Jumaat, 5 Februari 2010

Destinasi Yang Dituju Bagi Membantu Aku Mencari Sinar Hidup Yang Semakin Hilang Dari Pandangan Mata..

Kemana perginya diri dan semangat yang selama ini dipegang untuk digunakan bila sampai waktu-waktu begini? Kemana hilangnya kekuatan yang selama ini dipertaruhkan untuk mengharungi segala dugaan dan rintangan yang melanda? Adakah ianya akan pergi terus..dan terus meninggalkanku tanpa menoleh ke belakang? Mungkin ya dan tidak mustahil akan kembali. Namun yang pasti, sedikit demi sedikit pengalaman dan dugaan yang datang setiap hari dari hati-hati yang tidak pasti harapan sebenar yang disimpan demi membenamkan apa yang dihajatkannya.

Walau pun begitu kadang kala setiap peranan, setiap lakonan dan setiap apa yang sering dirancangkan jika ianya berjaya sekali pun tapi di ulang-ulang akan mengundang syak wasangkan yang tinggi. Ini telah terbukti dari apa yang kita dapat lihat juga dapat dengar, melalui arus kemodenan teknologi manusia akan sentiasa berfikir akan keajaiban baru yang akan muncul walau ianya amat mustahil untuk diterima akal.

Berserah tidak semestinya takut, berdiam diri tidak semestinya pengecut.. namun inilah kelemahan manusia yang sering lemas dengan mainan perasaan..sering tewas dengan pengaruh luar, tidak dapat memikirkan apa yang dilakukannya sama ada betul atau salah asalkan apa yang dihajatkan dapat dicapai atau sekurang-kurangnya ia dapat ketawa akan kesakitan yang akan dihadapi oleh diri seseorang....

Ada satu ketika, manusia tidak dapat mengawal diri..tidak dapat mengawal pemikiran..tidak dapat mengawal sesuatu yang amat mudah jiwa diperhalusi dengan mata kasar walhalnya jika benar ia sukar takkan ada punca yang dapat ditemui dengan hanya sedikit keyakinan diri. Inilah yang dikatakan perasaan, jika kita tidak mampu menahan perasaan dan keyakinan...musnahlah segalanya, tapi jika ego menguasai diri takkan ada kekesalan dalam waktu yang singkat.....


..

1 comments:

zulshaari berkata...

salam saudara.. saya berminat dengan Blogspot kamu, cantik. boleh peturun ilmu kat saya sikit, emmm bukan ilmu silat, ilmu nak buat blog macam kamu.. nanti sms kat saya, saya akan tel kamu, nak tahu cara nak buat blog.. terima kasih saudara ku.