" Masa Depan Yang Cerah Selalu Tergantung pada Masa Lalu Yang dilupakan. Kita Tidak Dapat Meneruskan Hidup Dengan Baik Jika Tidak Dapat Melupakan Kegagalan Dan Sakit Hati Di Masa Lampau.."
" Masa Depan Yang Cerah Selalu Tergantung pada Masa Lalu Yang dilupakan. Kita Tidak Dapat Meneruskan Hidup Dengan Baik Jika Tidak Dapat Melupakan Kegagalan Dan Sakit Hati Di Masa Lampau.."
Labels: hakikat kehidupan, Perjalanan Hidupku, Sekadar Renungan Bersama
Posted by Adi Putra at 22:16 0 comments
Labels: Arus Kehidupan, Mencari Sesuatu, Renung-Renungkanlah...
Posted by Adi Putra at 06:00 4 comments
Alhamdulillah,setelah sebulan berpuasa, kini tibalah masanya umat Islam menyambut hari kemenangan setelah menahan lapar,dahaga dan nafsu selain mendidik kita untuk mendisiplinkan diri serta memperbanyakkan amal ibadat.
Labels: Jalan Menuju Impian, Kekuatan Jatidiri Seorang Insan, Lembaran Hidup
Posted by Adi Putra at 20:43 4 comments
"..Hari Yang Mendatang Tidak Akan Memberikan Sebarang Makna,Jika Kegagalan Semalam Tidak Dijadikan Teladan.."

Labels: Dimanakah Kesudahanya, Jalan Menuju Impian, Kasih Dan Impian
Posted by Adi Putra at 00:30 4 comments
Labels: Aktiviti, Bersama Kawan-Kawan, Sahabat Sejati
Posted by Adi Putra at 00:20 14 comments
Mendung tak semestinya hujan,cerah tak mustahil akan akan berpanjangan..begitulah hakikat yang harus kita ingat dan ketahui tentang bagaimana ia berlaku dan mengapa ia terjadi."Jika tercipta sebuah persahabatan yang utuh, jagalah ia, belalah ia dan peliharalah ia agar ianya akan kekal bersama kita dan jangan biarkan ianya pergi meninggalkan kita takkala kita amat memerlukan seseorang untuk memahami, menegur dan menasihati kita..."
Labels: Arus Kehidupan, Kekuatan Jatidiri Seorang Insan, Mencari Sesuatu
Posted by Adi Putra at 07:30 6 comments
Syukur alhamdulillah,pada tanggal 6 September 2009 bersamaan dengan 16 Ramadhan 1430 Hijrah,satu lagi detik bersejarah bila mana pertemuan yang sudah lama dirancang tetapi tidak menemui kesudahan akhirnya berjaya juga dengan berkat usaha encik luth yang sentiasa berusaha untuk kami menemui seorang permata Pulau Pinang yang mana telah banyak berjasa bagi mengembang serta memelihara seni warisan negeri Pulau Pinang.
uk sahabat-sahabat lain di Komuniti Bloggers Penang,marilah sama-sama kita mengeratkatkan tali silatulrahim dan memperkukuhkan lagi ukhwah diantara kita.. 
Labels: Aktiviti, Bersama Kawan-Kawan, Lembaran Hidup
Posted by Adi Putra at 00:45 11 comments
Sudah dua minggu umat Islam menunaikan Ibadah Puasa yang juga salah satu dari Rukun Islam yang dituntut sebagai perkara wajib dan perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Namun begitu, dalam menempuh hari-hari berlalu masih ada waktu-waktu yang tidak dapat dilupakan sebagai satu daripada sejuta bentuk pengorbanan,impian yang masih menjadi tanda tanya untuk dibuktikan supaya ianya tidak akan diselubungi keinginan dan harapan yang tinggi walau mungkin pada zahirnya telah terbukti akan kesahihan yang bukan mudah untuk diselami hati serta naluri setiap manusia.
Keikhlasan semakin hari semakin tercabar dengan cubaan-cubaan luar walau sudah lumat hati ini dihentam oleh kemusnahan hinggakan berkecai dan sukar untuk dicantum semula. Walau pun ianya tidak pernah difahami,tetapi hati kecil ini sentiasa menyangkal setiap apa yang sudah didengar dan mungkin dilihat dari mata hati yang cukup kuat sebagai perantara diantara aku dan dia..
"Jika diri masih mempersoalkan akan pilihan kita pada hari ini, kenapa perlu untuk kita cuba menghancurkan seketul hati yang amat menyayangi kita.. Janganlah kita cuba menanamkan sejuta keyakinan andai kita tidak pasti apa yang cuba kite berikan itu dapat kita meyakinkan apa yang kita harapkan..."
Labels: Harapan dan Matlamat, Kasih Dan Impian, Lembaran Hidup
Posted by Adi Putra at 07:20 6 comments
Detik-detik indah kembali di ingatan sebaik saja melabuhkan kepala di atas bantal,setiap saat yang dilalui dikenang hinggakan dalam sedar atau tidak aku terus dibuai mimpi indah yang kadang kalanya aku sendiri tidak sedar bahawa apa yang berlaku pada ketika itu hanyalah sebuah mimpi indah yang mungkin tidak akan berlaku di alam nyata ini..
Walau ia adalah satu igauan manja yang dilalui pada semua orang apabila terlalu berfikirkan dan mengingati sesuatu yang amat pendamkan dalam takungan segumpal darah beku yang bergelar hati.
Sesuatu yang tidak sam sekali disangka dan dapat dilupakan begitu sahaja,setiap perjalanan hari ini tak mustahil esok akan menemui destinasi yang hendak dituju..begitulah apa yang sering kali berlaku diatas pentas dunia yang penuh dengan ranjau serta duri yang amat menguji tahap ketahanan mental dan fizikal setiap insan yang melaluinya.
Dalam Meniti Hari-Hari Ini,Akan Aku Perjuangkan Setiap Apa Yang Aku Ucapkan Sebagai Janji Demi Melaksanakan Tanggungjawab Sebagai Seorang Khalifah Di Muka Bumi Ini..Insya'Allah"Jika benar apa yang diucapkan pada hari ini,mengapa perlu menyayangi dan mengasihi seseorang jika hati dan perasaan itu masih dicurah serta diharapkan pada orang lain. Jangan pula mengusik hati seseorang itu hanya semata-mata bagi menutup serta mengubati luka lama dan terus meninggalkannya selepas memberikan seribu harapan yang tak pasti.."
Labels: Kekuatan Jatidiri Seorang Insan, Lembaran Hidup, Perjalanan Hidupku
Posted by Adi Putra at 05:50 4 comments