Sabtu, 17 Oktober 2009

Kursus Rangsangan Adobe Photoshop-JMTi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Dah lama rasanya tak meng-update blog neh, disebabkan masalah kesibukkan kerja dan tak kurang juga dengan kepadatan jadual silat. Namun begitu dikesempatan cuti deepavali ini dapat juga lah untuk aku memberikan masa untuk aku mengadap laptop kesayangan ini bagi menulis serba sedikit tentang perjalanan sepanjang hidupku buat kongsian dan manfaat sahabat-sahabat semua insya'Allah...

Pada 3-4 dan 10-11 Oktober bersama-sama kawan-kawan dari Continental Automotive untuk sama-sama menimba sedikit sebanyak ilmu bagaimana menghasilkan atau meng-edit sesuatu gambar tulisan dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshope. Walau ianya hanya diperingkat asas, tetapi agak sukar memandangkan mejoriti dari kami tidak memiliki pengalaman bagi menggunakan aplikasi ini. Memang sudah lama mengidam-idamkan untuk belajar menggunakan aplikasi ini an akhirnya segala impian dan cita-cita ini tercapai jua apabila kami diberi peluang untuk mengenal seterusnya belajar.


 Antara Aktiviti Dalam Kelas Yang Sempat Dirakamkan..

Kelas bermula dari seawal 8 pagi hingga 5 petang setiap sabtu dan ahad kami diberi penekatan, tunjuk ajar serta tip-tip dari tenaga pengajar JMTi yang sememangnya berpengalaman dalam perisian ini.Walau agak mengantuk semasa didalam kelas kami gagahi juga berbekalkan semangat serta keinginan yang tinggi untuk menimba ilmu. Sekarang baru kami tahu bagaimana sesuatu gambar itu di olah bagi menambah keceriaan serta kecantikkan yang selama ini hanya dapat dilihat dan sekarang kami mampu untuk lakukannya sendiri namun apa yang pasti kami masih perlu belajar bagi menambah pengetahuan dan kecekapan untuk menggunakan perisian yang agak canggih ini.

Pada 3-4 Oktober kami diterangkan dengan pengenalan serta kegunaan tool-tool yang terdapat didalam aplikasi ini, mengenal konsep asas perisian serta pemprosesan dokumen. Agak pening pada mulanya, maklum la tak pernah belajar..nama jer ada perisian ni, tapi taktau apa dan bagaimana hendak menggunakannya. Selain daripada itu, kami juga diajar bagaimana mengubahsuai saiz kanvas serta imej, konsep dan asas penggunaan layer dan bagaimana membina kawasan pilihan. Mula-mula buat macam nak tak nak ja dia nak jadi, tapi selepas ditunjukkan dan diberi peluang beberapa kali akhirnya jadi juga walau tak secantik mana tapi dengan hasil tangan sendiri kami puas dan gembira dengan apa yang dapat kami hasilkan pada kedua-dua hari tersebut.

Gelagat Kawan-Kawan Seangkatan Semasa Masa Rehat
 

Pada 10-11 Oktober kami diajar bagaimana mengubahsuai imej dengan menggunakan kaedah transformasi, konsep asas penghasilan teks (Typografi), penggunaan efeks layer, mengenali path dan arahan pen, bagaimana menggunakan mask, mengubahsuai warna dan pengcahayaan imej (Tona Imej), mengubahsuai warna dan pengcahayaan imej (Warna Imej) dan akhir sekali bagaimana cara untuk menggunakan filter. Sememangnya banyak benda yang kami lansung tak faham dan ketahui dapat dipelajari, lama kelamaan bila kerap kali menggunakan aplikasi ini semakin hari semakin seronok la pulak...hehehe.. Tapi bagi peserta-peserta lain mungkin mereka lebih cekap menggunakan setiap aplikasi ini berbanding dengan aku yang masa 10.10(sabtu) terpaksa meninggalkan kelas seketika atas sebab tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai Jurulatih Silat disebabkan atas jemputan bagi persembahan seni silat di Tanah Liat pada petang itu.

Bergambar Kenang-Kenangan Bersama Kawan-Kawan Dan Tenaga Pengajar


Selepas selesai persembahan silat, aku terus meninggalkan gelanggang menuju ke JMTi semula bagi meneruskan pembelajaran berkaitan Adobe Photoshope ini. Syukur aku mendapat kedua-dua tenaga pengajar yang cukup memahami dan memberi pelepasan untuk aku membuat persembahan silat, terima kasih Puan Azlina & Puan Roszaidah yang mana tak jemu-jemu mengajar dan melayan karenah kami sepanjang kursus ini. Jasa kalian berdua akan kami kenang sampai bila-bila....terima kasih.. (",)



Jumaat, 2 Oktober 2009

Gempar Sejadah Ditemui Berdiri!!!


Subhanallah! Masha'Allah!!! Inilah dia tanda kebesaran Tuhan yang Maha Esa lagi Berkuasa.. Apakakan daya, jika ini kehendak dan kemahuan-Nya, satu fenomena yang jarang-jarang berlaku dan ingin saya kongsikan untuk pengunjung dan sahabat-sahabat Laman Nurani.


PERMATANG PAUH: Sepasang suami isteri gempar apabila sejadah hantaran perkahwinan yang digunakan sejak tiga tahun lalu berdiri secara sendiri di bilik rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin disini,semalam.

Satu tanda kekuasaan Allah yang jarang kita temui dan dapat lihat dengan mata kepala kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui akan keajaiban serta keanehan yang ditunjukkan untuk kita semua.


 Mohamad Shuhaimi Md Ilias,26 berkata kejadian aneh itu disedari isterinya yang masuk ke bilik itu untuk mengambil kain baju kira-kira jam 9.30 malam.

Beliau berkata, sebelum kejadian itu berlaku dia bersama isterinya berselisih pendapat mengenai arah kiblat di rumah sewa yang didiami sejak ogos tahun lalu.


"Saya kemudian membentangkan sejadah itu mengikut arah kiblat dan membiarkannya tanpa diusik kira-kira jam 8 malam sebelum keluar dari bilik itu untuk memandikan anak perempuan berumur dua tahun," katanya ketika ditemui kira-kira jam 12 malam semalam. Sumber Harian Metro 02 Oktober 2009


Sehingga ke hari ini berpusu-pusu orang yang hadir bagi melihat secara lansung dari mata mereka  akan kebenaran serta menjawab tanda tanya dari apa yang didengar  dari rakan-rakan.
Semoga ianya mendapat petunjuk serta pengajaran tentang kekuasaan Allah s.w.t. kepada kita manusia di dunia akan tanda kebesaran dan kekuasaan-Nya. Oleh yang demikian, sentiasalah kita beringat dan berfikir apa yang ditunjukkan adalah kehendak-Nya. Apa yang pasti ini adalah kejadian atau fenomena yang jarang berlaku dan dapat kita ambil sebagai iktibar bersama.


Untuk pengetahuan, kesemua gambar-gambar diatas dirakamkan oleh seorang hamba Allah pada 02 Oktober 2009 untuk kongsian serta tatapan kita bersama. Terima kasihyang tidak terhingga,semoga ia dapat mendatangkan manfaat serta pengajaran untuk kita semua. Ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia inginkan dan kita sebagai khalifah di muka bumi  ini yang dikurniakan akal dan fikiran dapat menggunakannya sebaik mungkin agar ianya tidak disalah ertikan dan membawa kepada kesesatan... 
Hanya Allah yang lebih mengetahui..
wassalam....