insya'Allah...
boleh saja..nanti tuan tanah usahakan yer...saboor erk..
Catat Ulasan