Bunga Pertama Yang Keluar Dari Pokok Naga Yang Aku Tanam
Alhamdulillah,setelah lama mencuba untuk menjadikan laman nurani ini sebagai satu wadah aku meluahkan sedikit pengalaman & memori kenangan perjalanan hidup..
Walau ini adalah sekadar nukilan aku yang tidak seberapa,mudah-mudahan dari masa ke semasa aku dapat belajar bagaimana untuk menbawa serta menjaga diri ini agar tidak terlampau jauh ketinggalan dari dunia yang serba moden ini selain menghitung bagaimana keadaan aku pada masa akan datang.
Segenap lapisan mengatakan yang adakalnya keindahan yang kita kecapi itu tidaklah dianggap sempurna andai tiada kesyukuran,penilaian serta pemeliharaan yang baik dilakukan oleh diri kita sendiri.
Mungkin ini yang dikatakan pengalaman hidup,satu titik perjalanan yang menghiasi kamus hidup seorang manusia yang bergelar manusia. Maha Agung Allah menciptakan kita agar sentiasa beringat akan apa yang berlaku,apa yang mungkin iterjadi,apa yang tidak terkecuali & apa yang seharusnya dicari.
Entah sampai bila aku harus bgini,begini sampai ke masa hadapan.. Setiap insan punyai matlamat serta cita-cita dalam kehidupan masing-masing..begitu juga aku.......
0 comments:
Catat Ulasan