Ahad, 15 November 2009

Rintihan Hati Seorang Lelaki................................................. (Specially dedicated for someone)



Rintihan seorang lelaki
Berkelana di hujung rindu
Mengharap sayap cinta
Untuk terbang ke persada
Membalut segala impian

Rintihan seorang lelaki
Meniti jembatan buih
Menahan cinta mengalir
Pada senja yang kemerahan
Akan berakhir ditelan malam

Rintihan seorang lelaki
Menanti di kamar malam
Kelambu bahagia terpasang kini
Api cinta dinyalakan
Penuh keresahan

Rintihan seorang lelaki
Kelopak mawar bertabur dijiwa
Mengharap wangian menjelma
Pada kuntuman setia
Bersama dedaun kasih
Pada cinta yang bermusim
Berguguran layu

Rintihan seorang lelaki
Yang kian disapa sepi
Dilorong berlari kerinduan
Kasih yang berlabuh
Hanya sekadar bertandang
Di pelabuhan hati


2 comments:

eeeda berkata...

aku dari dulu lagi begitu lokek dengan air mata.... mungkin itu bukan caraku...

maiyah berkata...

merintih gak ye :D